Chapter 28

116 7 0
                                    

Mesyuarat berlangsung dengan sangat smooth. Semua berbincang dan memberikan pendapat satu sama lain terutamanya Aya. Walaupun Aya seorang ahli yang baru, namun sebahagian idea yang dicadangkan sepanjang meeting ialah idea dia. Sampai dahaga bercakap sehinggalah dia mencapai air.

Kayr matanya hanya untuk Aya. Aya masih lagi berbincang dengan staff yang lain tetapi sedang cuba membuka penutup botol air. Kayr tanpa ragu-ragu merampas botol air di tangan Aya lalu membuka terus menghulurkan kepada Aya. Aya minum sambil mengukirkan senyuman

(Meeting habis)

"Tahniah Aya, aku suka semua idea kau and cara kau perfom hari ni"

"Terima kasih sebab percayakan aku Kayr"

Aya dan Kayr ketawa satu sama lain. Mereka kemudian menyambung semula kerja masing-masing. Setelah beberapa jam, waktu bekerja sudah tamat dan Aya bercadang untuk pulang

"Aya jom pergi main kat taman nak hari ni? Sebelum balik tu aku bosan la"

"Haih yang kuban-kuban la ko ni Kayr yelah ye lahhh jom aku teman"

Kayr melompat bahagia lalu berlari ke arah kereta miliknya. Aya melihat sekeliling semua pekerja hanya pandang dia dengan pelik. Aya senyum dengan janggal dan menutup muka sehabis mungkin

Sampai je di taman mereka berlari merebut buaian. Sesudah bermain buaian, mereka berlari naik gelongsor. Masing-masing mengambil gambar antara satu sama lain. Mereka juga membeli belon buih meniup setiap inci sudut taman.

"Ada beam la jom naik Kayr!! Ajar aku sekali boleh la boleh laaa"

"Ha jom jom!"

Kayr membuka satu beam dan scan apa yang patut menggunakan telefon. Kayr menyuruh Aya berdiri dan pegang pemegang. Kayr menerangkan dengan sangat teliti manakala Aya mendengar dan angguk faham

"Eh asal tak gerak pun?"

"Eh kau ni macam ni... "

Kayr mendakap Aya dari belakang membuatkan jantung Aya berdegup-degup. Situasi ni macam kat office hari tu!! Ya Allah dekatnya dia dengan aku dah la wangi~

"Faham dah?"

"H--ha? Ohhh ha okay okay"

Aya akhirnya bergerak dengan riang. Kayr yang melihat ketawa akan kecomelannya. Kayr turut ikut menggunakan beam lagi satu untuk mengejar Aya. Mereka ketawa dan bergembira seakan-akan taman itu mereka punya

Mereka akhirnya akhiri aktiviti petang dengan duduk di bangku yang disediakan sambil memakan ais krim yang dijual berdekatan. Kusyuk betul-betul dua-dua menjilat ais krim sambil melihat sunset macam tak pernah makan

"Terima kasih Tengku Abu Al-Kayr, terima kasih sebab hadir dalam diri aku"

Kayr senyum dan angguk. Aya termenung kepada sunset dengan menghembuskan nafas yang redha

"Betul lah cakap kau, semua yang berlaku ada hikmah aku ni hamba je tak layak nak mempertikaikan kan? Tapi thank you do serious sejak kau hadir, aku tak pernah rasa gelabah dalam hidup aku... Biasanya aku akan rasa beban kalau aku tak buat dengan sempurna.. Aku tak tenang, aku nak sangat buat yang terbaik tapi dengan kau aku rasa.. aku rasa semua benda jadi seronok dan chill"

"Sama-sama. Kau pun dah banyak sedarkan aku dalam banyak benda, aku takkan mula melukis dan menulis balik sebab kau tau? Terima kasih lah sebab hadir walaupun kau reject aku banyak kali hahahah. Aku sayang kau Aya, aku nak kau ingat tu. Aku akan ada dengan kau selagi Allah tak arahkan malaikat untuk cabut nyawa aku, Aku percaya aku memang dicipta untuk menjaga kau"

Aya senyum dengan gembira dan sebak. Mereka sambung menjilat ais krim sekali lagi, Aya kemudian tanya kepada Kayr pasal buku yang ditulis

"Kau memang rancang nak terbitkan kali ni? Boleh aku tau kau tulis pasal apa?"

"(senyum dan angguk) Insyaallah ada rezeki, aku just tulis apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku~ Semua benda gembira"

"Kenapa semua benda gembira? Bukan ke dalam sehari pasti akan ada rasa sedih?"

"Sebab kalau suatu hari nanti ada apa-apa jadi dekat kau dan aku, aku nak ingat hanya dengan memori gembira. Aku percaya dengan cara tu boleh membuktikan cinta aku kepada kau dan menguatkan aku untuk terus jadi perisai kau"

Aya terkaku apabila ditatap Kayr. Kayr merapatkan muka kepada Aya, Aya makin memerah lalu tersedu. Kayr ketawa dan mula bangun bergerak ke tong sampah

"Mulut kau comot lap sikit, aku nak cium pun tak boleh haram lagi"

Aya terkejut lalu lap mulutnya. Aya semakin malu dan cepat-cepat buang ais krim terus bergerak ke arah kereta Kayr. Kayr ikut dari belakang dengan teruja

---

Waktu kerja Sheera sudah tamat, Hamzah cakap dia boleh closing sorang-sorang so aku bercadang untuk balik dulu. Selesai sahaja menggantung apron Sheera membawa diri untuk ke pintu apabila pap! Tiba-tiba blackout

"Ahhhh! alaa gelap la pulak!! Aku tak nampak huaaa mama tolong"

Sheera dengan perlahan cuba meraba-raba kerusi untuk mencari jalan keluar. Telefon aku dah la nak habis bateri kalau nak buka touchlight pun!

"Hamzah? Ooo Hamzahh awak kat mana? telefon saya habis bateri ni tak nampak jalan"

Hamzah tidak menjawab membuatkan Sheera menelan air liur. Hamzah pergi mana pulak ni tadi elok je dia basuh-basuh pinggan! Wehh aku dah la takut. Sheera tetap meneruskan jalan dengan perlahan walaupun tak nampak

"Sheera~"

Sheera menoleh ke belakang apabila mendengar suara aneh. Tak ada apa-apa masih gelap. Sheera mula nak nangis, mana semua orang ni!!

"Tak lawak do Hamzah jangan la buat saya macam ni!!"

Hamzah kemudian mencuit Sheera dari tepi membuatkan dia menoleh dan terkejut apabila Hamzah menyuluh mukanya dari bawah dan membuat muka buruk. Sheera melatah lalu terus memukul lengan Hamzah dengan geram

"Eee awak tak lawak la!! Kalau saya kena serangan jantung macam mana?!"

"Hahahahha kau tengoklah muka kau tu macam gorrila yang aku tengok kat zoo haritu hahahaha sumpah lawak"

Sheera memukul lagi sekali dan akhirnya Hamzah pergi ke bekas elektrik dan membuka semula suiz yang ditutup. Sheera pergi ke arah Hamzah dan spray air

"Pfttt apa benda ni Sheera aduh ko ni habis basah muka aku"

"Huh!! Siapa suruh jahat sangat! Awak nak nakal sangat kan ha ambik ni! Kena lagi!"

Hamzah di spray sekali lagi membuatkan dia menepis dan berlari. Sheera dengan teruja kejar sambil ketawa. Spray duk spray, gelak sama-sama , tiba-tiba kedai dimasuk oleh pasangan

"Apa benda korang buat ni?" - Aya

"Aya?! Kayr?!" - Sheera dan Hamzah

Aya dan Kayr memandang satu sama lain dan ketawa

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now