Chapter 37

86 6 0
                                    

Kayr betul-betul serious bab ni, walau apa pun aku tetap nak kau jadi isteri dan milik aku Aya! Kalau sesuatu perlu diubah, aku akan ubah

“Sebenarnya tak ada pun, aku just tak berminat nak bercinta la sebab semua lelaki nampak macam tak function”

Kayr menjeling, buat penat aku je tunggu. Lantak kau la Aya. Kayr kembali menumpukan perhatian kepada makanannya iaitu tom yung goong. Sedap woi! Macam ori punya dekat Thailand. Aya hanya ketawa

“Kau ni chill la lagipun kita muda lagi nak kahwin awal-awal buat apa?”

Kayr terus berhenti dan memandang Aya dengan sayu. Kayr mengeluh membuatkan Aya ketawa dengan janggal. Terus memberikan perhatian kepada Kayr

“Kalau ikutkan aku, Aku memang nak enjoy semua benda macam budak muda buat~ Tak rasa beban kahwin ni or something untuk future ah tapi.. "

“Tapi?”

“Haih.. Kau percaya tak aku ada obsesif mother? Ibu aku terlampau dominan dan mahu aku ikut semua cakap dia, kadang rimas jugak weh penat!”

Aya angguk dengan faham. Simpati dengan Kayr, aku tak tahu pula dia lalui semua ni.. Aku ingatkan hidup dia tak pernah rasa susah.

“Alaahh tak payah la pikir pasal benda sedih sekarang~ Kita datang sini nak enjoy kan? ha lebih baik kau makan sebelum aku rampas tom yum tuu”

Kayr terus melindungi makanannya, mereka ketawa bersama dan bersetuju untuk tidak berasa sedih sepanjang percutian ini. Tepat pada waktu, di luar tingkap terdapat seorang pemain gitar ditemani seorang perempuan. Mereka akan bernyanyi manakala pelancong berdekatan boleh bersedekah jika persembahan mereka menarik

“Memang semua pemain gitar semuanya suara sedap ye? Aku suka dengar orang menyanyi pastu guna gitar macam Afiq Adnan tu~ vibe healing tu rasa cam another level”

luah Aya yang masih melihat ke arah luar tingkap. Kayr menatap Aya dan senyum. Dia meletakkan ke semua sudunya dan juga melihat ke luar tingkap, memang nice sangat tepi buskers tersebut ialah kedai music

“Nanti aku beli gitar kat kedai sebelah diorang tu pastu malam ni atau bila-bila la aku mainkan untuk kau nak? Aku reti juga menyanyi ni"

“Sumpahh ah! Okayyyy boleh je nanti aku teman kau beli tapi kau kena janji ah kau akan buat jangan bagi fake hope sudah”

Kayr angguk dengan menayangkan senyuman yang suam. Aya turut senyum dan makan dengan teruja. Apa-apa untuk kau Aya, kalau kau suka aku buat je

“Oh ya~ Kau mesti bawa kan laptop or buku untuk direkodkan dalam novel kau! Nanti boleh tak aku nak baca sikit rangka-rangka yang kau tulis tu~ Aku nak tahu juga la kan concept buku kau and  kalau aku rasa best boleh baca even aku tak suka membaca hahhaha ”

“Paksa sayang paksaa ahahhahha boleh je nanti aku tunjuk kat kau”

Mereka kembali makan dengan tenang, tiba-tiba satu crew Xi Team datang memberikan sepucuk surat kepada mereka

“Ha sudah dah la~ Ada surat lagi!! ada mission ke apa ni?”

“Mungkin~ jap biar aku baca”

Kayr baca dengan teliti dan membulatkan mata dengan teruja. Dia tersengih dengan penuh makna kemudian meletakkan surat itu di atas meja. Aya keliru dan terus menjenguk ke arah surat tersebut.

‘Sila pilih kotak yang anda minat antara ketiga-tiga kotak yang bakal ditayangkan selepas ini, Ini mempengaruhi misi pergambaran yang akan berlangsung esok hari’

Aya angguk dengan perlahan-lahan, mereka menoleh ke arah kotak yang ditunjukkan. Kayr memberikan isyarat kepada Aya untuk bebas memilih kotak yang telah menarik perhatiannya. Aya akhirnya memilih kotak yang ketiga, crew angguk dengan senyuman dan beredar.

“Aku confius, apa kaitan pergambaran dengan kotak tu”

“Entah aku pun confius juga alahhh lantak la asalkan benda ni seronokk! Sumpah tak sabar!"

Aya mengeluh dan angguk seperti biasa. Tidak lama kemudian mereka keluar dan pergi membeli gitar seperti yang dijanjikan. Mereka balik ke homestay menaiki teksi yang ditempah. Suasana dalam  teksi menjadi diam sehinggalah Kayr melihat ke arah pergelangan tangan Aya

“Kau tak pakai ke gelang yang aku bagi tu?"

“Erm aku tak selesa lagi la nak pakai barang macam tu, lagipun gelang tu kan ada maksud"

“Kau memang tak suka aku ke Aya?"

Aya mendiamkan diri dan termenung. Kayr menghembuskan nafas dengan berat dan toleh ke arah tingkap. Aya memandang Kayr dengan rasa serba salah, aku bukan tak suka kau Kayr... aku masih tidak dapat keluar daripada masa lalu. Aku dah mati kat sini, belum tiba masanya untuk hidup dan bangkit semula. Aya senyum dan cuba memujuk

“Kau ni jangan lah cakap macam tu~ Kalau aku tak suka kau dah lama aku berhenti dan berjauh diri dengan kau, ni ha kamera yang kau bagi ni aku simpan lagi.. Kau penting Kayr tapi tak lebih daripada kawan”

Kayr memandang Aya dan akhirnya redha. Dia angguk dan senyum. Kayr kemudian bergurau untuk memecahkan ketegangan yang berlaku sekarang antara mereka

“Ye lah~ mungkin aku terlampau memaksa tapi aku bagi amaran eh, gelang tu kan ibarat pelindung so kalau kau tak pakai haa perkara buruk hadapi kau nanti aku tak tahu~ aku tak nak bertanggungjawab"

“Oooo kau ugut aku ya~ Eleh macam kau tau tau je ada perkara buruk berlaku. Nanti aku rasa nak pakai, aku pakai ya Kayr?”

Kayr angguk dengan senyuman. Mereka kembali berbaik dan ketawa bersama-sama di dalam teksi tersebut. Pelbagai cerita yang dikongsikan antara satu sama lain. Aya juga tunjuk akan hasil gambar yang ditangkapnya semasa di atas kapal terbang sehinggalah sekarang

Mereka di depan homestay iaitu terdapat 2 buah rumah yang telah diasingkan mengikut jantina. Kayr dan Aya memandang satu sama lain dan senyum

“Jumpa kau malam ni Al-Kayr, terima kasih untuk hari ni”

“Baik, ingat kalau ada apa-apa kau call atau chat je aku okay? aku ada dan akan tetap ada Aya”

Mereka angguk satu sama lain. Tidak lama kemudian kereta Hamzah dan Sheera tiba tepat pada waktu. Mereka juga sudah selesai meluangkan masa lapang yang diberi Xi Team. Aya masuk ke dalam sambil meletakkan lengan atas bahu Sheera. Hamzah dan Kayr hanya melihat dua kelibat itu pergi lalu menghembuskan nafas lega. Mereka juga senyum antara satu sama lain dan masuk ke dalam rumah yang disediakan

BERSAMBUNG

*SUMPAH SORRY KORANG😭 Cerita macam dah tak best but thanks and teruskan support yaaa

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now