Ayah memberikan aku wang yang cukup banyak untuk menggantikan semua peralatan yang sudah hancur. Aku memeluk ayah dan akhirnya menangis. Ayah mengusap aku dengan lembut lalu beredar bergegas ke bilik tidurnya
“Awak ni tak kesian ke dengan anak kita Erysa? takkan sampai sekarang awak masih simpan perasaan cemburu terhadap Alysa? Dia dah tak ada Erysa dia dah mati! Sudah lah buat perkara yang sia-sia”
“Anak dia tak mati! Selagi keturunan dia ada atas bumi ni selagi tu aku takkan berdiam diri! Lagipun Kayr anak aku bukan anak Alysa! Kenapa dia perlu hidup dengan ada perangai Alysa! Kenapa dia perlu ada ciri-ciri Alysa! Ah tak kira! Aku takkan bagi Kayr hidup aman kalau sekali lagi dia membantah hak aku! Macam mana aku sakitkan Alysa macam tu juga aku akan sakitkan anak dia suatu hari nanti! Kalau Kayr nak teruskan hidup, Dia kena ikut cakap aku!”
Tarmizi menggelengkan kepala. Kau memang sudah rosak Erysa, kau bukan lagi Erysa yang dikenali oleh bapak kau. Tarmizi hanya meninggalkan bilik tersebut, malas nak bergaduh lama-lama.
(Birthday Aya tiba)
Kayr dan Aya sekeluarga bercadang untuk ke air terjun dan picnic di sana, petang sedikit berangkat ke pantai
“So Kedai tutup la hari ni Hamzah?”
“Iya aku minta dengan boss nak pergi bercuti dengan korang tak boleh? Kedekut"
Sheera menjeling apabila Hamzah berkata sedemikian. Aya dan Fathin yang sudah duduk di belakang tergelak manakala Kayr membaca doa di luar kereta sebelum memulakan perjalanan
“Wowwowowwoow balik kampung--"
“Kita nak healing bukan balik kampung la budak pendek"
Aya pula menjeling kepada Kayr yang khusyuk memandu. Sheera dan Hamzah unexpected main game yang sama iaitu among us. Mereka bertekak-tekak kerana dikejar impostor
“Ehhh kau la ni semua sebab kau!”
“Saya pula?! Awak yang tak pandai main!"
Fathin hanya mengeluh melihat 2 pasangan yang dari mula berjalan sampailah dah nak sampai ke destinasi bergaduh. Fathin menggelengkan kepala dan berkata
“Korang semua ni gaduh-gaduh nanti lama-lama kahwin betul-betul baru tahu"
“Tak nak!" - Sheera, Hamzah, Aya
“Nak nak!!” - Kayr
Semua berdahak dan memaling kepada Kayr, Kayr yang mengerling akan pandangan mereka semua bingung dan berasa seram. Salah ke apa aku cakap? Aku nak kahwin je hino ko
“Yeayyyyyy air terjunnnn Sheera aku cabar kau siapa masuk dulu dia menang!"
“Okay deal jommmm”
Yang perempuan berlari dulu masuk ke dalam air manakala yang lelaki menolong mak cik menyediakan tempat untuk makan dan berborak selepas ini
“Woi Aya tengok sini"
Aya menoleh ke arah suara Kayr hanya untuk dapat percikan air darinya. Aya geram lalu membalas dengan lebih kuat. Mereka saling mengejar satu sama lain. Hamzah dan Sheera sedang menilik ikan yang berada di situ. Sheera tersangatlah fokus sampai tersalah pijak batu dan akan tersadung namun sempat disambut Hamzah
Mereka menatap satu sama lain dan akhirnya bangun melepaskan diri kemudian berdahak. Sama-sama malu dan memerah. Setelah beberapa minit mandi, mereka naik dan makan
“Sedapnya siapa yang buat mi goreng ni mak cik?" - Kayr
“Siapa lagi kalau bukan aku ehehe" - Aya
Kayr mengangkat kening dengan teruja lalu menunjukkan tanda bagus. Sheera kemudian mahu bermanja dengan Fathin
“Mamaaaa boleh tak suapkan untuk Sheera aaaaaa”
“Boleh sayang bukak mulut aaaa”
Hamzah menjeling dengan menyampah manakala Sheera membuat muka bangga. Aya ketawa akan kenakalan Sheera sebaliknya Kayr mula terhenti dan memandang makanan. Alangkah seronoknya hubungan aku dengan ibu seperti mereka
“Itulah mak cik! (muncung bibir) Sampai hati diorang buat macam ni kat Aya, padahal diorang juga penyebab Aya nak berubah dulu hmmm”
“(peluk Aya) Nak buat macam mana sayang~ Ingat, Allah takkan kenalkan kita dengan orang tanpa sebab anggaplah ini ujian untuk kamu yang sedang berusaha istiqamah ya? Alah lagipun kalau tak ada diorang kami kan ada?”
Aya angguk dengan senyuman bersama Hamzah dan Sheera. Kayr masih tenung dengan sayu kepada mereka
“Hamzah rasa kan mak cik.. Hamzah nak buka account tiktok la boleh promote kedai"
“Eh buat lah~ Kalau nak tunjuk ajar ni Sheera ada, dia buat kerja dalam media sosial sebagai full time dia. Ha kejap lagi balik ni dia edit la tu”
Hamzah angguk dengan faham. Sekali lagi dia sangat hebat si Sheera ni! Semua ah boleh buat. Sheera roll eyes dan bertanya dah aktifkan account tiktok atau belum
“Tapi kan mak cik tak kesah ye Sheera jadi influencer ni takdelah Kayr bukan apa... Selalunya orang hina cakap buang masa tak ada masa depan”
“(senyum) Kalau kita letakkan kepercayaan dan berserah kepada Allah semua benda jadi tak mustahil Kayr.. lagipun ni hak dan pilihan anak mak cik juga sebagai orang tua kita kena berikan sokongan yang cukup buat mereka macam Aya, Aya nak jadi photographer tapi sebab tak ada rezeki lagi so ditangguh.. Mak cik tak paksa, mak cik ikut je asalkan diorang tahu kenapa diorang hidup dalam dunia ni”
“Awww sayangg makcik/mama” - Aya dan Sheera
Mereka memeluk Fathin dengan erat membuatkan Hamzah ketawa kecil. Hamzah menoleh ke arah Kayr yang menundukkan kepala, Hamzah tahu Kayr menangis. Hamzah dengan perlahan dan tidak terlalu obvious mengusap belakang Kayr. Kayr angguk dan memberikan senyuman
(Di pantai)
“Wahhh nak bungaaaa! Ada bunga roseee tiada sape nak bagi ke??"
Ujar Aya setelah nampak booth bunga yang terpampang depan pantai. Hamzah dan Sheera mengangkat bahu lalu bergerak dahulu pergi ke pasir diikuti Fathin
Aya memuncungkan bibir lalu mula bergerak ikut mereka dari belakang namun terhenti apabila Kayr mengajak pergi ke booth berikut
Sampai je depan booth, Aya menjadi rambang mata kerana bunga-bunga yang ada semuanya cantik tetapi bunga Rose tetap menjadi pilihan Aya. Kayr yang berada di sebelahnya mengambil sekuntum dan menoleh kepada Aya. Aya hanya menatap dengan keliru namun dikejutkan apabila bunga ros itu dimasukkan dalam tudung di bahagian telinganya
“Terima kasih telah menjadi mawar yang mekar dalam hidup aku, terima kasih juga telah mengajar aku keharumannya maka seperti maksud bunga mawar, sekali lagi aku nak ambil kesempatan bahawa aku cintakan kau Aya. Cinta sangat. Tolong jangan pergi dari hidup aku ya?”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...