Sudah berjam-jam Fathin menunggu Aya di bangku tersedia di airport namun Aya masih tidak menonjolkan diri. Fathin berasa sangat risau dan bercadang untuk menjenguk sendiri di tandas
Tiba sahaja di tandas, Fathin memanggil nama Aya berkali-kali tetapi Aya masih tidak menyahut. Fathin mula berasa cemas sehinggalah dia terpijak satu gelang yang terjatuh di lantai. Fathin mengutipnya dan membulatkan mata. Fathin berlari ke bilik cctv airport
“Tolong tengok bahagian berdekatan dengan tandas! Tolong! Anak buah saya dalam bahaya"
Pegawai bertugas dengan pantas melihat semua rakaman dari pagi sampai la waktu sekarang. Fathin terkejut dan rebah apabila melihat Aya diserkup
“Penculikan berlaku, ROGER THAT TO THE POLICE RIGHT NOW!”
“(menangis) Ya Allah Aya... maafkan mak cik Aya! Ya Allah Alysa maafkan akak!"
Kayr akhirnya sampai di rumah dengan senyuman sambil membawa buku novelnya yang baru terbit. Kayr agak terkejut kerana Tarmizi diiringi Perry yang sedang berdiri di ruang tamu rumahnya.
“Aik ayah rasanya baru tadi call Kayr, ada apa-apa ke ni? atau ayah rindu Aya?”
“Hahahha hm ayah cuma rasa tak sedap hati lah Kayr, saje la nak melawat.. ni Aya bila nak balik?"
Kayr juga agak terkejut tetapi hanya mahu husnudzon. Kayr duduk sekali di sofa bersama ayahnya, Perry mengambil air yang berada di dalam peti ais untuk menghidang
“Adalah tu kejap lagi dia balik kot, maybe dia keluar dengan mak cik Fathin tu shopping² kejap alah biasalah perempuan”
“Hmm ye la kalau dah kamu cakap macam tu"
Perry meletakkan air di atas meja kemudian secara tiba-tiba mendapat notifikasi berita terkini dari laman web. Perry melihat dan terkejut
“Tuan!! Haqeel meninggal atas kes pembunuhan secara tiba-tiba di atas jalan raya, pembunuh masih tidak dijumpai"
Kayr dan Tarmizi tersedak apabila mendengar. Tarmizi juga kenal akan Tarmizi kerana telah dicerita Kayr. Kayr menegakkan badan kemudian bertanya lagi
“Innalillah! Ya Allah ayah, Perry macam mana boleh jadi macam tu?! Awat tiba-tiba orang nak bunuh dia?”
“Saya pun tak faham and tak tahu sebab masih dalam siasatan tapi-- eh ada berita lagi jap saya baca”
Perry merenung telefon bimbitnya dengan sangat tekun manakala Kayr dan Tarmizi menunggu sekiranya ada perkara lebih penting
Perry kemudian terkejut dan terkaku. Telefonnya terlepas daripada tangannya membuatkan Kayr dan Tarmizi bingung. Perry rebah.
“Ya Allah Perry kau okay tak ni?! Kenapa dengan berita tu?! Ada apa-apa tak kena ke?"
“Kau cakap terus terang dengan kitorang sekarang Perry, aku dah mula rasa tak sedap hati aku ni bersebab" - Tarmizi
“Tu--tuan ---”
Tepat pada masa Fathin tiba berjalan perlahan-lahan dengan perasaan yang kosong masuk ke dalam rumah. Tarmizi melihatnya membuatkan semua berpaling. Kayr bangun dan berlari ke arahnya sambil tengok belakang Fathin dengan hairan
“Mak cik mana Aya? Bukan korang pergi sekali ke?”
Fathin memandang Kayr dengan matanya yang sembab. Tarmizi menghampiri kerana tahu ada sesuatu yang tak kena
“Kenapa ni Fathin? Mana Aya? kenapa awak balik sorang?"
“Ha ah ke Aya pergi cuci kaki dekat luar tu? Sayan--"
“Tengku Abu Al-Kayr!"
Tiba-tiba semua orang menjadi senyap dengan sergahan Fathin yang tiba-tiba. Perry bangun menghampiri mereka dengan mata yang bertakung dan perasaan cemas
“Ke--kenapa mak cik marah Kayr ni? Kayr ada buat apa-apa salah ke dengan Aya? Aya merajuk ke?"
“Al-Kayr.... mak cik minta maaf (menangis)"
Kayr mula keliru dan mengerutkan muka. Kayr memandang Tarmizi membuatkan Tarmizi menjadi semakin serious. Tarmizi mencengkam Perry dan memaksa Perry bercakap
“Sa--saya ---”
“Kau cakap sekarang! aku tahu ini berkaitan dengan keluarga kita!” - Tarmizi
Perry terkejut dan bernafas dengan ketakutan. Fathin menggelengkan kepala sambil menangis membuatkan Kayr menggenggam tangan. Kayr mahu pergi untuk mencari Aya dan akhirnya diberhentikan
“AYA KENA CULIK AL-KAYR! MAK CIK TAK SEMPAT NAK HALANG OR JAGA DIA DENGAN BAIK!”
Kayr terkaku. Jantungnya seolah-olah terhenti manakala telinganya menjadi berdesing, Tarmizi juga terkejut apabila Fathin meluahkan sedemikian
“Saya minta maaf Tuan Kayr, saya tak sanggup nak luah tadi! saya--"
“Mak cik betul-betul tak tahu... dia cuma nak pergi tandas patutnya mak cik ikut--"
Fathin tidak sanggup untuk bercerita lagi tetapi menangis teresak-esak. Kayr tidak sanggup melihat Fathin sedih, Kayr rapat ke arah Fathin dan memujuknya. Tarmizi sayu menundukkan kepala
“Polis suruh mak cik balik dulu sebab mereka nak siasat benda ni... mak cik tak boleh Kayr! Mak cik dah janji dengan arwah Alysa, mak cik nak jaga dia baik-baik"
“Mak cik... mak cik relax bertenang (peluk mak ciknya) Kayr tak marah mak cik benda dah nak jadi... Kayr pun salah sebab ada kerja hari ni"
“Betul cakap ayah, rasa tak sedap hati ni memang berkait dengan keluarga kita"
Perry dan lain-lain angguk. Fathin masih menangis tidak boleh menerima kecuaiannya. Kayr tiba-tiba mendapat mesej dari...
Kayr membulatkan mata dan menggenggam telefonnya dengan geramMesej itu menunjukkan Aya sedang diikat di dalam satu rumah terbiar, Mesej itu daripada Clara
‘Kau nak bini kau, kau serahkan wasiat tu dekat kami’
“NI MESTI KERJA IBU--"
Satu lagi notifikasi daripada seseorang. Ibunya pula hantar gambar Clara berdiri di belakang Aya sambil memegang pisau. Ibunya juga selfie gembira melihat situasi kejadian
‘finally I got what's mine~ Kayr terima kasih sangat jadi anak yang baik'
Kayr mula menangis dan geram. Tarmizi merampas telefon itu dan cuba untuk menghubungi Erysa namun panggilan ditolak. Tarmizi melihat Clara baru sahaja hantar lokasi dan ugutan
‘KALAU KAU TAK DATANG BAWA WASIAT DAN RASA SERBA SALAH KAU TU ATAS KEMATIAN HAQEEL! AKU AKAN BUNUH DIA SERTA BABY DALAM KANDUNGAN NI DENGAN KEJAM!'
Tarmizi membulatkan mata dan menunjuk kepada Kayr. Kayr mengetap gigi serta genggaman tangannya semakin kuat. Kayr mengambil barang perabot berdekatan baling melepaskan kemarahan. Rumah menjadi semakin bersepah namun tiada siapa menahan Kayr, tahu Kayr agak tertekan. Kayr membaling barang terakhir dan rebah menangis. Perry mendekati lalu mengusap badan Kayr dengan lembut demi memujuk hatinya yang terluka
Kayr diam buat seketika. Kayr juga termenung apa yang nak dibuat atas apa yang terjadi. Kayr akhirnya menarik nafas dan memandang semua orang
“Aku ada idea, kita gerak sekarang"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...