Khemah yang di‘deco' itu terletak cantik sekali di sebelah tasik kawasan itu. Papan hitam yang ditulis ‘healing time’ telah membuatkan Aya ketawa. Aya menongkat basikal yang disewa lalu berlari ke arah khemah picnic tersebut
*Gambaran khemah👇🏻
Aya yang tiba dulu mengambil gambar menggunakan telefon pintar yang berada di belakang poket. Aya berasa sangat teruja dan tidak sabar“Kau ke hias semua ni?! Cantikk sangat!”
“Aku upah orang je tapi cantik en? Alhamdulillah cadangan Perry tak pernah salah"
Aya ketawa lalu meneliti setiap satu inci dan barang yang digunakan untuk menghias kawasan dan khemah itu dengan begitu cantik. Senyuman Aya tidak lari daripada pipinya
“Eh ni gitar yang kau beli dekat Korea hari tu kan? Wahh aku akhirnya bakal dengar ke kau menyanyi”
Kayr angguk dan angkat keningnya. Kayr mengeluarkan makanan dan minuman yang disorok bahagian yang diarahkan. Aya terus rambang mata dan bersila menunggu makanan untuk dihidangkan
“Aku beli air coke dengan spaghetti aglio olio dan spaghetti bolognese je”
“Je?! Walaweh favourite aku sia semua tu so jangan nak minta maaf sangat, cepat hidang”
“Amboi, apa kau ingat aku ni maid kau ke apa? Saba jangan gelojoh"
Aya sengih dan menggarukan kepala yang tidak gatal. Kayr menghidangkan makanan dengan tertib, meletakkan napkin kepada Aya tak nak bagi baju dia kotor kemudian menyediakan cawan untuk letak air coke.
Setelah beberapa minit, mereka mula makan dengan sangat lapar. Aya makan aglio olio manakala Kayr makan bolognese, walaupun masing-masing sudah pilih makanan mereka tetap kongsi dan rasa menggunakan sudu garfu yang telah disediakan
“Sweet tak aku? Bagi suprise macam ni? Lagi-lagi tengah ada mood-mood healing kan?"
“Boleh la tahan sweet kau tu, nasib sewa design yang aesthetic dan lawa~ Dapat aku masukkan dalam story ig hari ni”
Kayr menjadi sangat bangga sehingga tersedak pedas. Nasiblah Aya bawa air mineral lebih, Aya memberikan kepada Kayr supaya dapat melegakan tekak yang perit
“Kalau macam ni kau dah boleh kahwin dengan aku la kan?”
Aya pula yang tersedak. Apa ni main sedak-sedak ni? Kayr menghulurkan satu lagi air mineral yang tidak dibuka. Aya mencapainya terus minum
“Kau ni kenapa nak sangat kahwin ni? Okay for real aku nak kahwin kalau orang tu betul-betul ada perasaan ‘sayang’ dekat aku, kau fikir aku nak buang masa lagi ke?"
“Sebab sayang la kau kena kahwin dengan aku, kan aku dah janji aku akan jaga kau baik-baik~ kau still tak caye aku ke?”
Aya mendiamkan diri dan hanya fokus dengan makanan. Kayr mengeluh tetapi tidak kecewa akan jawapan yang diberikan. Makanan ni menyelamatkan mood aku muahahaha
Suasana menjadi diam hanya dengan bunyi makanan yang dikunyah. Mereka makan dan hanya tatap satu sama lain. Kadang-kadang tergelak sebab awkward
“Kenapa kau pandang aku macam tu”
“Sebab kau cantik sangat, comel, sejuk je mata memandang eee semualah~”
Aya ketawa, dia puji aku lelebih lak mamat. Aya berdahak kemudian tenung Kayr dengan lebih lama. Kayr pula yang malu
“Kenapa pula kau pandang aku macam tu? Oh sekarang boleh terima lah aku hensem kan? hehe aku tahu cuba bayang kan kalau aku jadi sua--”
“Kalau kita kahwin, kau yakin kita akan bahagia macam sekarang? okay kalau ya.. Aku kena kerja lagi atau tidak? aku diterima atau tidak oleh family kau? kau akan ada perasaan benci tak dengan aku?”
Kayr menelan makanan yang dikunyah sebelum menjawab. Kayr senyum lalu berdahak. Kayr menjawab dengan tatapan yang serious
“Kahwin atau relationship ni perlu komitmen dari both side, kalau aku bagi sayang macam mana sekali pun tapi kau still tak boleh terima aku and decides to not be what wife have to be tak guna juga tapi sebab aku tahu... Aku tahu hubungan kita boleh pergi jauh and kau ni seorang insan yang penuh dengan kasih sayang sebab tu aku ajak kau kahwin. You're so special even aku sendiri tengah learning pasal banyak benda daripada diri kau”
Aya angguk dengan sangat tergamam. Dia invest trust dia tinggi dalam hal ni. Aku salute, aku salute dia ni chill orangnya. Kayr mula mengambil gitar dan memandang Aya. Aya terus senyum dan angguk dengan teruja
Kayr angguk dan mula main secara perlahan-lahan. Dimulakan dengan bermain melodi lagu sempurna by Andra and the Backbone. Kayr main dengan mantap sekali walaupun dia masih tidak mengeluarkan suara. Cara main gitar pun aku tahu dia suara sedap takpe aku tunggu.
Selang beberapa minit, melodi dan not gitar ditukarkan kepada satu lagu yang tak dapat dikesan. Lagu itu sangat unik dan menarik minat Aya. Aya menatap Kayr yang sudah menatapnya
“It's so rare to find a girl like you
Somehow when you're around
The sky is always blue
The way we talk, the things you say
The way you make it all okay
And how you know all of my jokes
But you laugh anyway”“If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring
wherever you go in this world I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you, you're here for me.
Oh ooh oh
Two person, One heart”Aya menepuk tangan dengan sangat tergamam. Kayr turut ketawa akan reaksi Aya yang masih tersenyum lebar itu. Aya duduk dengan tegak dan berkata
“Sumpah suara kau sedap sangat!! and aku tak expect kau akan nyanyi lagu berbahasa english, the fact that kau confess macam ni buat aku rasa tersentuh. Sumpah macam effort gila huaaa terima kasih Kayr~ kau tepati janji kau!"
Kayr angguk dengan senyuman, hari sudah senja matahari pun hampir terbenam. Kayr mengajak Aya untuk mengemas dan balik ke rumah. Mereka mengemas dengan serta merta dan akhirnya pergi menuju ke basikal
“Boleh aku tanya sikit? Lagu tadi tu kau reka sendiri ke sebab aku tak pernah dengar”
Kayr berhenti dan menoleh ke Aya dengan muka penuh terkejut. Kayr menutup mulut dengan sangat tidak percaya
“Sumpahlah kau tak tahu?!”
Aya angguk dan sengih dengan janggal. Aya menggarukan kepala yang tidak gatal
“Itu lagu Barbie lah! Aku ubah sikit je~ alang-alang aku tengok barbie malam semalam and lagu tu macam kena dengan mood, aku decides nak confess dengan lagu tu tapi tak sangka pula end up kau percaya lagu tu aku reka HAHAHAH”
Aya terkejut, ternganga mulut bersama mata yang tidak henti-henti mengelip. YA ALLAH SAMPAI KE BARBIE DIA BAWAK PERASAAN CINTA DIA DEKAT AKU?! Parah do Kayr... Parah tapi takpelah...
“Effort hm”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...