Sheera dan Hamzah sedang menunggu grab yang masih lagi tidak datang untuk mengambil mereka di cafe seperti yang diarahkan Xi team.
Sementara menunggu kenderaan tersebut, Sheera telah merakam video untuk diunggah pada media sosial“Kau memang dari dulu lagi ke minat jadi influencer ni?”
“Yup! Bila saya bercakap depan kamera hati saya sering berdegup-degup dengan teruja. Sejak dari tu saya mula tanam cita-cita nak jadi kaya, nak jadi influencer”
Hamzah angguk dengan faham. Senyumannya terukir apabila mengetahui Sheera adalah seorang yang sangat berusaha dalam kehidupannya, sebijik macam bakal isteri aku ahh ceh! Ni kalau arwah Harith ada ni mesti dah boleh double date dengan Mawar
Sheera kemudian mengeluarkan lipstick untuk touch-up di atas bibir yang sudah kering. Hamzah yang mengerling mula berasa was-was
“Kau nak buat apa pakai lipstick tu banyak kali?”
“Warna kat bibir saya ni dah pudar, kalau nak record video nanti jadi tak cantik”
“Tak payah pakai je dengan warna pudar tu lagipun kau pakai apa-apa pun semua nampak buruk"
Sheera tiba-tiba menjadi bengang dan marah. Sheera tetap memakai lipstick tersebut, alang-alang grab sampai tepat waktu Sheera terus naik tanpa mengangkut satu pun beg masuk ke dalam kereta
“Angkat la sendiri welkkk”
Hamzah turut bengang namun berhasil memasukkan ke semua bagasi yang dibawa. Mereka bertolak dengan segera.
Ramai pula nak ke Korea tahun ni, Ketiga-tiga pasangan sedang menunggu giliran untuk dilepaskan masuk ke dalam lapangan terbang. Sepanjang Aya berdiri bersama mereka, dia selalu mengerling kepada Sheera dan Hamzah
“Kau pahal dari tadi duk pandang²" - Sheera
“Tak ada lah~ aku ingat sape la pasangan kau rupa-rupanya si Hamzah ni jugak haih jodoh kuat ni korang ni”
Sheera menepuk lengan Aya dengan kuat membuatkan Aya terjerit. Aya mengusap lengannya kerana sakit sambil memuncungkan bibir
“And aku nak tanya la kan? Korang gaduh ke apa sebab dari tadi lagi jeling satu sama lain and even tak bercakap"
“Dia tu ha yang cari pasal dulu!" - Sheera dan Hamzah
Sheera dan Hamzah memandang satu sama lain dengan muka yang menyampah kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain. Aya dan Kayr juga memandang satu sama lain kemudian mengeluarkan ketawa yang sangat kecil
“Cakap orang korang pun dua kali lima tah tah korang yang kahwin dulu ye dok Sheera?"
“Betul betul betul"
“Aku nak je, sekarang pun aku nak budak pendek ni je yang tak nak”
Sheera dan Hamzah pula ketawa tetapi Aya sudah cemas. Aya menampar dahinya dengan perlahan lalu memberi isyarat bahawa Dania dan Zarif masih ada di belakang
“O--oh!! Maksud aku sayang saya ni tak nak tergesa-gesa! Sebab kitorang nak pastikan majlis kahwin kitorang tu paling aesthetic paling lawoo kat dunia ni ha! hahaha”
Semua kecuali Dania dan Zarif ketawa dengan janggal serta mula berpeluh. Dania dan Zarif menggelengkan kepala lalu memotong barisan
“Kalau nak open table baik melancong pergi mamak je! Orang nak cepat korang pula yang takde common sense gini"
ucap Dania yang melanggar bahu Aya sambil menarik Zarif turut pergi ke depan. Aya menggenggam tangan dan geram api membara
“Tak masalahnya barisan panjang so awat dia nak gelabah lagu tu? Aku lah kalau dia bukan perempuan dah lama aku eee”
Kayr turut geram dan marah membuatkan Sheera dan Hamzah takut. Barisan makin hampir ke hadapan itu terus memberikan Aya idea yang bernas. Aya senyum sinis lalu dengan pantas memotong barisan Dania dan Zarif sambil menarik rambut Dania yang terpampang itu
“Aduh! Sakit lah kurang ajar!”
“(menjelir lidah) Sebab tu la Islam mengajar kita perempuan ni pakai tudung~ Ha kan tak pasal-pasal kusut rambut tu welkk"
Aya menoleh ke arah penjaga bertugas dan memberikan ‘passport' yang dipegang. Selepas diperiksa, Aya selamat masuk ke kapal terbang. Rakan-rakan yang lain ketawa melihat gelagat Aya yang licik dan mengikut gelagat itu dari belakang. Zarif dan Dania geram tapi disebabkan kamera man betul-betul berada di hadapan mereka, mereka cuba menahan
Aya dan lain-lain selamat duduk di tempat masing-masing tanpa sebarang masalah timbul. Syukur, Dania dan Zarif tidak berada dalam satu ‘class' penerbangan. Aya menoleh ke arah tingkap dan kagum akan langit yang biru. Cantik, Aya cepat-cepat mengeluarkan kamera yang diberi Kayr untuk mencipta kenangan
“Cantik kan langit biru ni Kayr?! Subhanallah"
Namun mata Kayr hanya fokus kepada Aya. Dari tadi dia tenung setiap inci perlakuan Aya. Kayr angguk dan turut senyum
“Cantik, cantik sangat Subhanallah”
Sudah berjam-jam mereka semua berada dalam kapal terbang tersebut. Malam pun sudah tiba, Aya sangat mengantuk namun dirinya tidak boleh tidur kerana kesejukan. Aya terlupa untuk mengeluarkan selimut dan jaket yang berada dalam beg bagasi
“Kau ni aku dah pesan banyak kali dah “bawak keluar terus nanti terlupa” tapi kau degil! Kan dah mendapat so sekarang macam mana? Jangan harap aku nak bagi jaket aku sebab nanti aku pula yang mati beku”
“Alaaa sorry laaa aku terlupa so nak buat macam mana kan? and seriously kau tak nak mengalah untuk bagi aku jaket tu? Kau tak sayang aku dah ke weyh ooo dulu bukan main effort sekarang dah senang lupa ah kawan huaaa sampai hati kau”
Kayr bengang. Apa benda perempuan ni mengarut pulak ni haih, nasib baik lah kau comel! Nasib baik la aku ni baik! Nasib baik lah aku sayang kau!
“Eeeish tsk jap la! kau tunggu sini”
Aya yang memuncungkan bibir itu angguk. Dia mengeluh dengan pasrah lalu kembali menikmati ‘view' malam di luar tingkap
Selang beberapa minit, pendingin hawa tiba-tiba tidak berfungsi dan berhenti berangin. Aya hairan dan bangun serta merta untuk melihat keadaan penumpang lain sekiranya merasakan hal yang sama tetapi tengok-tengok nohhhh! semua start complained
“Panaslah!”
“Aik macam mana boleh rosak pula ni? Aku pergi ‘class’ lain tadi okay je”
“Macam tak ada function je selimut ni daddy"
Keadaan menjadi semakin huru-hara. Kayr pula dah lama menghilang, mana si mamat gila tu pergi ni? Aku kena cari dia tak kira apa pun!
Baru nak berangkat mencari Kayr untuk memaklumkan tentang keadaan semasa tiba-tiba dia datang dan duduk seperti tiada apa yang melanda. Siap silang tangan dan memejamkan mata pula tu
“Jangan kacau aku nak tidur”
“Orang duk panas-panas kau boleh nak tidur? Kau pergi mana tadi Kayr lama sangat? Kau tengok la sampai aircond rosak kau menghilangnya,”
“Bukan rosak, aku yang tutup”
Ooo kau yang tutup.... eh jap HA?! MAMAT NI DAH BUANG TABIAT APA NI?! Aya menatap Kayr dengan muka yang sangat terkejut bersama mata yang sangat besar namun Kayr masih sempat menguap!
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...