Chapter 7

155 13 2
                                    

Apahal mamat ni... Dari tadi lagi duk tenung-tenung aku, tersengih-tersengih... Tapi tak dinafikan la aku suka HAHAHA
Ya Allah siapa je tak suka?

Dengan matanya yang lentik, hidung mancung berkulit kuning langsat, Kalau tengok fizikal... tinggi mamat ni yang paling penting! MasyaAllah tajamnya jawline dia dengki aku dah la bahu lebar... Eeee! Aya fokus! Kau dah ada boyfriend and kau datang sini sebab nak reject dia demi Dania

"Ehem... Nama awak apa?"

"Saya? Tengku Abu Al-Kayr. Awak?"

Wuish sedap betul namanya kena lah dengan muka. Cara dia pun macam old money vibes so aku kena berlagak kaya juga! Aya terus menyilangkan tangan dan kaki, cuba buat muka berlagak

"Nama I hm... Dania Qistina"

Haa seperti yang disuruh~ Aku kena berlakon jadi Dania. Untuk buat dia tak suka aku, aku kena belagak la kan? Huh ni baru sikit kau tunggu

"You kerja apa ek? Sebab i kalau boleh nak orang yang bekerjaya tinggilah tak nak yang cokia-cokia"

"Kerja? Ah.. I tak ada lah kaya mana macam you want to expect, I bos kedai runcit je"

Aya hanya angguk sambil menjelingkan mata Kayr ketawa kecil dan angguk. Aya kemudian melihat sekeliling kedai dengan tergamam namun masih cuba buat muka ketat

"So Dania.. You memang dah bersedia lah untuk kahwin dengan i?"

"Tak, I datang sini sebab nak tolak.. Eeiyuw tolong la you bukan taste i"

Pergh hebat sia aku, cukup gedik dah tu. Tapi masalahnya mamat ni makin gelak ada lah tak ada masam muka apahal ni?

"Tapi I tetap nak kahwin dengan you, tak kira esok pun boleh"

Ha?! Gila mamat ni aduh aku dah tak ada idea nak reject ni... Takpe takpe aku try lagi

"Kalau you kahwin dengan I, you pasti akan menyesal sebab banyak pros and cons dalam hidup i ni!"

"Setiap manusia tiada kesempurnaan dalam diri dia so sebagai bakal suami menjadi tugas i untuk menerima you seadanya"

Alamak! Dia dapat jawab la pula haih apalagi ni Aya haaa! Aku akan cuba cara ni pula

"I tak suka budak-budak! You jangan mimpi nak ada zuriat dengan i"

"Itu hak perempuan, buat apa nak paksa? Lagipun kita boleh ambil anak angkat and if you still tak suka budak-budak tu biar i je yang layan sebab i suka budak-budak"

Ha sudoh dah la!! Dania tolong aku mamat ni tetap tak nak mengalah~ Aku dah cuba habis penat dah ni apa lagi ehh

"I busy, I takkan bagi cinta i sepenuhnya dekat you! Kalau kita kahwin you akan rasa sunyi"

"Kahwin la dua, senang"

"Ehhh! Mana boleh! Ooo suka-suka hati nak menduakan orang lama dah ke hidup?!"

Kayr ketawa sekali lagi. Aduhai comel betul minah ni. Nak sangat tu reject aku tapi bila aku cakap gitu panas~ haih perempuan

"Takdelah kalau you busy.. Apa susah? Bagi you masa, you pun ada life you and if kalau i dah reach sangat tahap sunyi tu pergi je la office you atau tempat you kerja kan senang?"

Sudah! Aku give up! Aku tak boleh buat semua ni lagi! Aku nak balik. Aya sangat pasrah dah bengang akan Kayr kerana petahnya dia bercakap. Aya bangun namun terlanggar meja membuatkan pakaiannya basah. Haihhh apa lah nasib ko ni Aya

Kayr terus bangun dan menanggalkan blazer miliknya kemudian membalutkan kepada aku. Aya terkejut dan tergamam namun masih cuba kuatkan iman, dah lah wangi mamat ni bau macam... Black opium.

"Dah la jom? I bawa you pergi mall kita beli baju lain lagipun baju you ni baju lut sinar nanti nampak segalanya kat dalam tu... I nak semua tu untuk i waktu dah kahwin nanti"

Aya membulatkan mata akan kenakalan Kayr. Aya kemudian menolak dan memukul lengan Kayr lalu keluar dari restoran. Kayr ketawa lalu pergi ke arah kaunter membayar apa yang patut

Sampai sahaja di Mall, mereka masuk ke dalam Brands Outlet. Aya maju ke hadapan konon-kononnya memilih baju namun sebenarnya ada juga mengerling ke arah Kayr yang mengikuti dia dari belakang

"Eishh Awak boleh tinggalkan saya sorang-sorang tak? Saya nak pilih baju pun tak senang"

"Tak cakap awal-awal okay saya berhenti"

Kayr berhenti berjalan dan hanya berdiri tegak di kawasan itu. Aya sudah pasrah melayan karenah Kayr. Aya kemudian melihat kesemua baju berdekatan tapi apabila melihat harga

"Alamak.. mahal sangat untuk aku yang tak ada duit ni haih"

Bisik Aya namun masih dapat didengari Kayr. Kayr berdahak lalu menyilangkan tangannya dengan senyuman

"Takpe pilih je yang mana awak nak, saya belanja jangan risau"

Aya menoleh ke arah Kayr dan senyum dengan janggal. Aya mengeluh dengan terpaksa memilih kalau tak nanti dia paksa juga aku pastu muncullah perangai gatal dia tu

"Untuk saya sorang bila kita dah kahwin nanti nyenyenye"

Aya mengomel sambil memilih baju. Kayr masih tetap dengar, dia cuma ketawa dengan kecil dan masih awasi gerak-geri Aya. Selang beberapa minit, Aya mendapat panggilan dari seseorang

"Ya hello Hani?"

"Oh Aya tak ada apa pun aku call ni saje nak reach up kawan-kawan lama~ sekarang ni kau tengah buat apa I mean kerja kau"

Aya kembali sayu dan memuncungkan bibir. Dia memilih baju dengan tidak semangat, mengadu kepada Hani akan keadaannya sekarang. Kayr sedar akan reaksi Aya lalu mula menyibukkan dirinya seakan-akan juga mencari baju sedangkan tengah pasang telinga

"Aku macam ni je la Hani~ masih tunggu panggilan dari mana-mana company yang aku apply. Aku tengah tunggu kerja accept aku je ni haih aku tak ada duit dah ni Hani"

"Faham faham alaaa ada lah rezeki kau nanti kau sabar je! Kau kan budak bijak so takkan la company tak nak ambil kau kan? Aku doakan jalan kau dipermudahkan ya Aya"

Aya hanya mengangguk dengan senyuman. Aya terlupa bahawa dia perlu berlakon di hadapan Kayr kerana Kayr kenal dia sebagai Dania, anak orang kaya, anak kawan mak dia which mean business people punya relationship

Kayr mendengar kesemua keluhan Aya. Kayr angguk lalu mendiamkan diri. Dia mengerling ke arah Aya yang sudah memilih pakaian dan mahu ke arah dia. Cepat-cepat dia membaiki posisinya

"Dah la jom bayar saya nak yang ini"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now