Mereka dileraikan oleh Tarmizi. Erysa mula meracau manakala Aya rebah. Aya yang sudah lemah disambut Perry. Tarmizi cuba menghentikan serta menenangkan Erysa
“Perry kau bawak Aya pergi hospital sekarang"
Perry sangat gelabah dan terkaku, risau kerana satu badan Aya menjadi pucat. Tarmizi yang sibuk menoleh ke belakang arah Perry
“YA ALLAH KAU TERCEGAT APA KAT SITU! PERGI HOSPITAL SEKARANG”
Perry angguk dan dengan terpaksa mengangkat Aya. Perry bergegas ke kereta dan pecut menuju ke hospital
Qhalisha melihat dengan teliti akan kandungan pendrive tersebut. Kayr sangat gementar manakala Airil yang mendukung Aidil juga melihat ke arah laptop yang dipandang Qhalisha
“Saya boleh buat tapi ini akan mengambil masa selama beberapa hari, kalau tak kesah pendrive ni tinggal sini dulu boleh?”
“Boleh!! Boleh sangat!! Ya Allah terima kasih sangat-sangat, rezeki memang berpihak pada Aya"
Airil dan Qhalisha senyum angguk bersama. Kayr bangun dengan senyuman yang lebar dan tiba-tiba mendapat satu panggilan daripada Perry. Kayr menyuruh Airil dan Qhalisha menunggu dia untuk menjawab panggilan
“He--"
“TUAN! CEPAT KE HOSPITAL! AYA TUAN AYA!!"
Kayr terkejut dan membulatkan mata. Kayr menjadi terkedu, telinganya berdesing. Badannya tidak dapat bergerak. Kenapa dengan Aya..? No... Tak Kan?! Airil menyuruh Qhalisha pegang Aidil dengan segera lalu terus menyedarkan Kayr
“WOI WAKE UP! JANGAN TERCEGAT DEKAT SINI LAGI! AKU TAHU SOMETHING HAPPENED AND YOU MUST GO! FOCUS BRO FOCUS! SHE NEED YOU!”
Kayr mengelip mata dan angguk. Kayr berlari ke kereta juga pecut ke hospital yang diberitahu. Sambil menangis, dia bergegas mencari wad kecemasan Aya. Aku tak nak hilang Aya, bukan sekarang... or bila-bila!
“Tuan!"
Kayr menoleh ke arah suara kemudian berlari. Kayr masuk ke dalam bilik wad tanpa menegur sapa dengan Perry. Kayr mengalirkan air mata dengan banyak apabila nampak isterinya tidak sedarkan diri
“Aya jangan tinggalkan abang please!!"
Dokter cuba menenangkan Kayr bersama nurse. Kayr tetap meronta-ronta sehinggalah Dokter mencucuk ubat penenang kepadanya. Pandangan mula menjadi kabur, pergerakan menjadi tidak stabil. Kayr terus disambut Perry daripada belakang
“Saya cadangkan bagi mereka rehat di sini dulu nanti dah sedar kedua-duanya, panggil saya kat bilik hujung ya? Atau awak boleh panggil nurse berdekatan"
“Baik Dokter, terima kasih"
Jawab Perry sambil melihat Kayr yang tertidur di atas sofa yang disediakan. Dokter beredar bersama jururawat-jurarawat terlatih
Manakala di rumah Tarmizi mencampakkan Erysa masuk ke dalam biliknya. Tarmizi marah dengan kuat dan lantang
“KAU DAH GILA KE APA?! BUDAK TU HAMPIR MATI DALAM RUMAH KITA!"
“BIAR LAH DIA MATI! KETURUNAN KAMI--”
“EH CUKUPLAH DENGAN KETURUNAN SEMUA NI! ERYSA TOLONG LAH JADI MATANG, REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU! WASIAT DAN HARTA KAU TU MEMANG DAH HILANG.. TAKDE! KAU PUN DAH KAYA DAH PUN APA LAGI KAU NAK?! KAU ADA ANAK, KAU ADA SEMUANYA APA LAGI YANG TAK CUKUP?! KAU DAH KAHWIN DENGAN AKU KAU ARGH SEMUA KAU DAH BUAT! KADANG-KADANG AKU RASA BIAR AKU JE BUNUH KAU, KAU TAU TAK?! DASAR KAFIR TAMAK HALOBA"
Erysa terkejut kerana Tarmizi tidak pernah marah sebegitu. Itulah kali pertama Tarmizi melawan cakap Erysa. Itulah kali pertama Tarmizi menengking dengan sepuasnya. Tarmizi akhirnya menangis membuatkan Erysa mengenggam cadar katil
“Aku gagal jadi suami yang baik untuk kau... Aku gagal jadi insan yang baik... Aku kahwin dengan kau sebab aku nak ubah sesuatu Erysa, tapi kau tak pernah berubah dan still anggap kami ni kuli kau. Kau masih tewas dengan sifat tamak, dengki yang sebenarnya tak pernah wujud dalam kamus hidup kau... aku kecewa Erysa aku kecewa”
Tarmizi keluar daripada bilik untuk menenangkan diri. Erysa tiba-tiba menjadi kosong dan termenung lama ke hadapan.
Erysa mengerutkan mukanya, cadar katil digenggam lebih kuat.
“Semua ni takkan terjadi kalau bukan sebab kau... Puas la kan? Sekarang ni keturunan kau dah hilangkan semuanya... "
Erysa bangun dan mengemas semua bajunya. Erysa memastikan tiada satu pun yang tertinggal. Erysa kemudian menelefon pembantu peribadinya untuk menjemput di rumah. Erysa turun membawa bagasi yang sangat besar.
“Kau nak pergi mana ni Erysa--"
“JANGAN.... ganggu aku lagi, kau nak sangat kan? Baik aku akan pergi dari hidup kau!"
Tarmizi cuba menghalang sambil menangis-nangis, merayu dan melutut dengan bersungguh-sungguh namun Erysa tetap memilih untuk berkeras hati.
“Tapi ingat Mizi, aku takkan berdiam diri... AKU TAKKAN LEPASKAN BEGITU SAHAJA!"
Waktu itu pembantu peribadi sampai di depan rumah. Pembantu peribadi cepat-cepat mengambil bagasi yang dibawa Erysa, Tarmizi mahu mengejar namun rebah. Kakinya tersadung. Kereta akhirnya pergi meninggalkan Tarmizi yang menangis
“Aku gagal, aku gagal Alysa... "
---
Haqeel memberikan Clara air minuman. Clara mengambil dengan ragu-ragu, mereka kemudian duduk bersama di bangku taman. Tiada satu antara mereka berdua berani memulakan percakapan. Mereka hanya diam memerhati budak-budak bermain alat reakreasi
“You nak i tolong tak?"
Clara terkaku lalu memalingkan kepala ke arah Haqeel. Haqeel senyum dan mula pegang tangan Clara lalu mengusapnya dengan lembut
“Clara... you tak keseorangan, you ada ramai yang support you termasuklah yang atas tu”
Clara masih mendiamkan diri, dia malu dengan diri sendiri kemudian memandang lantai. Haqeel senyum lagi lalu mengusap pipi Clara dengan lembut
“You kuat Clara... terima kasih sebab masih berdiri sampai ke hari ni, I bangga dengan you"
Clara akhirnya menangis. Hanya itu yang mahu didengar. Clara terus memeluk Haqeel dengan erat, Haqeel pula angguk dan cuba memujuk Clara
“I minta maaf.. I datang lambat sangat”
“Takk!! you tak pernah lambat, I je yang sombong dan degil tak nak pusing! Tolong I Haqeel, Tolong I! I tak sanggup lagi... I penat! I tak nak jadi kuli orang tolong, I nak hidup happy... ”
Haqeel angguk dengan perlahan-lahan. Mereka akhirnya fix hubungan mereka. Sudah senja, mereka mahu pulang. Mereka menuju ke arah motorbike milik Haqeel sambil berpegang tangan
“Tak boleh ke I lari dari semua ni? Tak boleh ke I lepaskan semua ni?"
“Kalau you lari... sampai bila-bila masalah tu akan kejar you. Kalau you lepaskan, seolah-olah you pijak diri you, orang dah sakitkan kita takkan you pun nak sakitkan diri you? hati tu dah cukup kuat untuk bagi you hidup bernafas sampai hari ni so apa kata you balas balik apa yang hati dah sumbangkan?"
Clara berhenti dan tatap Haqeel dengan serious. Haqeel juga buat sedemikian
“Lawan selagi boleh Clara, dapatkan keadilan you demi diri you! Ingat, Allah ada tolong dari atas, mindset tu jangan bisik ‘tak boleh' sebab yang memberi dan memudahkan tu bukan diorang tapi dia! (menunjuk atas langit)”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...