Suasana di office hanya berbunyi menaip dan hirupan air. Kayr membuat kerja dengan tekun dan fokus supaya dia dapat meluangkan masa bersama Aya balik nanti
Kayr terhenti dan melihat laptop khasnya. Perlu ke aku sambung menulis sekarang? Ada banyak benda aku nak luah. Ada banyak benda yang aku nak ingat
Kayr mencapai laptop dibeli khas untuk menaip karya novelnya itu. Kayr menaip ke semua idea dan apa yang menimpanya kebelakang ini. Selang beberapa minit, Perry masuk memberikan ketukan
“Tuan, saya dah jumpa dan kumpulkan semua maklumat Alysa Abisha di dalam pen drive ni Tuan"
Perry meletakkan pen drive tersebut di atas meja Kayr. Kayr menutup laptop khas dan terus beralih kepada laptop kerja. Dia menyambungkan pen drive dengan segera
Bunyi mouse menguasai di dalam bilik tersebut. Mata Kayr hanya tertumpu membaca segala yang diberikan oleh Perry. Kayr menghirup air sebagai tanda rehat
“Qudra’ ? macam pernah ku dengar... tapi yang pasti dekat sini, agensi swasta so buat duit juga la?”
“Aku dah search apa Qudra’ tu dalam Internet, kot-kot ada la kan? Ya memang ada, Qudra’ adalah pusat latihan rahsia agent-agent yang terpilih berdasarkan minat pengerusi sendiri"
Kayr angguk. Tak sangka mak Aya suka kerja berbahaya macam ni, lebih kurang kerja undercover yang aku buat dulu~ Kayr menghirup air lagi lalu membaca semua biodata Alysa
“Oh dia kahwin dengan agent dekat situ juga la? faham-faham”
Boleh tahan juga mak Aya ni, dikatakan kat sini.. Alysa agent terbaik Qudra’ , kegemaran pengerusi sehingga dikatakan wasia-- WASIAT?! Kayr mula duduk dengan tegak
“Selain dari anaknya, dikatakan pengerusi telah menyerahkan wasiat iaitu aset berharga Qudra' kepada Alysa. Sampai sekarang wasiat tu tidak dijumpai atau berada di samping mayat Alysa yang terbabas kereta 21 tahun lepas” - Kayr
“Eh jap, boleh aku tahu siapa pengerusi Qudra' ni? Macam bias sangat orangnya" - Kayr
Perry menelan air liur. Serba salah pula aku nak angguk tapi nak tak nak terangkan je la, benda ni nak kena settle
“Atuk tuan Kayr sendiri, Abdul Yusof di mana ayah kandung kepada Puan Erysa”
Tersedak Kayr bila mendengar, wait what?! jap so ibu aku pun agent? Ayah agent? eh apa semua ni?
“Sebenarnya saya mendapat maklumat bahawa parents Tuan Kayr juga bekas agent Qudra' . Hubungan Alysa dan parents Tuan Kayr ialah rakan universiti yang berjumpa dalam satu agensi. Elok pula Tuan Tarmizi dilantik Abdul Yusof untuk menjadi bodyguard Alysa. Mungkin sebab tu Tuan Tarmizi sangat tekan kan amanah tetapi saya masih tak faham kenapa Puan Erysa benci sangat dengan Alysa sebab takkan la sebab wasiat je kan? Ada banyak yang kita tak tahu Tuan.. itu semua personal mereka"
Patutlah ayah selalu bawa aku pergi training dulu...
Betul, semua ni dah masuk akal. And semua ni takkan terjadi kalau wasiat tu tak dihilangkan atau disorokkan. Sifat dengki... amanah... hm tapi masalahnya aku masih tak dapat jawapan
“Gaung, tak ada pun tulis atau bagitahu kat sini si Alysa ni terbabas dalam gaung”
“Oh yang tu tak ada apa-apa situasi. Alysa hanya ditemui di dalam gaung 2-3 hari selepas kematiannya. Polis just shak yang Alysa cuba elak dari binatang buas sebab kalau tengok cctv memang tak ada apa”
Pelik, tapi benar. Takkan lah jatuh sebab binatang buas. Haih apa lah rumit sangat hidup aku dengan kau ni Aya, tak boleh ke kita jumpa dengan cara yang baik?
Kayr tenung kepada rantai dipecahkan dua itu. Alysa Abisha... kau ni mesti hebat dalam berlawan kuat dalam bertanding. Mungkin sebab tu ramai suka kau, menaruhkan perasaan kepada kau. Mungkin? Aku tak tahu sebab aku tak duduk dalam era tu
“Yang penting aku nak wasiat tu, aku kena cari dan bagi kepada ibu secepat mungkin agar dia tidak akan kacau serta benci Aya lagi"
Haqeel dan Aya sampai di kedai kusyen-kusyen serta plushies² comel. Haqeel menggarukan kepala dengan hairan kemudian kepalanya menoleh ke arah Aya yang dari tadi tersenyum
“Apa kita buat kat sini Aya? Nak kata beli beddings aku tengok dah banyak dalam rumah kau tu”
“Saje? memang lah dah banyak tapi tak salah nak tambah en? Lagipun aku mengidam nak patung tidur baru heheheh"
Haqeel mengeluh dengan pasrah. Aya masuk ke dalam diikuti Haqeel. Mereka melawati setiap sudut kedai tersebut. Purse² kecil pun mereka tengok, ada pewangi rumah dan macam-macam lagi
“Wahhhhhh patung buayaaa la wehhhh aku nak!"
Haqeel hanya angguk dan meletakkan patung itu ke dalam troli. Dah banyak sangat dah ni, Aya tak puas lagi ke huaaa dah la naik grab nanti. Aya masih lagi teruja tiba-tiba ternampak satu barang. Dia terhenti.
“Ini kalau aku bagi Kayr, agak-agak dia suka tak? tapi macam simple sangat je"
“Penanda buku? dia minat baca buku ke?"
Aya angguk. Haqeel kemudian mencari penanda buku yang lebih menarik. Lama teliti sehinggalah dia mengenggam dengan bangga. Penanda buku itu kemudian diletakkan atas tapak tangan Aya
“Aku rasa yang ni sesuai kalau lelaki and it's not about simple Aya, it's about effort. At least dia tahu dan rasa kau masih kisah dengan dia"
Aya angguk dengan senyuman. Dia menoleh ke arah pewangi rumah yang sangat cantik. Aya memegang dan menghidu dengan tenang.
“Yang ni aku nak bagi ibu dia. Mana tau dengan hadiah ni lembut hati"
Haqeel yang menyilangkan angguk kemudian signal suruh masuk dalam troli. Aya menyatakan dia sudah selesai membeli-belah. Haqeel angguk sekali lagi dan membawa troli ke kaunter
“Semuanya RM1000, nak bayar cash ke kad?"
Aya agak ragu-ragu untuk bercakap, dia memandang Haqeel. Haqeel keliru dan hanya menggelengkan kepala. Dia nak suruh aku bayar ke?!
“Kau kan kaya, bayar je la awat pandang aku?"
“Kad ni terlebih cukup untuk bayar semua tu tapi kita manusia kena bijak, minta la diskaun tak ada lah aku rasa boros sangat"
Haqeel membulatkan matanya. Haqeel ketawa kepada akak cashier dengan janggal. Aya yang senyum sinis kemudian bisik memberikan tips. Haqeel mengeluh dengan pasrah, nak tak nak aku kena buat. Aku kan kerja dengan dia haih...
“Akak!"
Akak cashier yang busy memandang mesin terus mengalihkan pandangan kepada Haqeel. Haqeel mengerling kepada Aya yang cuba tahan ketawa. Haqeel mengeluh dengan pasrah
“Please bagi kami diskaun~ huhu haha"
Sambil menari tarian nyamuk yang direka oleh pelakon korea, Kwang soo, Haqeel memalukan dirinya untuk meminta diskaun
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...