Semua ternganga mulut apabila melihat kecantikan Aya yang mengenakan baju formal blazer dengan tudung shawl itu. Semua menepukan tangan
"CANTIK GILA NAK MAMPUS KO NI! Ha sudahhh sekarang aku hantar ke MRT pastu ko pecut faham?"
Jelas Sheera kepada sepupunya itu. Aya angguk dengan membara manakala Fathin sempat membekalkan makanan untuk alas perut, tidak lama kemudian mereka meninggalkan rumah
(30 minit kemudian)
"Okay aku jumpa kau next month pula la untuk project ni Kayr"
Ucap seorang usahawan muda yang bernama Mamat itu, dari pagi meeting mengejut sampailah ke 3.45 petang. Akhirnya Kayr dan Perry boleh balik ke rumah. Kayr angguk kepalanya dengan senyuman terus berjabat tangan bersama rakan perniagaannya itu
Mereka sedang menuju ke MRT semula kerana kereta masih di bengkel, nak tak nak kenderaan awam adalah solusi kalau nak call Hamzah kesian pula dia drive jauh-jauh mesti penat mengantuk
Semasa dalam MRT, tempat duduk tiada disediakan.. biasalah waktu-waktu macam ni memang ramai orang. Kayr dan Hamzah hanya berdiri memegang pemegang yang sudah disediakan. MRT itu sangat senyap dan tenang walaupun ramai orang tetapi dibisingkan dan dikecohkan oleh suara seorang wanita, Kayr dan Perry serta ramai lagi penumpang menoleh
"Cik! Cik nak buat apa dengan saya ha?!"
"Ma--mana ada buat apa! Saya berdiri je dari tadi awak jangan nak perasan" - Lelaki berjambang
"Huh!! Cik ingat saya tak tahu ke scene macam gini biasanya apa terjadi? Cik kalau nak raba tu raba terang-terangan je la"
Semua terkejut dengan aksi perempuan itu, Kayr dan Perry berdahak, Siapa do bapak berani nya confess gitu
"Gi--gila!" - Lelaki berjambang
"Gila? Saya gila? At least saya tak gila-gilakan nak buat maksiat terang-terangan depan Allah kan? Astaraghfirullah dah la nak raba-raba orang pastu bila saya offer kata saya gila masyaAllah apa yang rumit sangat hidup cik ni? Tiba-tiba ingat Allah padahal tadi baru nak 'sedap-sedap' en wah wah wah aku ingatkan lamberrt lagi nak jumpa orang munafik tapi wuish Allah bagi cash! Terima kasih Ya Allah kerana sayangkan dan melindungi aku"
Kayr dan Perry ketawa kecil bersama penumpang-penumpang lain, Savage betul perempuan bertudung ni. Berani pula tu sumpah aku nak tahu siapa dia ni.
"Dah la cantik... mata dia... " - Kayr
"Apa yang tuan cakap tadi?" - Perry
Kayr terus malu dan mendiamkan diri, ish Perry ni kacau moment aku yang tengah admire perempuan tu.
MRT akhirnya berhenti kepada satu tempat, Perempuan itu akhirnya mahu turun, lelaki berjambang juga mahu turun tetapi tak semudah itu brother. Sebaik sahaja keluar dari pintu, perempuan itu melebarkan tangannya lalu menghalang lelaki tersebut daripada keluar.Penat cari jalan keluar akhirnya tidak sempat kerana pintu sudah mahu tutup. Perempuan itu ketawa nakal lalu menjelirkan lidah sebelum MRT mula bergerak semula
"Hahahaha comel~ Kesian mamat ni dah tak boleh keluar" - Kayr
"Kena berhenti tempat lain pula la kalau macam tu kan?" - Perry
Kayr angguk dengan senyuman. Lelaki berjambang itu berasa bengang dan marah. Dia menghentakkan kaki lalu duduk di tempat yang kosong
Aya yang melihat MRT itu beredar tersenyum sinis, dia menjelingkan matanya lalu menoleh
"Siapa suruh cari pasal dengan aku kan dah kena turun tempat jauh padan muka"
Seronok sangat kenakan orang, tengok-tengok jam sudah pun pukul 3.55 petang. Aya mula gelabah mencari teksi atau grab yang available
"Eeeish! Kalau bukan sebab kau aku dah sampai dah kat tempat interview dasar lelaki jambang bodoh!"
Aya beredar membawa beg kerjanya menaiki grab yang sudah ditempah, Ternyata memang masih jauh ya tempat yang nak di interview tu haih
Kayr dan Perry akhirnya sampai di rumah. Kayr masuk dengan memberikan salam terus duduk di ruang tamu, Kehadiran Kayr disambut mesra oleh ibunya
"Kayrrr oh my god anak ibu dah balik! Macam mana kerja kat LA? Okay ke?"
"Okay je ibu, biasalah penat sikit tapi enjoy la dapat kawan baru"
Erysa senyum, waktu itu bibik datang menghidangkan air buat mereka. Kayr terus mencapai gelas tersebut dan minum
"Tadi Hamzah ada datang bagi beg bagasi katanya kamu pergi meeting dengan Mamat terus pagi tadi betul?"
"Ya ibu, kalau ikutkan Kayr nak postpone tapi malas la nak tangguh lagi haritu pon dah buat nanti makin lama tak siap project ni"
Erysa angguk faham sangat. Erysa kemudian menjadi gugup, Dia mahu mengemukakan soalan dan permintaan kepada Kayr, Kayr yang sedap menjamu biskut bersama air mengerling sedar akan kelakuan ibunya
"Ibu ada apa-apa nak bagitahu Kayr ke? Kayr tak busy sekarang ni boleh je nak dengar"
Erysa menatap anaknya. Dia tersenyum dengan suam lalu membaiki posisi duduknya dengan betul. Dia berdahak dan menarik nafas sebelum memberitahu
"Kayr kamu tahu kan yang ibu ni dah tua?"
Aik, kenapa pula ibu aku ni dah nak mati ke? Seram pula aku nak dengar wasiat dari dia
"Ibu ni kepunan nak timang cucu tak pun tengok kamu bahagia dengan seorang perempuan yang bakal digelar isteri"
"Tapi ibu jodoh tu tak sampai lagi, lagipun Kayr tak ada masa nak cari"
Erysa mengeluh lalu mula menarik nafas sekali lagi. Dengan tenang dan redha memberitahu
"Sebab tu lah ibu nak cakap dengan kamu, Jangan risau ibu dah tolong bab tu~ Kamu enjoy je masa waktu tu sampai"
Kayr semakin pelik dan tertanya-tanya. Apa pula ibu aku ni? Dia jodohkan aku dengan anak kawan dia lagi ke? Haritu dah buat tapi tak ada satu pun melekat. Biasalah tiada satu yang mengoyahkan hati aku
"Ibu jodohkan Kayr dengan anak kawan ibu lagi kan? Ibu Kayr malas la nanti result nya sama juga"
"Ala Kayr~ Sekali jeee lagi nanti ibu tak kacau dah pleasee pergi blind dates tu pastu kamu decides la macam mana"
Kayr sungguh tidak mahu. Tak boleh ke aku pilih jodoh aku sendiri? Memang tak boleh Erysa ni dari aku kecik kongkong je aku haih
"Nampaknya ibu sampai mati la tak dapat tengok--"
"Eishhh ya lah² bila blind dates tu? Esok? Lusa?" - Kayr
Erysa mula tersenyum lalu memeluk anaknya. Dia mengucup dahi anaknya lalu memberikan keterangan dengan lebih lanjut
Malam itu, Aya berhenti di satu tempat kerana sudah penat berjalan. Aya mengeluh dan melihat satu kertas yang diberi syarikat. Kertas itu telah tertulis bahawa Aya
"Gagal... Haih memang tak ada rezeki lagi la ni"
Aya kemudian mengerutkan dahi lalu menutup muka dengan pasrah. Aya meronyokkan kertas tersebut lalu mencampakkan ke longkang, sedang bersedih tiba-tiba mendapat satu panggilan
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...