Chapter 50

102 4 0
                                    

Sementara Aya menyiapkan sarapan, Kayr pula yang menyiapkan diri untuk ke office. Pandangan Kayr semasa memakai butang baju itu hanya kepada anting-anting milik Aya yang diletakkan atas meja solek

“Aku pun ada amanah, aku tak boleh cabut anting-anting ni mungkin untuk meyakinkan aku bahawa dia akan sentiasa berada di sisi”

Kayr kemudian memandang pantulan di cermin. Atau lebih tepat, pantulan rantai yang dipakainya. Sekuat itu kah amanah rantai aku ni?

“Tolong jaga Aya baik-baik Kayr”

“Just something bad happened between us”

“Selagi wasiat tak dijumpai, aku akan musnahkan keturunan mereka!"

Semua suara ni telah menghantui aku! Apa yang terjadi sebenarnya sebalik semua amanah ni? Siapa sebernanya mereka? Kenapa aku rasa sangat tidak sedap hati? Kenapa aku rasa sesuatu buruk akan berlaku

“Abang kenapa termenung sorang-sorang kat cermin tu~ Tak reti pakai baju ke?"

“H--ha? o-hh tak ada lah sayang, abang cuma nak ingat balik... cara pakai tali leher ni ha”

Aya menggelengkan kepala lalu menghampiri Kayr. Aya mengambil tali leher yang berada di tangan Kayr dan membantunya pakai. Kayr hanya tatap Aya dengan senyuman

“Kenapa abang pandang saya macam tu?"

“The quote state that Allah will replace all the sadness with something beautiful, masyaAllah he didn't lie, You're really beautiful sayang”

Muka Aya mula memerah. Hatinya berdegup-degup malu. Kayr senyum dan menyisir rambut Aya ke sisi telinga. Kayr menarik Aya pergi ke ruang makan untuk mula sarapan

“Memang abang tak nak bagi saya kerja dah ke~ saya enjoy kot kerja situu”

Kayr yang sudah siap untuk masuk kereta yang dipandu Perry terhenti dan ketawa melihat Aya yang comel memuncungkan bibir. Kayr menggelengkan kepala

“Sayang rehat je la dekat rumah tu, kalau ada apa-apa call je abang okay? Nanti kalau nak keluar abang dah tinggalkan kad debit satu dekat atas laci, call Perry nanti dia ambik..betul Perry?"

“Betul Tuan”

Aya angguk dan senyum. Sekali lagi dia memeluk suaminya dan tatap dengan tulus. Kayr mencium dahi Aya buat kali terakhir. Kayr masuk ke dalam kereta terus melambaikan tangan sebelum beredar.

Keluar je dari rumah, Kayr menjadi dingin. Kayr pandang ke arah Perry dan berkata

“Kau dah hire orang untuk jaga bini aku tu? Aku bukan apa.. aku tak percaya ibu akan duduk diam”

“Dah tuan, nanti dia sampai jangan risau”

Kayr angguk kemudian teringat akan rantai. Kayr mencabut rantai dan menilik dengan teliti. Kayr usap rantai tersebut dan tiba-tiba terkejut. Rantai itu boleh dipecah menjadi dua.

“Alysa Abisha...? ni nama mak Aya kalau tak silap... Perry, kau cari semua berkenaan mak Aya ni, kau korek semua tak kisahlah ada nama ibu dan ayah dalam sejarah hidup dia atau tidak. Aku nak tahu, orang macam mana mak Aya ni.. kenapa ibu benci sangat dengan dia”

“Baik Tuan, saya akan usahakan”

Masa berjalan dengan pantas, sedar-sedar je dah pukul 2.30 petang. Haih Aya~ apalah nasib kau dapat suami business man yang busy, patutnya awal-awal kahwin ni kena ada rumah

Aya keluar daripada rumah dan melihat ke sekelilingnya. Cantik juga rumah si Kayr ni pilih, tak sia-sia aku harapkan dia oh tak, aku memang boleh harapkan dia

Aya khusyuk sangat melihat kawasan rumah sehinggalah kedengaran bunyi motor superbike sangat dekat berhampiran rumahnya. Aya hairan, Kayr pun ada superbike tapi tadi Perry yang ambik dia

Aya menjadi gelisah, Aya terus berlari ke depan rumah sekiranya ada orang datang tanpa pengetahuannya

“Pergh, tak sia-sia aku accept kerja jadi bodyguard isteri boss ni~ dapat motor besar free.. best juga ride Z250 L ni hehehe berkat healing ye dok Haqeel?”

Haqeel turun daripada superbike lalu masuk dengan perlahan-lahan ke dalam rumah Aya. Haqeel melihat sekeliling dengan tergamam. Besarnya rumah orang kaya haih bila la aku nak ada gini juga~

“AHHHHH PEROMPAK!”

Muka Haqeel terkena bantal kusyen yang dicampak Aya. Tepat kena mata aku, aduh pedih. Haqeel kemudian mengutip semula kusyen itu dan menghadap Aya. Aya terkejut

“Saya bukan perompak kak, saya dihantar Tuan Kayr untuk jaga akak mulai hari ni. So lepas ni akak tak perlu risau dan hanya panggi--”

“Abang burger!!"

Haqeel membulatkan mata dan terkaku. Wait how did she know aku kerja kat gerai burger tu dulu? Aya menghampiri Haqeel dengan penuh teruja manakala Haqeel mula gementar dan pelik

“Awak yang kerja burger kat jalan (xxxx) tu kan?"

“Itu masa lampau and kalau boleh saya tak nak kembali ke masa lampau, sekarang saya dikenali sebagai bodyguard peribadi cik Aya”

Aya angguk dengan faham. Tapi dia masih teruja. Aya mengeluarkan rantai yang disimpan pada poket lalu menunjukkan kepada Haqeel. Haqeel membulatkan mata dan terus merampas rantai itu

“Dekat mana awak jumpa rantai ni? Dah lama saya cari, saya ingat memang hilang selamanya”

Aya memberitahu segalanya. Haqeel angguk dengan faham kemudian mula terharu. Tiba-tiba jadi emosi membuatkan Aya ketawa dengan janggal

“Rantai ni je satu-satunya kenangan bersama dia huaaa, kini kami dah tak wujud antara satu sama lain kak!!”

“Ha.ha.ha? Pastu kalau tak wujud kenapa nak ingat balik?”

“Saya sayang dia huaaaaa nak dia balikkk! Hino ko saya ni kak sampai family dia tak boleh terima saya?!"

Aya angguk dengan sayu. Samelah kita wak, ibu Kayr pun tak restu hubungan kami. Haih kan best kalau tak ada masalah langsung

Haqeel masih berpura-pura nangis dan meraung. Makin lama makin menyampah Aya dengar. Aya membalingkan tisu yang digenggam pada tangannya

“Aduh!"

“Dah tak payah nak emo sangat, kau bodyguard aku kan? Ha aku ada banyak nak minta tolong kau”

Haqeel mengeluh. Is this the beginning of the new hell? Aku dah mula rasa seram sejuk dengan senyuman sinis cik Aya ni, haih matilah kau Haqeel

“Jom ikut aku but first apa nama kau?"

“Haqeel, Haqeel Qaiser puan"

“Tak yah berpuan-puan dengan aku. Panggil aku Aya je dahh jom ikut aku"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now