Lama dan khusyuk betul masing-masing menonton filem yang dipilih. Movie tersebut mengisahkan pasangan yang tidak dapat bersama kerana seorang dari mereka sudah lepak underground. Kayr yang jantan tanpa sedar menangis teresak-esak, Aya yang hairan hanya menghulurkan tisu-tisu yang disediakan dalam office tersebut
“Sedih movie ni, kadang-kadang takdir memang memisahkan cinta seseorang yang tulus tu kan?”
“Em nak buat macam mana, kadang-kadang yang kita nak tu memang perlu dilepaskan”
Kayr angguk dengan setuju kepada Aya. Kayr kemudian diam lalu menatap Aya, Kayr bertanya dengan penuh ikhlas dan tertanya-tanya
“Kau ada tak seseorang yang kau nak sangat tapi kena lepaskan?”
“Entahlah tak pasti, kenapa kau ada ke?"
Kayr senyum dan angguk. Dia kemudian bangun pergi mengambil buku nota kecil yang berada di mejanya. Kayr menyerahkan kepada Aya
“Ni lah rangka-rangka bakal novel aku, kau nak baca? Ada kaitan juga sikit dengan movie tu tapi takpelah baca je”
Aya ambil dengan teruja. Dia mula membaca selepas menarik nafas dengan panjang. Tekun betul sehingga Kayr tenung pun tak perasan. Cantik betul wanita bernama Aya ni, haih bila la aku nak dapat dia
“Oh first time main character fell in love was in his childhood? Wow menarik~ tapi kan sebahagian perasaan main character ni ada dengan aku”
“Maksud kau?”
Kayr merapatkan diri dan menumpukan perhatian sepenuhnya. Main character ni pasal aku tapi kenapa dia pun ada perasaan yang sama? is that mean dia suka kan aku? Dia jodoh aku kan? lahh melebih-lebih lak kau Kayr
“Tak ada lah kat sini kau tulis main character harap dan teringin untuk jumpa first childhood love dia lagi satu hari nanti kan? Aku tak ada lah first love masa childhood tapi aku ada sorang yang aku terfikir sampai sekarang, aku tertanya-tanya dia pergi ke haluan mana ye”
“Kalau tak keberatan cerita la kat aku, aku nak dengar”
Aya menoleh ke arah Kayr yang duduk dengan tegak. Aya senyum juga menghadap Kayr dan duduk dengan tegak.
“And bila fikir balik aku rasa aku ada seseorang yang aku tak nak lepaskan sama macam main character dalam buku kau ni tapi masa waktu aku childhood la”
Aya menarik nafas dan menghembuskan dengan tenang. Dia menyambung
“Waktu childhood aku suka sangat sebab dapat ramai kawan, bila aku tegur dan senyum je semua akan bercakap dengan aku tapi.. tidak kepada orang tu”
Kayr menyilangkan tangan dan angguk. Dia mendengar dengan lebih fokus
“Orang tu macam kau minat seni, lukisan dia cantik~ tapi tu la dia sombong. Aku tak pernah nampak dia bercakap dengan sape² dekat taska tu sehinggalah aku yang langgar dia sendiri”
“what? Kau sengaja ke apa nak langgar dia? Kesian dia tak kacau orang kena langgar”
Aya dan Kayr ketawa dengan gembira. Aya menggelengkan kepala dan menyambung semula
“Ya aku memang sengaja sebab aku nak dengar suara dia tapi last² aku yang kena marah, sentuh lukisan dia pun tak boleh”
“Membe tengah ada mood tiba-tiba kena langgar mana tak anginnya dia”
“Hahaha ye lah salah aku juga waktu tu tapi lantaklah~ last² kitorang satu kelas juga”
Kayr membuat muka yang terkejut dan angguk. Aya senyum lalu meletakkan kedua-dua tangan kepada pipinya
“Waktu tu aku rasa gembira sebab aku ingatkan akhirnya boleh dengar juga suara dia sebab duduk sebelah meja pula tu~ Tapi tak kawan, dia abaikan aku. Aku macam orang gila kat situ cakap seorang²”
“Aku actually nak give up tapi, syukur disebabkan cahaya matahari aku dapat dengar suara dia semula. Disebabkan dia dah bercakap aku tolonglah dia halang cahaya matahari tu supaya dia boleh tidur nyenyak heheheh, and start pada tu dia mula kawan dengan aku seperti apa yang aku nak”
Kayr angguk dengan senyuman. Dia meniru gaya Aya yang sedang meletakkan tangan kepada pipinya. Aya meluah dan senyum sekali lagi
“You know what? Dalam banyak-banyak kawan.. Dia lah kawan yang paling aku tenang, aku suka, sebab dia menarik. Bila aku tengok dia aku dapat tahu dan rasa dia ni unik. Dalam hasrat aku, aku nak protect friendship ni sampai ke tua, aku tak nak lepaskan la kalau boleh tapi sayang, disebabkan huru-hara yang tiba-tiba...aku hilang dia, aku hilang mama aku”
Kayr tiba-tiba menjadi serious. Aya hanya senyum dengan sayu dan meraba-raba menggunakan sebelah tangan kepada telinga untuk merasa sekiranya anting-anting masih dipakai sehingga hari ini
“Macam mana kau boleh berpisah dengan dia? Huru-hara? mak kau hilang sekali? Aku tak faham”
“Ya huru-hara, kau tau? Sepanjang aku kawan dengan dia, aku tak pernah tahu nama dia or niat nak tanya pun. Sebab aku dah selesa. Tapi hari tu, dia masih menjauhkan diri dari kami kawan-kawan so aku bercadang untuk memujuk dan meyakinkan dia semula” - Aya
“Aku pergi dekat dia dan tanya kenapa dia masih nak jauh dengan semua orang, dia cakap dia masih takut dengan persepsi orang, dia takut orang tak boleh terima dia yang dia minat sesuatu lain daripada lelaki lain sama seperti kau, aku tak nak kata lebih so aku hanya cuba ambik hati dia. Aku cakap lukisan dia cantik lagi sekali and waktu tu aku memang betul-betul nak dia ajar” - Aya
Kayr memandang lantai dengan sayu dan kosong. Kau tengah cakap pasal aku Aya... the fact that kita jumpa balik dengan cara macam ni membuatkan aku percaya kita memang jodoh.. Aku patut tahu dan sedar dari awal the moment di sebalik gadis berpurdah dan gadis berani di MRT which mean kau yang sekarang tu ialah gadis yang sama mencuit hati aku semasa aku kecil, ya gadis yang melanggar aku dengan sengaja atas niat memang betul-betul nak berkawan, niat nak meyakinkan aku.. gadis tu kau yang bernama Aya... Tak lain tak bukan kau Ayasya Amirah
“Kalau tak disebabkan letupan bomb secara mengejut kat taska kita mesti hajat kau nak protect friendship ni tercapai kan?”
Aya mengangkat kepala apabila mendengar sedemikian, Aya membulatkan mata lalu bertanya
“J--jap macam mana kau boleh tah--”
“Aku dah lama cari kau babygirl”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...