Selepas daripada aktiviti yang sangat extreme, mereka singgah ke tempat makan yang mempunyai pemandangan pantai. Aya tunggu di meja makan manakala Kayr dan Clara hilang ke suatu tempat
“KENAPA KAU NAK TOLAK DIA TADI?! KAU TAU TAK TEMPAT TU TINGGI?! BAIK CAKAP!”
Marah Kayr sambil mencengkam dengan kuat pergelangan tangan Clara. Clara sudah mengerutkan muka kerana sakit. Clara kemudian merenung luka Kayr yang masih basah
“You okay tak? I minta maaf sebab luka ni--"
“EH KAU TAK PAYAH TUKAR TOPIK LA! (cekik leher Clara) kau dengar sini eh pompuan, kalau kau masih nak ikut cakap ibu... and nak hapuskan hubungan aku dengan Aya.. aku takkan teragak-agak nak bunuh kau,”
Clara meronta-ronta untuk melepaskan diri. Kayr seperti sudah dirasuk, Kayr mengeluarkan pisau kecemasan di poket kemudian kelar sedikit bahagian leher Clara
Kayr melepaskan Clara yang akhirnya boleh bernafas. Clara menyentuh lehernya dan sedar terdapat darah sikit demi sedikit keluar. Clara memandang Kayr yang smirked dengan takut. Sebegitu gila Kayr sayangkan Aya. Clara lari untuk merawat dirinya
“Eish, asal lama sangat Kayr ni pergi tandas? Makanan pun dah makin sejuk, aku makan dulu la”
Aya baru nak menyuap dirinya namun diganggu oleh seorang lelaki juga dari Malaysia. Aya terkejut kerana lelaki itu sangat random ya tersengih-sengih
“Cik adik izinkan abang kasi jj nak ngorat awak? Kalau berjaya, kita couple acewaahh"
Aya terkaku dan melihat ke arah kawan-kawannya yang bersorak menunggu di belakang. Aya ketawa dengan janggal dan mahu menerangkan bahawa dia sudah kahwin namun lelaki itu sudahpun melontarkan pantun
“Pandangan cik adik kepada mereka, Eh saya ngorat ni single lagi ke~”
Entah dari mana tiba-tiba restoran memasangkan lagu jj setelah sahaja jedag jeduq dilontarkan. Aya menggarukan kepala yang tidak gatal. Aya kemudian mahu sambung namun..
“Waiter kat sini banyak bawa dulang, kesian muka hensem tapi gila ke bini orang”
Kayr terus meletakkan lengannya ke atas bahu Aya dengan senyuman yang sarcastic. Pemuda itu terus gelabah dan malu. Dia terus duduk bersama rakan-rakan
Aya ketawa kecil lalu menatap Kayr. Kayr duduk menghadapnya dengan senyuman. Mereka mula makan dan berborak
“Abang sure ke abang okay? Kenapa tiba-tiba berdarah tadi? Abang salah pakai ke baju keselamatan tu?”
“Maybe kot.. takpelah sayang jangan risau yang penting sayang enjoy tadi kan?"
Aya angguk dengan senyuman. Dia sambung makan namun teringat akan Clara. Dia melihat ke sekeliling dengan hairan sampaikan Kayr pun bingung
“Sayang cari apa?”
“Bukan ke si Clara selalu ikut kita? Tadi pun rasanya ada tapi ni dah hilang dah?”
Kayr meletakkan sudu dan garfu secara ganas. Aya terkejut dan mula gugup. Aya menelan air liur apabila ditenung oleh pandangan Kayr yang sangat dingin
“Sayang dah kenapa nak ingat, kesah pasal dia? Nak abang kahwin dengan dia ke? tak nak kan? Lantak dia la nak mati terus pun lagi bagus"
Wuish, marahnya. Dah kenapa mamat ni? Takpelah kalau aku tanya kang lagi dia baran. Baik aku makan. Aya sambung menghabiskan makanan bersama Kayr.
(4 bulan kemudian)
Kayr khusyuk menaip pada laptop di ruang tamu. Aya membawa air kepadanya dan tatap sambil merehatkan dagu pada kedua-dua tangan
“Hensemnya suami saya ni”
Kayr mengerling kepada Aya dan ketawa kecil. Kayr sambung menaip dengan tekun. Aya menyandarkan diri pada sofa kemudian termenung atas siling
“Bila la keluarga kita nak bahagia~ apa rasa ek kalau ibu mertua suka kita”
Kayr berhenti daripada menaip. Kayr tahu Aya masih mahu mengambil hati ibu. Lagipun sudah berbulan tak jumpa dengannya. Kayr juga menyimpan hajat untuk buat makan secara besar-besaran
“Oh ya, abang jangan marah pula! Saya nak tanya la pasal Clara”
“Haih apa lagi sayang? Dia tu hidup je lagi, tengok ni ha ada duk mesej-mesej abang”
Aya memuncung bibir kemudian memeluk kusyen dengan erat.
“Abang tak nak block dia ke?”
“Dah block ni nombor lain pula, haih abang rasa nak kena beli nombor baru la”
Aya mendiamkan diri. Kalau beli pun, kalau dia still contact ibu takkan mengubah apa-apa. Ibu tetap akan menghancurkan hubungan kami. Aya menatap Kayr yang sudah tatap dia
“Apa kata kita satukan Haqeel dengan Clara semula? Alah lagipun saya penat la, cukup la ibu je tak suka saya and Clara tu just need kekuatan. Kalau dia kuat lebih daripada ibu mesti dia boleh lawan and stop all this. Kekuatan dia pula hanya Haqeel”
Kayr pula yang mendiamkan diri. Aya bangun dan duduk di sebelah Kayr. Aya memandang mata Kayr dengan bulat.
“Abang tolong la pujuk si Haqeel tu, buat sesuatu atau kita set up date balik ke untuk diorang? Please? Abang tak kesian dekat saya ke hari-hari nak hadap---"
“Aya, Tuan Kayr ni ada orang hantar bekal lagi.. Kali ni sotong masak merah”
Aya mengeluh dengan menyampah. Haqeel menghulurkan bekal kepada Kayr. Kayr membaca nota dan seperti yang diagak, Kayr dapat bekal itu daripada Clara
Aya merampasnya dan melihat di dalam. Aya ternganga dan mengerutkan muka. Aya menatap Kayr dengan marah
“Tengok? baru je cakap dah datang. Pastu sorok-sorok pula tu hantar, hadap je la saya ni kenapa takut? Nak sondol secara senyap-senyap? lagipun dia bukannya rela buat benda ni, abang sanggup ke? sanggup ke terima bekal bukan air tangan saya hari-hari?"
Noh, dengan satu nafas Aya membebel. Kayr sudah pasrah. Hari-hari daripada mood okay tetiba bernanah telinga. Kena dengar Aya membebel. Kayr mahu mencelah namun
“Ni ha, dah la janggut sotong pun tak buang! Ish kau punya ex girlfriend ni memang tak pandai masak ke Haqeel?”
“E--eh? Aku pula?”
Aya bangun dengan muka yang berkerut pergi ke dapur untuk membersihkan bekal. Namun mulutnya tidak berhenti bebel sampaikan Haqeel dan Kayr pandang satu sama lain mengeluh pasrah
“Eeee yelah abang buat, abang usahakan! Kau Haqeel esok pergi pujuk Clara balik, jangan nak kata kau move on eh tu rantai tu ko pakai lagi kan? Ha esok ikut apa aku suruh"
Haqeel terkaku manakala Aya yang mendengar senyum dan bersorak. Aya berlari kepada Kayr dan mencium pipinya berkali-kali
Kayr turut gembira apabila isterinya gembira“Sayaaaang abang!"
“Sayanggg Aya jugaa"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...