Chapter 65

72 5 0
                                    

Melihat lelaki yang hampir bunuh Aya beberapa bulan yang lalu telah menaikkan darah Kayr secara maksimum. Lelaki itu sedang meletakkan mungkin ‘racun' ke dalam air kosong Aya kemudian lelaki itu mengikut Aya dari belakang.

“Dik abang bayar nanti boleh? Nanti letak je makanan tu dekat meja nombor 6 tu"

Cashier angguk dengan keliru, Kayr terus bergegas mengikut belakang lelaki yang mengejar Aya. Setelah beberapa minit mencari tandas, akhirnya jumpa

“Eh ada maskot! Eeeee comelnya!"

Aya baru nak ramas-ramas maskot tersebut namun terhenti oleh perut yang tidak tahan. Aya tergelak dengan janggal lalu memegang perut besarnya

“Hehe kejap lagi eh kita main akak nak menyelesaikan masalah dunia"

Aya terus berlari masuk ke tandas tanpa sempat menyentuh sikit bulu maskot tersebut. Lelaki yang mengejar Aya berhenti di hadapan tandas, beliau melihat ke kiri dan kanan untuk memeriksa jika line clear atau tidak

Tak sempat jejak kaki masuk ke dalam tandas perempuan Kayr dah tarik dulu heret ke belakang tandas. Tepat pada waktu, Aya keluar tanpa sedar akan apa-apa

“Ehh maskot tu dah hilang? Alooo baru nak main sekali ermmm”

Aya mengeluh tetapi berhasil membawa diri pergi ke arah kedai semula, Aya dikejutkan oleh kelibat Kayr yang tiba-tiba muncul dari tandas lelaki. Aya melatah dengan perlahan

“Sejak bila pulak abang pergi tandas ni? Ke ni kelibat abang?! Hantu ke ni (sambil pegang kedua-dua pipi Kayr)”

“Aipp hensem gini pun difitnah hantu? (menurunkan tangan yang memegang pipinya) betul la ni suami awak sayangku oi"

Aya ketawa kecil dan angguk dengan perlahan-lahan namun kegembiraannya diganggu apabila melihat sebelah tangan Kayr berdarah

“ASTRAGHFIRULLAH APA NI ABANG? KENAPA ADA KELARAN KAT TANGAN ABANG NI?!!"

Kayr ketawa dengan janggal lalu mengambil kain di belakang poketnya untuk mengikat luka tersebut. Kayr menggelengkan kepala dan senyum, tisu poket juga dihulurkan kepada Aya

“Abang tak apa-apa lah sayang~ paip tu ha ketat sangat sampai tergesel tangannya hehe"

Aya memuncungkan bibir tidak percaya namun angguk sahajalah. Mungkin betul sebab aku punya paip tadi pun ketat semacam sampai nak tercabut aku tariknya ha

“Dah la jom, makanan tu dah memanggil-mangil dah nama awak tu”

Aya ketawa dan angguk sekali lagi. Mereka perlahan-lahan menuju ke kedai, bahu Aya dipegang oleh Kayr cukup berhati-hati. Pada yang masa yang sama, secara rahsia Kayr mengerling ke belakang melihat lelaki pembunuh terbaring penat di belakang tandas

Aya mengunyah dengan tidak puas hati, mukanya berkerut sahaja sepanjang makanan ditelan. Kayr yang berada menghadapnya bingung dan pasrah tidak tahu apa masalah Aya pula kali ni

“Kenapa abang buang air kosong tadi?! Kedai ni dah la cakap satu orang hanya satu cawan air kosong tapi abang pergi buang! Dah la sedap eeee ni nak marah nii"

Kayr mengeluh kemudian menghulurkan air kosongnya tanpa berbunyi satu suara. Aya kembali senyum dengan riang manakala Kayr sambung makan dengan tenang

“Wuish sedap betul mi champa nn--"

“HUAAAAAAA HMMMMM"

Kayr pula yang melatah apabila mendengar Aya menangis secara tiba-tiba. Semua pelanggan menumpukan perhatian kepada mereka dengan hairan. Kayr ketawa dengan janggal apabila melihat sekeliling. Kayr menatap Aya semula, Aya sedang menangis sambil menutupi mata dengan sebelah lengannya

“Kau dah kenapa pulak ni sayanggg alahmak nak air kosong lagi ke?? Okay nanti kita beli ya dahh jangan nangiss malu ke orangg"

“Bukan air kosonggg huaaaaaa”

“Dah tu apa pulak nii tiba-tiba je menangis, cepat bagitahu abang nanti abang usahakan"

Aya memandang Kayr bersama bentuk bibirnya yang sedih. Kayr mengangkat kening sebelahnya lalu menanti jawapan Aya. Aya teresak-esak menunjuk ke arah maskot

“dah kenapa dengan patung tu?”

“Maskot tu lari dari saya masa saya gi tandas tadii huaaa orang dah suruh tunggu tapi dia tak nak tunggu! Dia jahat! Dia tinggalkan saya"

Kayr ternganga akan mood isterinya itu. Kayr menampar dahinya dengan perlahan dan cuba memikirkan cara untuk memujuk isterinya yang masih menangis. Kayr melihat sekeliling dan akhirnya mendapat jawapan

“Sayang awak tunggu sini kejap, JANGAN! jangan nak pergi tandas ke apa-apa faham?"

Aya angguk dan kembali nangis. Kayr bangun dari tempat duduk dan menundukkan hormat kepada semua pelanggan yang berada di kedai tersebut

“Maaf, bini mengandung banyak ragamnya hehehe tolong jaga dia sat"

Semua pelanggan senyum dengan faham. Semua angguk dan setuju untuk menjaga Aya. Kayr terus pecut pergi ke arah maskot yang ditunjuk Aya.

Aya mengangkat kepalanya dan melihat ke arah maskot tersebut. Aya terkejut dan akhirnya berhenti menangis akan unexpected situasi by Kayr

“Sini kau!! Kau buat bini aku menangis yee haa meh aku nak ajar sikit"

Kayr menarik telinga maskot monyet itu pergi ke arah kedai membuatkan semua terkejut beruk. Aya mengelipkan mata dengan banyak kali sehinggalah maskot dan Kayr berdiri di hadapannya

“Ni kan sayang maskot degil ni! amboii dia! Kau minta maaf sekarang! cakap kau tak nak tinggal dia lagi"

Maskot tersebut terus membuat posisi ampun dan tak nak buat lagi. Maskot tersebut juga buat aksi don't cry kepada Aya. Aya terus ketawa tanpa sedar.

“Maskot macam kau ni memang jahat and takkan setia pada yang satu, esok lusa buat lagi so... "

Kayr mencabut bahagian kepala maskot dan memakainya kepada kepala sendiri. Orang di sebalik maskot itu terkaku lalu terkedu. Did he just grab it like that?!

“Hi Aya~ I'm Kayrkot! Maskot paling setia untuk awak, yang pasti takkan tinggalkan awak! silalah terima cinta dan keikhlasan saya~ Dah jangan nangis-nangis lagi tau?"

Sambil menari-nari ikut perkataan si Al-Kayr ni usaha nak pujuk Aya. Usahanya berjaya i guess sebab Aya pun ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia, even pelanggan sekeliling ketawa akan aksi unexpected Kayr

“Nahhh big big big loveee for you"

Sebelum menanggalkan kepala tersebut, Kayr menunjukkan bentuk love yang besar menggunakan kedua-dua tangannya.

Semua menepukkan tangan terhibur akan persembahan tiba-tiba dari Kayr. Kayr cabut kepala tersebut dan beri kepada pemiliknya. Pemilik tersebut menundukkan hormat dan melambai kepada semua orang

“KAU NI DEGIL KELUAR LAGI DENGAN LELAKI TAK GUNA TU?! SINI KAU!”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now