Hari kedua aku bercelaru. Aku dapat banyak mix feeling dengan boss aku, Tuan Al Kayr. Tapi kesimpulannya aku rasa selamat bila bersama dia, Aku rasa tenang. Aku rasa diri aku mekar dan hidup. Banyak dia ajar aku hari ni.
Aya menuju keluar dari bangunan tetapi dihalang Kayr seperti biasa. Aya hanya menatap dengan pasrah. Kayr senyum seperti kerang busuk yang ada udang disebalik mi
"Tuan Kayr tak nak balik ke? oh ke minta hutang? Tuan Kayr nak saya bayar balik ke total charge dekat library tadi? Okay kalau macam tu Tuan tolak je gaji--"
"Eh bukan!! Aku memang belanja kau le tadi tak payah bayar aku tak kisah cumanya... "
Aya menyilangkan tangan walaupun agak rasa serba salah. Dah banyak dah mamat ni belanja aku tapi haih takpelah, kita dengar apa yang dia nak cakap
"Aku nak nombor kau boleh? Aku lupa nak minta kat Perry haritu sampai dia terbuang kertas copy resume kau"
Aya angguk lalu mahu bagi kad peribadinya namun terhenti dan membulatkan mata. Aya menatap Kayr dengan penuh cemas
"So maknanya betul la kau stalk aku?! Macam mana kau boleh dapat resume aku?! Aku tak bagi kau pun! Eee tak baik lah Kayr aku report polis"
"Ehhh jangan ah aku tak stalk pun la! Hm... cuma adalah macam mana ish Alahh! Nanti aku bagitahu la kau macam mana aku tahu nama kau and boleh cari resume kau tu tapi bagilah nombor kau dulu!"
Aya mengomel tetapi akhirnya keluarkan kad peribadi no telefonnya. Dia memberi kepada Kayr yang ambil dengan mata yang bersinar. Kayr menatap Aya yang muka bengis itu
"Thank you my Bijou~ By the way kau tak yah panggil aku Tuan Kayr okey? takpe dengan kau aku bagi pengecualian dalam syarikat ni"
"Eh mana boleh kau tetap boss aku kalau orang lain pelik macam mana?! Dah aku dilabel kurang ajar"
Kayr kemudian menggelengkan kepala beredar ke arah Perry yang menunggu di luar bangunan bersama pintu kereta yang terbuka. Kayr sempat menoleh dan kenyit mata dengan penuh cinta
"Mamat tu memang otak tak betul ke dari kecik? Sumpah menyirap pula lama-kelamaan"
Aya malas nak layan. Aya terus keluar dan menuju ke arah bus stop untuk balik. Sampai je di kawasan perumahan dia turun dan membawa diri ke masjid. Aya terhenti dan keliru. Banyaknya pekerja-pekerja angkat barang dari lori. Ada apa ni? Ada qial mulail ke malam nanti? Fathin muncul dengan tepat bersama imam dan makmum yang lain
"Mak cik!! Mak cik kenapa diorang duk angkat-angkat barang ni?"
"Lahh Aya kamu dah balik? Kenapa singgah sini ingatkan terus ke rumah"
"Dah magrib dah ni mak cik saya ingat nak solat dulu sebelum balik takut terlepas"
Fathin angguk kemudian senyum. Imam dan seorang pengikutnya turut senyum. Mereka tiba-tiba menadah tangan dan berdoa
"Alhamdulillah Aya, Allah hantar rezeki dekat masjid kita... Ada orang baik sumbangkan al-Quran² baru dan membaiki paip yang mana patut syukur"
Aya terkejut. Seriousla?! Siapa pula orang baik tu ya?! MasyaAllah masjid kami memang dah lama nak tambah al-Quran dan menambahbaikkan apa yang patut cuma rezeki tu tak cukup lagi.. Tapi bila dengar orang seperti ini hadir secara tiba-tiba aku rasa bersyukur!
"Alhamdulillah!! Aya masuk dalam dulu ya dah lewat dah ni nanti terlepas magrib byeee assalamualaikum!"
Aya berlari dengan gembira ke dalam masjid untuk mengambil wuduk. Fathin dan yang lain-lain chuckles lalu menggelengkan kepala akan kecomelan Aya.
Kayr yang berada di dalam kereta yang masih lagi dalam perjalanan untuk ke rumah hanya termenung ke luar tingkap. Kereta hanya berbunyi dengan radio memasangkan lagu. Telefon Perry tiba-tiba berbunyi, Perry tidak dapat menjawab lalu dia menghulurkan kepada Kayr
"Hello Tuan, saya nak maklum kami selamat menghantar dengan elok Al-Quran dan barang-barang lain yang dikirimkan"
"Good tahniah~ nanti kirimkan salam saya kepada imam ya? Ha ah iye yang tua sikit tu Okay terima kasih"
Kayr menamatkan panggilan dengan senyuman. Dia memandang ke arah tingkap semula dan teringatkan sebab kenapa tiba-tiba dia buat sedemikian
(Flashback habis Blind Dates)
"Ha nanti kau buat research betul-betul sebelum letak Ayasya tu dekat mana-mana department okay terima kasih Perry"
Kayr menamatkan panggilan lalu bersedia untuk gerak. Namun hatinya terganggu dengan kunci yang dicicir oleh Aya. Kayr membuka semula Dashboard lalu meneliti sticker pada kunci tersebut
"Eh jap... Masjid ni aku rasa aku pernah pergi hari tu kalau tak salah la"
Kayr buat keputusan esok subuh dia mahu melawat ke sana. Tanpa berfikir dengan lebih lanjut dia gerak balik ke rumah.
Esoknya Kayr sampai di masjid itu. Benar tekaan aku, ini masjid yang aku pernah singgah bersama Hamzah dan Perry. Azan mula berkumandang, Kayr cepat-cepat masuk dan mengambil wuduk
Kayr baru nak mengambil tempat sehinggalah seorang pak cik selaku imam yang pernah bercakap bersama Hamzah menegur
"Eh kamu ni yang singgah dari Kelantan tu kan? Wah rajin ya kamu datang ke sini"
"Err hehehe saya nak hantar barang sebenarnya imam tapi alang-alang tu saya solat terus la"
Imam dan pengikut angguk tersenyum. Imam mengusap bahu Kayr dengan lembut membuatkan Kayr tersentak
"Kamu ni anak baik... Apa kata kamu jadi imam hari ni? Nak juga dengar suara orang luar dari kampung"
Kayr membulatkan mata, aku?! Aku jadi imam?! Eh boleh ke aku jadi ni? Aku ni mana lah reti sangat tapi boleh la nak mencuba
"Err---"
"Boleh ya? Okay jom lah kita bersiap sedia"
Imam tersebut menolak Kayr pergi ke hadapan. Salah satu pengikut memulakan iqamat. Sementara itu, Aya, Fathin dan Sheera sampai tepat pada masanya
"Eh dari belakang tak pernah nampak kelibat tu jadi imam kat sini" - Sheera
"Ha ah lah~ Pengikut baru imam ke?" - Aya
"Mungkin? Biarlah dia asalkan kita ada imam pada hari ni jom cepat diorang dah nak start tu"
Mereka masuk ke bahagian perempuan. Aya menanggalkan purdahnya lalu memakai telekung. Setelah beberapa minit, solat dimulakan
"Bismillahirrahmanirrahim... "
Sejujurnya para makmum termasuk Aya tidak berapa khusyuk dengan solat kerana suara Kayr yang menjadi imam sambil bertaranum itu sungguh merdu. Bila fikir balik, Kayr hanya merendahkan diri.. Erysa dan Tarmizi selaku ibu bapa Kayr pernah menghantar anak mereka ke sekolah agama untuk 3 tahun iaitu semasa Kayr menengah rendah
"Siapa imam kali ni ya... Ya Allah aku mahu bertemu dengannya"
Bisik hati Aya dengan senyuman. Dia kembali khusyuk atas izin Allah
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...