Chapter 25

117 8 0
                                    

Dulu, aku tidak pernah yakin dengan hobi aku
melihat ayah yang tiap-tiap hari membawa aku pergi training membuatkan aku tertanya-tanya, aku lelaki sejati atau tidak?

"Duduk elok² dalam taska ni Kayr, kawan dengan semua orang okay? nanti habis ayah ambik kamu"

Ucap ayahnya sambil mengusap kepala serta pipi Kayr dengan lembut. Kayr dengan ragu-ragu dan hanya angguk menurut perintah.

Budak-budak dekat sini pandang aku macam aku ni berdosa, diorang seperti mengumpat diri aku dimana-mana aku berjalan sambil membawa lukisan dan alatan ku

Sehinggalah...

"Ouh! Sorry!"

Barang-barang aku terjatuh ke lantai. Aku tak nak diejek dan dianggap lemah sebab tu dengan cepat dan kelam-kabut aku kutip semuanya, sungguh aku takut namun 'dia' yang hadir telah menenangkan hidup ku

"Wah cantiknya lukisan awak! Awak lukis macam mana ajar lah saya!"

Kayr memandang kepada budak perempuan itu. Senyuman dia yang comel itu membuatkan aku yakin.. tak salah aku nak buat apa yang aku nak buat, tidak perlu aku kesah akan orang lain

"Tak ada apa lah!"

Kayr terus merampas kertas lukisan tersebut lalu beredar masuk ke kelas taska yang disediakan. Alangkah aku tahu dia tu rakan sekelas aku... tak adanya aku layan dia dengan teruk, dah la duduk sebelah pula

"Haiii kita jumpa lagi la awak!"

Kayr hanya diam dan kembali membuat hal sendiri. Melukis dan menulis apa yang patut. Budak perempuan yang berada di sebelahnya hanya merehatkan kepalanya lalu menatapnya

Beberapa minit masa berlalu, aku tertidur. Aku mengantuk. Aku melentokkan kepala di atas meja lalu mula tidur namun cahaya matahari tetap menjadi gangguan

"Ish panas... "

Mendengar keluhan aku mungkin memberikan budak perempuan itu idea. Dia mengambil buku di bawah mejanya lalu menghadang cahaya matahari yang terpapar di mukaku. Aku membuka mata dengan perlahan dan menatapnya. Dia senyum dan berkata

"Sebab awak panas? Sebab tu saya halang dengan buku ni"

Dia ialah perisai terkuatku waktu itu. Sungguh aku hanya memikirkan bahawa aku tak nak hilang dia. Waktu balik dari taska, kami keluar dari pintu bersama-sama

"Awak jangan rasa malu tau dengan apa yang awak minat! Awak kena percaya saya akan tetap sokong awak"

Kayr mengangguk manakala budak perempuan itu senyum dengan manis kepadanya. Tepat pada waktu, ibunya sampai memanggilnya

"Aya~ Jom kita balik? Mama masak sedap-sedap hari ni tak sabar nak rasa"

"Baik mama!! (menoleh ke arah Kayr) Byee esok atau hari lain kita jumpa lagi ya?"

Kayr angguk dengan perlahan-lahan. Waktu itu ayah aku juga sampai dan menghampiri ku. Ayah juga menoleh kepada ibu Aya, budak perempuan itu lalu menundukkan hormat. Ibu Aya hanya senyum lalu beredar bersama Aya.. gadis pertamaku...

Dia lah gadis pertama dan terakhir aku. Aku tak pernah percaya pada takdir tapi jikalau kau ialah Ayasya Amirah.. Kau lah orangnya.
Kayr yang mengimbau kenangan lama itu chuckles dan menggelengkan kepala. Kayr pergi meninggalkan Perry yang berdiri disebelahnya keliru namun berhasil mengikut semula jejaknya dari belakang

---

Sheera mempunyai idea yang jahat terhadap Hamzah. Dia menyediakan cicak palsu di dalam apronnya lalu menyorok di bahagian belakang

"Hey Jemah, mu jago sini aku nok gi jambe metar"

"Ha pergilah"

Hamzah yang berjalan ke arah tandas sambil bermain telefon have no idea Sheera menyorok di bilik belakang. Hamzah bersiul dengan tenang dan tiba-tiba

"EH EH CICAK (baling cicak palsu kepada Hamzah)" - Sheera

"AHHHHH CICAK!"

Hamzah melatah dengan kuat dan terlompat-lompat cuba melarikan diri. Sheera ketawa dengan terbahak-bahak lalu mengambil cicak tersebut yang berada atas bahu Hamzah

"Kurang ajar kau ye budak! Eihh tepilah aku nak kencing ni!"

Hamzah melepasi Sheera dengan bengang. Dihempasnya pintu tandas. Sheera ketawa kecil serta senyum sinis. Sheera menyilangkan tangan dan berkata

"Padan muka~ Siapa suruh selalu cari pasal dengan aku kan dah mendapat"

Sheera keluar dari bilik belakang dengan gembira namun terhenti dan mula menyorok apabila nampak customer yang dilayan Jemah itu seperti seseorang yang dikenali

"You nak air apa Dania sayang?"

"I nak oreo smoothie la Zarif sayang~"

Sheera menutup mulut dengan terkejut. WHAT?! DANIA WITH WHO?!! How could he did this to Aya! Kurang ajar Dania kau tu kawan baik Aya dari dulu. Waktu itu, Hamzah selesai dari hajatnya lalu mahu menegur Sheera yang masih tidak masuk ke dalam.

"Weh Shee--"

"(memberikan isyarat senyap) shhhh!"

Hamzah juga terhenti. Dah kenapa minah ni suruh aku senyap pula? Hamzah pergi ke Sheera dan mengintai apa yang diintai. Tak ada apa pun... just customer seperti biasa.

Sheera berasa sangat geram sambil menggenggam tangan. Setelah customer itu beredar Sheera masuk dan melihat kelibat mereka dari belakang

"Kau dah kenapa tengok diorang macam tu"

"Once a cheater always a cheater! Aku dah agak dah ada vibe tak okey dengan dua orang tak guna tu dasar lahanat!"

Sheera kembali menyumpah dan mencarut membuatkan Jemah dan Hamzah terkejut dan membulatkan mata. Itulah kali pertama mereka nampak Sheera hilang keayuannya

Sudah petang, seperti yang dijanjikan Kayr dan Aya akan pergi ke gym. Kayr sampai dulu di gym yang dinyatakan manakala Aya akan diambil Perry selepas dia siap memilih dan menukar baju yang sesuai

"Woahhh semart ooo berlari-lari atas mesin nak buat juga!"

Kayr membuat muka berlagak apabila dipuji Aya. Kayr masih meneruskan latihan tersebut. Aya angguk dan melihat sekeliling akhirnya berhenti menatap sesuatu. Aya menutup mulut dengan teruja bersama mata yang bersinar

"Wehhhh bapak hensemmm semart solid nak mampus! daddy material Ammar Zahrain ke tu!!"

Kayr terus terinjit kaki. Dia memberhentikan mesin lalu menoleh ke arah lelaki yang dipuji Aya. Dia juga membulatkan mata, wah betul lah~ Aku yang hensem dan lelaki ni pun jatuh cinta

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now