Kayr memasuki pejabat General Faisal dengan sangat senyap dan fokus. Kayr duduk di hadapan Faisal yang sudah sedia membincangkan sesuatu
"Saya nampak... kemahiran kamu dalam pusat latihan kami setaraf dengan polis-polis terpilih. Saya terpegun dan tergamam. Saya respect"
"Terima kasih tuan"
Kayr menundukkan hormat. Faisal senyum dengan lembut. Dia menghirup nya air lalu meneruskan ucapan
"Sebab tu saya berbesar hati... nak melantik kamu sebagai undercover simpanan kami"
Kayr mengangkat kepala dengan terkejut. Aku? aku jadi sebahagian dari diorang? Weyh serious? Aku ni dihantar untuk belajar saja-saja je dekat sini tiba-tiba jadi undercover?
"Kalau kamu setuju... Saya akan memaklumkan kepada Pegawai Hasif untuk keterangan lebih lanjut jadi... ya atau tidak?"
Kayr mendiamkan diri dan hanya tenung pegawai terbesar polis di cawangan itu. Kayr berfikir lama sehingga dia menghembuskan nafas dengan berat
Kayr keluar dari bilik tersebut menuju semula ke basement. Terdapat vending machine berhampirannya. Disebabkan dahaga, Kayr menyinggah untuk membeli
"Woi budak penumpang"
Tegur seorang polis kepada Kayr yang sedang meneguk air tersebut. Kayr hanya mengerling namun malas nak layan. Dah biasa dengan ketidakpuashatian anggota dekat sini
"Woi kau pekak ke apa?"
Sekali lagi, Kayr tidak layan malah mahu beredar. Namun tidak semudah itu, seorang polis telah menghalangnya di hadapan manakala seorang lagi di belakang. Kayr mengeluh
"Berlagak ko ye budak, hey ni aku nak cakap jangan nak perasan yang kau hebat eh kat sini dah menumpang buat cara menumpang"
"Tolong tepi sikit boleh tak aku dah lambat ni"
Kedua-dua polis tersebut ketawa tidak puas hati. Mereka angguk satu sama lain dan tiba-tiba polis di hadapannya menampar secara mengejut
"Kau dah kenapa sentuh-sentuh aku!!"
Kayr masih menahan diri namun masih geram akan perangai biadap polis-polis tersebut. Polis yang berada di belakangnya berkata
"Kau tak yah nak emo sangat lah budak sedar diri kau sikit kau tu sape, sampah"
Kayr tidak boleh tahan lagi lalu mulakan pergaduhan. Pergaduhan menjadi besar apabila semua staff makin kecoh tetapi tidak berani langsung untuk masuk campur
"SUDAH! BERHENTI!" - Tuan Hasif
Semua terkejut akan ketibaan Hasif. Semua staff masuk ke tempat masing-masing kecuali Kayr dan dua orang polis tersebut. Mereka menjeling antara satu sama lain
"Apo korang bertiga ni? Dekat balai pun buat perangai, ni ha Darwish, Thaqim apa korang berdua ni? Dengan budak pun nak gaduh yang kuban-kuban je la korang ni"
Hasif menggelengkan kepala lalu terus beredar meninggalkan mereka. Darwish dan Thaqim memandang satu lain, Thaqim mula tepuk bahu Kayr semula
"Boleh tahan jugak eh kau ni~ Hi aku Thaqim"
"Itulah tu so aku approved dia jadi undercover simpanan kita!! By the way aku Darwish"
Kayr akhirnya ketawa lalu berjabat tangan. Kayr juga mengenalkan diri. Tiga orang polis mula datang dari belakang
"Bestnya tengok show tadi~ Sayangnya habis cepat hahaha aku Qaidir"
"Kau ni apo cakap gitu? hahahah by the way welcome to the team, I'm Safwan"
Kayr berjabat tangan dengan mereka kemudian yang terakhir. Mereka saling tenung dengan lama. Airil senyum dan memberikan fist bum
"Aku Airil. Gembira bertemu kau"
Kayr ketawa sekali lagi lalu angguk. Mereka senyum antara satu sama lain. Begitulah hubungan diplomatik dibentuk, Bermula dengan berlatih dalam tempat yang sama kepada menjadi satu team yang paling digeruni
Kayr yang berada di dalam kereta tersenyum apabila teringat akan memori lamanya itu, sudah hampir 6 tahun aku berhenti menjadi undercover yang dimaksudkan. Lagipun aku dengar Airil dah berhenti
"Tuan kita dah sampai"
Kayr toleh ke arah Perry yang dari tadi memandu sampailah mereka tiba di Kelantan, kampung sahabatnya. Kayr angguk dan membaiki tali leher. Kayr turun dari kereta dengan penuh bergaya
"Wuohaaa! Aku suruh ambik aku je dah macam artis datang rumah la pulak cara kau keluar tu"
Suara sahabat aku, aku dah lama tak dengar khabar sahabat aku yang ini kerana sibuk dengan kerja. Lagi-lagi kerja di Los Angeles. Aku mengukir senyuman terhadapnya dan memeluknya dengan erat
"Aku rindu kau do Hamzah"
"Aku pun rindu kau Kayr. Welcome back"
Kayr angguk. Tidak lama selepas itu, ibu bapa serta adik dan nenek Hamzah keluar dari rumah, mereka mempelawa aku untuk naik ke atas.
"Lama dah kamu tak datang sini Kayr, kamu macam mana? Sihat?"
Tanya ayah Hamzah. Aku angguk dengan senyuman. Ibu Hamzah kemudian menghidangkan air. Nenek Hamzah pula memuji aku, katanya aku nampak lagi segak hahaha
"Mestilah nenek~ Orang baru lepas balik bercuti dari LA kot hahahha abang kat sana mesti best kan? Tau fashion terkini tak bukan apa sumpah hensem nak mampus"
Aku tergelak apabila mendengar kata-kata adik Hamzah itu. Hamzah kata kalau tak disebabkan adik dia ada tunang.. Dah lama Hamzah nak jodohkan aku dengan adiknya
"Apa-apa pun salam takziah Zah, aku tahu kau masih bersedih akan kehilangan...."
"Harith Maqbul... hm.. dia lah satu-satunya kawan paskal aku Kayr tapi nak buat macam mana kan? ajal dia sampai dulu lagipun dah 6 tahun aku kena move on"
Semua simpati akan arwah. Mana taknya, disebabkan dia jugalah kes dadah atau dikenali sebagai mission 740 makin berkurang dekat negara Malaysia ni
Setelah beberapa minit, mereka mahu berangkat pulang. Hamzah dan aku salam kesemua ahli keluarganya buat kali terakhir. Naik je atas kereta, kami melambaikan tangan dan beredar
"Terima kasih do Zah bagi aku pinjam kereta kau ni, bukan apa Perry cakap tiba-tiba tayar kereta kitorang pecah dah kena hantar bengkel Aku pula tak sempat pun lagi balik rumah sebab ada kerja sikit, nak kena tolong kawan aku"
"Eh tak de hal Kayr, apa gunanya kawan kalau tak saling bantu-membantu kan? Ni kau nak aku hantar kau balik rumah terus or kau ada kerja lain pula?"
Kayr melihat ke arah Perry yang berada di sebelahnya. Perry mula melihat telefon untuk memeriksa jadual sekiranya terdapat kerja lain yang perlu dibuat dengan segera
"Berhenti kan kitorang dekat MRT kawasan dekat dengan rumah aku tu wey, aku nak ke office Mamat ada meeting kitorang kena buat so beg baju aku ni kau boleh tolong hantar kat rumah aku tak?"
"Eh boleh-boleh jangan risau tapi betul ya tak nak aku hantar terus pergi office Mamat?"
"Tak payah susah-susah kau je nanti nak kena patah balik pergi rumah aku pastu nak ke rumah kau ha kesian pula"
Hamzah angguk dan meneruskan memandu dengan selamat. Malam itu, Perry dan Kayr tidak tidur menemani Hamzah sehinggalah mereka sampai ke Selangor
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...