(Sebelum berangkat ke blind dates)
Kayr sedang mebutangkan baju kemeja putihnya sambil tenung akan pantulan diri di cermin. Sesudahnya buat demikian, Kayr mengambil tali leher dan blazer
Sedang tekun menyiapkan diri, Erysa masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. Erysa duduk di katil dan hanya memerhati gerak-geri anaknya itu
"Handsomenya anak ibu ni... Sejuk mata memandang, konferm balik ni memang bawa berita baik"
Kayr hanya senyum. Untuk final touch-up akan sahsiah rupa dirinya, Kayr menyembur sedikit minyak wangi Black opium miliknya ke satu badan. Kayr kemudian tiba-tiba mahu mengemukakan soalan
"Ibu, Kayr kan pergi blind dates ni dengan anak kawan ibu untuk business minyak wangi tu, Boleh tahu muka dia macam mana?"
"Oh kejap ibu ambil telefon, semalam kawan ibu ada hantar gambar"
Erysa keluar dan bergegas mencari telefon bimbitnya. Akhirnya jumpa terus pecut masuk ke bilik Kayr semula, mereka duduk bersama atas katil. Erysa menunjukkan gambar yang dihantar. Kayr terus mengambil telefon dari tangan ibunya itu
"Nama dia Dania Qistina.. Dia umur muda setahun kamu sekarang dia tengah handle business abang dia since abang dia ada kat Overseas study sekarang"
Kayr angguk dengan faham. Matanya hanya tenung ke arah gambar tersebut. Kayr tidak merasakan apa-apa perasaan seperti selalu
Haih Another one to act as a dry person, like always I guess? Memang itu pun sifat aku kalau dengan orang yang aku tak suka"Dari muka pun tahu aku akan cepat bosan"
"Ha? Apa Kayr cakap?" - Ersya
Kayr menoleh ke arah ibunya dan menggelengkan kepala dengan pantas. Dia senyum dengan janggal dan bangun untuk beredar
(Di Kaunter Bayaran)
Namun inilah kali pertama aku tidak merasakan perasaan 'bosan' yang dimaksudkan, dialah perempuan pertama yang menggoyahkan diri aku. Sejujurnya inilah anugerah dari Tuhan yang paling bermakna buat aku
Pandangan Kayr hanya kepada Aya, Aya hanya tenung kepada pekerja yang sedang membungkus pakaian basahnya. Kayr tersenyum
"Lepas ni awak ada nak pergi mana-mana tak?"
"Tak nak, nak balik"
Kayr angguk, selepas itu Kayr membayar menggunakan kad debit hitamnya membuatkan Aya tergamam dan terkejut
"Bukan kaya biasa-biasa dia ni.. "
Bisik hati Aya, Aya mengambil beg kertas yang diberi staff dan mula keluar dahulu daripada kedai, Kayr mengambil resit dan ikut Aya dari belakang
Mereka berjalan sekeliling mall tersebut sehinggalah tiba-tiba Kayr berhenti, Aya hairan turut berhenti lalu menoleh ke arah Kayr
"Dah masuk solat asar ni, jom lah kita solat dulu awak boleh solat tak?"
Aya tergamam lalu membulatkan matanya. Kalau dating dengan boyfriend aku, tak pernah diajak atau ditanya sebegitu. Dialah orang pertama yang berani mengajak sedemikian, Aya mengangguk lalu Kayr tersenyum
"Okay~ Jom ikut saya pergi surau dekat dalam mall ni, tak jauh pun"
Aya angguk lalu mereka bergerak ke destinasi. Selepas beberapa minit membuat ibadah, Aya bersiap-sedia, touch-up balik make-up, memakai tudung lalu terus memakai kasut
Aya keluar hanya untuk tahu Kayr masih tidak keluar dari surau, Aya menuju ke bangku berdekatan lalu melebarkan punggungnya. Aya melihat sekeliling lalu menghembuskan nafas dengan berat, Disebabkan agak pendek, Aya dapat menghayunkan kakinya.
"Eish lambat la mamat ni! Dah macam tukar jantina pula ibarat aku yang jadi boyfriend menunggu girlfriend yang mengambil masa untuk bersiap"
Sedang sedap mengomel sorang-sorang, akhirnya kelibat Kayr muncul. Aya yang menoleh ke arahnya terkaku. Ya Allah hensemnya!! Dengan gaya rambut 'low fade' yang basah itu, dikenakan dengan lengan baju yang disentengkan paras siku MasyaAllah too perfect too handle!
Kayr berdahak sambil menurunkan baju yang disentengnya, Kayr menyarungkan kasut bergerak menghampiri Aya yang masih tidak mengelipkan mata
"Amboi, hensem sangat ke saya sampai tak berkelip tu? Jangan risau ya Al Kayr ni bakal jadi milik awak juga satu hari nanti~"
Aya akhirnya sedar lalu terus menjeling. Dia roll eyes dan menyilangkan tangan. Dengan anggkuh menjawab
"Jangan nak perasan eh, dah la lambat macam perempuan ada hati nak kahwin dengan saya eee tak malu"
"Tak tadi ada pak cik tu ajak borak segan la saya nak tolak hahahhaha"
Aya hanya mendiamkan diri dan sambung menghayunkan kaki sambil menunggu Kayr siap sepenuhnya
"Untunglah pendek boleh buat macam tu"
"Hey!! Awak perli saya ya!! Eeee kurang ajar"
Kayr ketawa dengan puas. Muka Aya mula memerah geram dan bengang, mentang-mentang la ko tinggi nak hina ketinggian aku pula eee ada makan kaki ni kang. Aya terus bangun dan mahu gerak dahulu. Kayr akhirnya siap mengemaskan baju lalu kejar dari belakang hanya untuk mengambil beg tangan yang digalas Aya pada lengannya, Aya terkejut
"Heyy! Apa ni saya boleh bawa sendiri la!"
"Awak tu princess, every princess deserve their own special treatment so saya sebagai puteranya kena la pastikan impian puteri macam awak tercapai lagipun tak salah kan saya nak tolong? Dapat pahala lebih hari ni"
Aya dah pasrah sekali lagi. Kayr ni seorang yang sangat petah berkata-kata, kalau aku lawan dia akan jawab dengan bijaknya. Mereka kembali berjalan sekitar Mall sebelum keluar ke tempat parkir. Kayr terhenti sekali lagi dan kali ni dia memberikan pandangan yang sayu ke arah satu tempat, iaitu kedai buku
Aya turut menoleh ke arah pandangan Kayr. Kayr mula bergerak dan melihat dari luar promosi yang berkaitan. Aya yang berdiri di sisi tidak berkata apa
"Kan best... Kalau nama aku ada kat situ"
Ucap Kayr sambil memandang ke arah novel-novel yang dipromosikan. Aya hanya diam dan angguk
"Awak minat menulis ke?"
"(mengerling ke Aya dan senyum) Ya, menulis ialah hobi kegemaran saya apatah lagi melukis? Kalau dapat diterbitkan cara macam ni alhamdulillah rezeki"
"Cubalah try satu, menulis atau melukis. Terbit lain cerita mungkin awak boleh cari cara kemudian atau awak sendiri yang terbit ke..."
Kayr mula diam dan menggelengkan kepala. Kayr beredar dengan senyuman yang misteri. Hal itu membuatkan Aya keliru namun tidak berkata apa, Aya kejar Kayr dari belakang
Kayr berhentikan kereta di bus stop seperti yang diminta oleh Aya. Aya berfikir dan akhirnya membuat keputusan, dia menghembuskan nafas dan mengalihkan posisi badannya ke arah Aya
"Saya dah ada boyfriend"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...