Chapter 48

83 5 0
                                    

Aya menoleh ke arah Tarmizi yang telah gugur air matanya. Kayr masih keliru dan bingung. Kayr memandang lantai dan memikirkan perkara yang di amarankan oleh Erysa

“Selagi wasiat tu tak dijumpa, aku akan hanya redha dengan kemusnahan keturunan mereka"

Wasiat? Wasiat apa ni? And something bad happened between them? What did they mean?! Siapa sebenarnya ayah, ibu dan... wait, is that mean Alysa is Aya's mother?!

“Mak kamu tewas dengan sifat dengki, mak kamu dah rosak Kayr”

Kayr teringat apa yang diberitahu Tarmizi waktu mula-mula Kayr tanya akan mengapa ibunya sangat obses. Tarmizi menghembuskan nafas dengan berat

“Cerita kami dah lama tamat, pak cik tak nak cerita dan ulanginya lagi, Kayr.. ayah boleh nampak bahawa kamu sangat cinta akan Aya”

Kayr melihat Aya, begitu juga Aya yang menatap Kayr dengan mata yang basah. Tarmizi cuba senyum kemudian memegang kedua-dua bahu Kayr membuatkan Kayr tatap mata ayahnya itu

“Ayah izinkan dan restu kamu berdua kahwin. (pegang rantai yang dipakai Kayr) Kamu dah jumpa amanah yang dimaksudkan, maka jadilah perisainya! Jadi perisainya sehingga akhir hayat kamu Kayr! Lari dari kegelapan kami!”

“Tolong lindungi Aya dengan sebaik mungkin.. Sebagaimana kamu sayang kan dia, macam tu jugalah kamu lindung dia. Ayah akan jaga ibu kamu dan cuba untuk menghalang keburukan daripada masuk ke dalam hidup kamu”

Kayr tergamam dan nekad. Kayr angguk dan menoleh ke arah Aya. Aya masih rasa takut dan gelisah. Kayr senyum dan berkata

“Aku ada Aya.. jangan takut. Macam apa yang aku janji, aku akan tetap kahwin dan jaga kau sehinggalah hujung hayat aku! Hadam elok-elok macam kau hadam sekarang”

Aya tatap Kayr dengan senyuman. Air matanya masih lagi tidak berhenti mengalir di pipi. Tarmizi senyum dan angguk gembira. Dia mengarahkan bibik untuk mengemas bilik tidur Erysa dengan segera.

“Pergi hantar Aya balik rumah, kesian dia mesti penat layan semua kebudak-budakan ni"

“Hahaha tak ada lah pak cik, terima kasih sebab dah layan saya elok-elok”

Tarmizi kenyit mata lalu beredar untuk masuk ke office peribadinya. Kayr dan Aya ketawa akan gelagat Tarmizi yang agak kelakar

“Agak-agaknya... Apa yang terjadi dengan mama aku dan parents kau? habis tu kenapa mama aku terbabas dalam gaung?"

“Shh! Ayah aku pun tak nak ingat dan ulang cerita gelap mereka apatah lagi aku? Sekarang ni aku nak benda happy² je dengan kau~ kita dah boleh kahwin kan?"

Kayr membuat perangai nakalnya untuk menyentuh Aya. Aya mengerutkan muka lalu menampar lengan Kayr

“Boleh bukan dah kahwin bengap! Dah la jom hantar aku balik kalau tak--"

“Kalau tak apa?"

“Kalau tak aku bagitahu semua orang kau confess dekat aku guna lagu barbie~"

Aya berlari turun daripada tangga. Kayr mula malu, mukanya juga menjadi merah. Kayr ketawa dan mengejar Aya dari belakang.

2 bulan kemudian, akhirnya hari yang dinanti-nantikan. Kayr dan Aya akhirnya bakal bergelar pasangan suami isteri yang sah. Majlis diadakan di masjid milik Fathin. Aya memakai baju pengantin putih dikenakan dengan purdah. Kayr yang memandang dari jauh menjadi sebak

“Okay sedia? Tengku Abu Al-Kayr bin Tengku Ahmad Tarmizi, aku nikahkan kau dengan Nur Ayasya Amirah binti Muhammad Fateh dengan mas kahwinnya RM1000 dan sebiji al-Quran tunai”

“Aku terima nikahnya, Nur Ayasya Amirah binti Muhammad Fateh dengan mas kahwinnya RM1000 dan sebiji al-Quran tunai”

Semua penghuni melihat satu sama lain dan angguk. Tarmizi yang menjadi satu-satunya ahli keluarga Kayr yang hadir tersenyum gembira. Akhirnya amanah kau yang diberikan kepada aku dah tercapai Alysa..

Semua menadahkan tangan dan berdoa. Sheera menjadi sebak dan akhirnya menangis. Aya ketawa akan kecomelan Sheera manakala Fathin juga sebak. Fathin angguk dengan senyuman yang lebar

Kayr menghampiri Aya yang cantik berada di hadapannya. Kayr senyum lalu mereka memulakan proses batal air sembahyang. Kayr kemudian membuka purdah Aya dengan perlahan-lahan

“Assalamualaikum wahai permata ku, izinkan abang menjadi sebahagian daripada sayapmu untuk terbang ke syurga nanti”

Aya yang menatap Kayr angguk dengan senyuman. Kayr kemudian mengucup dahi Aya dengan penuh cinta. Maka berakhirlah majlis pada hari tersebut.

Lama sangat majlis bersanding berlangsung pada petang yang panas. Akhirnya mereka dapat pulang ke rumah baru diusahakan oleh Kayr sebelum mereka nikah 2 bulan lepas.

“Saya penat ni abang, nak mandi dulu”

Sambil cabut pin yang terletak elok di bahu, dia membuka matanya yang penat hanya untuk melihat Kayr membawa tuala melulu masuk ke dalam bilik air

“Heyyy kan saya kata biar saya mandi dulu! Mana aci main potong-potong"

“Siapa kata saya potong? and siapa kata awak mandi dulu?”

Aya kemudian terhenti. Dia mula tersedar apa yang dimaksudkan Kayr. Kayr ketawa dan smirked. Kayr menyandarkan dirinya di pintu bilik air sambil menyilang tangan

“You're mine tonight, and also forever. So mandi sekali tu tak salah kan? Alah lagipun nanti lama-lama saya tengok ju--”

Aya membaling tuala kepada Kayr, tidak sanggup mendengar fikirannya yang kotor itu. Aya mengeluh dan menjeling. Aya hanya melulu masuk ke dalam bilik air. Mata Kayr yang mengikut pergerakan Aya itu dipejam.

“Let's get started~”

Pintu bilik air ditutup. Ha kamu semua pandai-pandai lah agak apa yang terjadi. Yang penting sama-sama nak, sama-sama bahagia nyeh~

Clara yang duduk memandang lantai dengan gugup itu menelan air liur. Kakinya menggigil apabila melihat Erysa berjalan sekeliling ruang tamu dengan muka yang suram, benci, marah

“Macam apa yang mak cik cakap, sondol sampai jadi faham?! Musnahkan hati, perasaan even hidup Aya!"

“Ba--baik mak cik”

Erysa smirked kemudian menghampiri Clara yang sangat takut. Jari telunjuknya telah mendongakkan dahu Clara supaya menatap mata dengan tepat

“Kalau tak~ kamu tahu lah apa mak cik akan buat dengan keluarga kamu~ Ingat Clara... kamu pergi ke UK tu pun sebab mak cik tau"

Clara memejamkan mata dan angguk dengan pantas. Clara melutut dengan penuh hina

“Saya janji mak cik! Saya janji akan balas jasa mak cik yang banyak tolong keluarga kami tapi please!! Tolong berhenti kacau keluarga saya dan ayah yang berada di hospital..”

Erysa angguk dengan senyuman yang sinis. Erysa kemudian menoleh ke arah gambar keluarga mereka dan menghampirinya. Erysa pegang gambar itu lalu berkata

"Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan cara kau Tengku Abu Al Kayr... Kau milik aku, kau akan ikut cakap aku!"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now