Sudah hampir 3 minggu Sheera bekerja sebagai pekerja part time di cafe Hamzah. Sheera melakukan kerja dengan sangat bagus membuatkan Jemah sangat gemar dengan caranya.
"Dia tu memang tak ada buat salah ke?"
"Kau ni baguslah tak ada buat salah~ Kau tengok sekarang? Customer makin ramai kut sebab dia"
Hamzah suka akan Sheera namun agak cemburu sedikit. Kau dah la cantik pastu buat kerja semua okay eish! Semualah okay tak nampak langsung apa salah kau mana aci
"Aku pun nak hidup tak ada ujian jugak"
Jemah terkejut dengan Hamzah. Mende dia ni, tak pernah-pernah merungut sana sini tiba-tiba sekarang jadi red flag? Haih ikut mung la Hamzah
"Woi Sheera sini jap"
Sheera datang dengan segera kepada Hamzah. Mereka berjumpa di belakang kaunter. Sheera memandang Hamzah. Hamzah berdahak, Apahal cantik sangat kening ngan hidung dia ni? Eh semualah cantik
"Ada apa Hamzah panggil saya ya?"
"Kau ni aku dah berapa kali dah cakap kan? Bila tengok items dah makin sikit topup la takkan nak tunggu orang buat baru nak buat? Lagi satu kalau topup tu tanda la dekat list yang aku gantung tu itu pun susah"
Sheera meminta maaf dengan segera namun agak tidak puas hati. Eh!! Aku topup eh depan dia lagi siap tick! Kau tu tak nampak main phone je kerja! Mentang² la ada orang baru curi tulang la kau?!
"Dah kau pergi mop tandas sekarang, tandas dah lama tak cuci itu pun nak kena gerakkan"
"Saya ni part time je tau Hamzah! Korang yang kerja lama takkan tak pernah buat?"
"Ha kau melawan-melawan! Eh ingat sikit aku ketua kat sini bila-bila masa aku boleh bagitahu boss pasal perangai buruk kau ni"
Sheera geram dan akhirnya jeling dengan pandangan maut. Sheera bergerak ke belakang sambil menghentakkan kaki kerana tidak puas hati. Hamzah senyum sinis , Jemah menyilangkan tangan sambil menggelengkan kepala
"Kau ni memang bosan sangat ni agaknya"
Hamzah hanya ketawa kecil lalu pergi ke arah kaunter kerana terdapat satu lagi customer hadir
---
Aya yang berada di seat penumpang hanya mengerling kepada Kayr yang fokus memandu, Aya masih malu dan mimikirkan hal yang terjadi di Lotte Mall
"Kau confess banyak kali tapi kenapa yang tadi menyentuh hati aku ya?"
Bisik hati Aya dengan diam. Aya kemudian melihat ke arah pemandangan di luar tingkap, Waktu sudah senja dan matahari terbenam dengan begitu cantik sekali. Aya mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar. Kayr mengerling ke arah Aya dan ketawa kecil.
"Kau suka ambil gambar ye?"
"Erm! (angguk dengan teruja) Aku suka vibe-vibe aesthetic, aku akan tangkap gambar semua tu dulu kau tau!! Aku pernah bermimpi nak jadi photographer"
"Habis kenapa tak jadi?"
Aya menundukkan kepala dan senyum dengan sayu. Dia menggelengkan kepala lalu menatap Kayr
"Sebab aku rasa aku tak berbakat, aku tak ada duit satu... Aku rasa aku tak layak"
"Semua orang berbakat ikut cara masing-masing, kau bukan tak layak kau tak yakin and pasal duit... mungkin rezeki kau tak sampai lagi"
Aya angguk dan menerima nasihat tersebut. Mungkin lah... aku tak yakin. Tapi tak pe yang penting aku dah tak kisah dah semua tu, aku redha kalau Allah nak bagi.. bagi la aku buat apa yang mampu, jadi staff dekat syarikat famous pun satu anugerah bagi aku
"Birthday kau bila?"
"Urm? Oh birthday aku bulan 10 ni, 20 hari bulan kenapa?"
Kayr yang fokus ke arah jalan raya hanya senyum dan menggelengkan kepala. Aya hanya mengeluh dan melihat semula ke arah tingkap.
Beberapa minit kemudian, Kayr singgah ke arah McD pandu lalu. Aya berasa teruja namun cuba mengawal diri.
"Saya nak spicy chicken Mcdeluxe, ye air chocolate. yup! okay"
Kayr menoleh ke arah Aya yang menjenguk pada papan menu yang tertera. Kayr senyum lalu menoleh semula ke arah peti suara
"Kejap ye dik, wife saya tengah pilih lagi"
Aya membulatkan mata dan terkaku. Kayr hanya mengenyit mata seperti biasa. Aya berdahak lalu dengan malu
"Nak happy meals... "
"Apa sayang? Tak dengar laaa kuat sikit"
Muka Aya semakin merah dan agak bengang. Kayr cuba tahan daripada ketawa. Aya menjeling lalu meninggikan suara
"Urmm bagi saya happy meals nak yang ayam goreng spicy! Ha ah air sprite"
Mereka pergi ke hadapan, Aya mengeluarkan kad debitnya namun Kayr menepis. Kayr memberi kad dia kepada kaunter. Kayr mengucapkan terima kasih terus ke kaunter pengambilan makanan
"Eihh kau dah banyak belanja aku biarlah aku nak bayar pulak lain kali!"
"Tak payah kau simpan duit kau untuk kahwin kita lagipun aku dah cakap aku ikhlas"
Aya dah pasrah. Dah tak boleh halang apa dah kalau melibatkan kahwin ni. Kalau cakap tak nak dia mana faham maksud putus asa. Dia faham untuk memaksa ada la
"Masih tak nak mengaku la tu kau tu budak kecik, pendek pula tu beli happy meals pastu ambik gula-gula dari aku"
"Hey!! Biarlah aku nak beli happy meals pun kau jangan nak hina eh! pasal gula-gula tu kau yang nak bagi kalau tak ambik nanti rugi and pasal pendek eeee aku tak ada la pendek sangat! Ada lagi orang lagi pendek dari aku kalau kau tak caye"
Kayr ketawa. Dah macam rapper dah aku tengok minah ni. Dengan muka merah lepastu cakap dengan satu nafas hahahah. Kayr hanya angguk dengan terpaksa. Kesian dia mesti penat layan aku.
(Setelah beberapa minit, Kayr akhirnya berjaya menghantar Aya ke rumah)
"Terima kasih sebab ajak aku buat kerja besar macam tu sumpah best and terima kasih juga dengan happy meals ni also... gula-gula"
Kayr melihat sekeliling rumah dari cermin tingkap keretanya untuk ingat supaya lain kali boleh datang lagi. Kaur kemudian tersenyum kepada Aya dan angguk. Aya akhirnya masuk ke dalam rumah. Kayr beredar balik ke rumah
Kayr singgah ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang yang dikirim oleh Erysa. Kayr membuka plastik gula-gula getah lalu mengunyah dengan tenang. Kayr baru sahaja mahu membuka pintu keretanya apabila dia nampak wajah lelaki yang dikenali sedang bergelut dengan seorang wanita. Kayr terus meletakkan barang menuju ke arah mereka dengan senyap
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Ação[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...