Chapter 44

88 7 0
                                    

Kayr masuk ke dalam rumah sambil tersengih melihat telefon pintar membaca chat bersama Aya. Tiba-tiba langkahnya terhenti oleh satu suara yang memanggil di ruang tamu

“Kayr, mari duduk sini kawan ibu datang ni dengan anak dia”

Kayr menoleh dan ternampak seorang wanita tua bersama anak perempuannya lingkungan umur Kayr. Kayr angguk dan duduk di sebelah ibunya. Bibik datang menghidangkan air.

“Ni la anak kawan ibu yang ibu cakap tu~ Dia baru balik overseas beberapa minggu lepas”

Kayr angguk dan menatap perempuan itu. Perempuan itu sangat dingin sepertinya. Mesti kena paksa datang ni. Haih another day, another reject

“Hi, nama saya Tengku Abu Al-Kayr, panggil Kayr je. Awak nama apa?”

“Clara Aqilah, panggil je Clara"

Kayr angguk dengan perlahan-lahan. Kedua-dua ibu hanya memandang satu sama lain dengan pandangan yang mengusik. Clara memandang ke bawah lantai dengan sayu. Kayr sedar lalu mampu berdahak sahaja

“Saya dah balik"

Tepat pada masa, Tarmizi balik daripada kerja. Erysa menegur untuk makan malam sekali bersama-sama keluarga Clara. Tarmizi hanya angguk lalu mereka membawa diri ke meja makan

Di meja makan hanya berbunyi suara ibu-ibu bergossip. Clara dan Kayr makan dengan senyap sementara Tarmizi memerhatikan situasi

“Clara belajar kat mana sebelum ni?"

Tanya Tarmizi cuba untuk membuat Clara selesa dengan keluarga mereka. Clara pandang kepada suara itu juga pandang kepada semua orang yang memberi tumpuan kepadanya

“Clara study dekat UK uncle, ni baru je lepas graduate”

Semua angguk dengan senyuman. Kayr hanya tenung akan kegelisahan Clara. Dia malas nak fikir kemudian menumpukan perhatian hanya kepada makanan

“Kayr kenapa senyap je? Borak la dengan Clara nuh ya kita kenal-kenal”

Suara Erysa yang memaksa itu membuatkan Kayr tidak selesa lagi. Kayr bangun dan pergi ke dapur untuk membersihkan diri. Erysa berasa janggal akan perangai anak lelakinya itu lalu meminta maaf dengan segera.

(Beberapa minit kemudian)

Kayr mahu masuk ke bilik namun terhenti dan terkejut apabila Clara berada di dalam biliknya menyentuh ke semua barang seni tanpa izin. Clara menoleh ke arah pintu dan berkata

“Tak sangka sebagai CEO semua benda ni sempat bagi awak untuk mengisi masa lapang, kerja awak mesti tak banyak kan?"

Kayr sangat geram lalu masuk merampas semua barang yang dipegang Clara. Kayr menatap matanya dengan bengang

“Kau kalau tetamu buat cara tetamu! Tak ada adab ke main terjah masuk bilik orang!"

Clara juga tatap Kayr dengan dingin. Clara tergelak lalu menarik kolar Kayr rapat ke mukanya. Clara berbisik

“Kau tak payah sombong and berlagak pandai sangat, kau jangan buat-buat tak tahu yang kita ni bakal dijodohkan! So apa yang aku buat semua ni untuk selamatkan kau juga"

“Selamat kan aku ke selamat kan diri kau? Huh (smirked) jangan nak tipu aku Clara kau pun tak rela nak kahwin dengan aku”

Clara terkejut dan bengang. Dia melepaskan Kayr lalu mahu keluar tetapi terhenti oleh suara Kayr yang membongkar sesuatu tiada siapa tahu

“Aku boleh menolak perkahwinan ni mengikut cara apa aku nak tapi kau? Kau nak lari dari ibu kau pun kau takut, dah la Clara cuba lah berdiri dan bangun untuk diri sendiri.. Untuk boyfriend kau yang kerja dekat kedai burger tepi jalan tu”

Clara menoleh ke arah Kayr yang sudah smirked. Kayr menghampiri Clara dan membersihkan bahunya secara perlahan-lahan

“Walau apa pun terjadi aku takkan kahwin dengan kau okay? aku sudah cukup satu permata tidak perlu lebih. Kau jangan risau, secepat mungkin juga aku akan tolong kau.. sekarang baik kau pikir masa depan dan tengok depan cermin.. betapa buruknya diri kau tu, hidup seperti patung mainan yang dikawal oleh tuan yang sangat kejam”

Clara tidak tahan lagi lalu menolak Kayr. Clara menahan air mata dan berlari ke bawah ruang tamu semula. Kayr smirked dan tergelak. Kayr menutup pintu biliknya.

Aya membeli burger untuk Fathin dan Sheera yang craving sudah begitu lama. Sheera menunggu di dalam keretanya sambil menunggu pesanan siap.

“Adik nak letak cheese tak?”

“Ha ah boleh juga”

Abang burger itu angguk dengan faham. Senyuman Aya sangat lebar dan tidak lari daripada tadi. Dah lama tak makan burger ni, ansib baiklah si Sheera tiba-tiba mention masa tengok tv tadi.

Tidak lama kemudian, burger mereka siap dengan sempurna. Aya membayar sambil mengambil plastik yang dipegang oleh abang burger itu. Aya mengambil baki di tangan abang itu dengan senyuman. Aya mahu menoleh dan tiba-tiba terlanggar oleh seorang lagi pekerja mungkin dari tandas. Aya mengutip rantai yang dicicir

“Saya minta maaf"

Hanya itu sahaja perkataan dikeluarkan dari mulut pekerja. Aya tidak sempat memberi rantai yang dipegangnya kerana pekerja itu telah menanggalkan apron dan pergi balik menaiki motosikal miliknya.

“Kenapa dia nampak macam baru lepas menangis ya?"

Aya diganggu oleh Sheera yang memanggil dari dalam kereta. Aya angguk dan hanya simpan rantai tersebut di dalam poket. Aya dan Sheera tidak lama kemudian

Selepas sahaja keluarga Clara beredar, Kayr dan keluarganya berkumpul di ruang tamu. Erysa meletakkan cawan ke atas meja dan dengan teruja bertanya kepada Kayr

“Macam mana? Cantik kan Clara tu? Senyap je orangnya~ haih ibu rasa kali ni paling tepat lah"

Kayr menatap Erysa dengan dingin. Semua terkejut akan tindakan tersebut. Kayr mengeluh lalu bangun untuk masuk ke dalam bilik

“Kayr sampai bila kamu nak jadi macam ni?! Takkan kamu nak reject lagi?! Kayr ibu nak kamu kahwin! Ibu nak timang cucu”

Kayr tidak mengendahkan Erysa dan dengan perlahan-lahan pergi. Erysa geram lalu mengejar untuk menahan. Tarmizi turut ikut untuk menghalang Erysa

“Kayr! berhenti! Ibu ni ibu kamu! Ibu tak kira, ibu nak kamu kahwin dengan Clara! Minggu depan ibu jumpa dengan ibu dia dan akan bagitahu--"

“Kayr dah ada girlfriend lah ibu!”

Semua berhenti dengan terkejut. Kayr menarik nafas untuk menghilangkan barannya. Kayr pandang kedua ibu bapanya dengan pandangan yang kecewa

“No more paksa, I will only marry my girlfriend or to be exact, the one I love! Walaupun ibu tu ibu kepada Kayr, ibu jangan harap dan berangan untuk membantah impian Kayr kali ni!"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now