Chapter 57

71 4 0
                                    

Beberapa jam kemudian, mereka bertiga sampai di Koh Samui. Kayr dan Aya berpelukan pinggang ke pinggang menuju ke taxi untuk check in resort.

Taxi itu mengangkat semua bagasi dan barang Kayr dan Aya ke bonet. Apabila giliran Clara yang mahu meletakkan bagasi, Kayr menghalang dan menolak Clara sehingga jatuh ke lantai

“Siapa kata kau naik sekali and check in satu resort dengan kami? Ibu sponser flight pergi balik kau je bukan tempat tido, dah dah pergi bla”

Clara terkejut dan ternganga dengan tidak puas hati. Kayr masuk dulu ke dalam taxi kemudian Aya. Sebelum Aya masuk, Aya menjelirkan lidah dengan sangat annoying membuatkan Clara menyampah. Tak sempat nak balas taxi dah gerak

(Di resort)

Resort yang sangat cantik, ada pool dalam bilik. Bilik pun besar dah macam rumah. Aya berasa sangat teruja sehingga melambungkan dirinya ke atas katil

“Nak tinggal sini terus tak boleh ke!! Cantik sangat ni abanggg”

Kayr hanya ketawa kecil melihat Aya yang bergembira seperti kanak-kanak. Kayr duduk di atas kerusi dan melihat pemandangan malam di luar sliding door

“Malam ni kita nak buat apa ye abang? Saya tak rasa mengantuk la sebab dah tidur dalam flight tadi hehe"

“Jom kita main experiment macam mana nak dapat kembar?"

Aya terkejut. Amboi benda tu dulu difikirnya dulu. Kayr ketawa kecil manakala Aya menggelengkan kepala kemudian berkata

“Yang tu kemudian laaa bosey wey benda sama je! Ish mesti abang kahwin dengan saya sebab nafsu je kan dah la tak nak la"

Lah, mengajuk pulak dah. Kayr menoleh ke arah Aya yang masuk ke dalam bilik air. Kayr mengejar dan menahan Aya daripada tutup bilik air tersebut. Aya terus menangis

“Alololo yayangggg abang gurau je la~ Takk abang kahwin dengan awak sebab ikhlas okay? Dah dah jangan nangis buruk nanti"

Aya masih marahkan Kayr lalu dia menumbuk perutnya dengan kuat membuatkan Kayr meraung. Muka Kayr mula merah membuatkan Kayr membawa diri tumbang ke katil

“Rasa macam baru lepas kena bomb askar jepun woo”

“Padan lah muka cari pasal sangat”

Kayr memuncungkan bibir dan menunjukkan tanda ampun, Aya kembali senyum dan duduk di atas katil bersama Kayr. Kayr tiba-tiba menjadi sihat dan menatap Aya dengan tulus

“Elok-elok lahh kita nak buat apa? Ke abang dah ngantuk?"

“ermm apa kata kita pergi kedai serbaneka berdekatan, dengar cerita Thailand jual biskut ‘dare’ . Lepas kita pecahkan biskut tu kita kena buat dare yang diberi”

Mata Aya terus bersinar dengan teruja. Dia senyum dan angguk pantas kemudian bergegas ke bagasi untuk menukar baju yang bersesuaian. Kayr turut bangun dan tukar.

“Dah siap dah? Jom!”

Aya menarik lengan Kayr secara paksa, dia sudah tidak sabar untuk ke destinasi seterusnya. Namun sabarnya diganggu...

“Omg Kayr you nak pergi mana~? I baru sampai check in ni hemmm tunggu i jap nak letak baju"

Aya dan Kayr memandang satu sama lain. Kayr terus mengenggam tangan Aya dan berlari menjauhi Clara. Clara mula kelam-kabut tak tahu nak kejar atau letak bagasi dalam bilik dulu

“Lariiiii ada hantu kak limah!”

“Hey! I cantik-cantik macam ni pun you kata I kak limah Kayr?! Tak pelah I anggap tu nama manja I~~ Al-Kayr tunggu"

Kayr dan Aya sedaya-upaya melarikan diri daripada Clara yang sewel sehingga sandals milik Aya tercabut dari kakinya.

“E-ehhh abang kejap san--”

“Tak ada masa nak ber‘cinderella² sayang oii dah cepat lari je dengan kaki ayam kau tu"

Mereka lari dan akhirnya berjaya. Aya dan Kayr akhirnya boleh bernafas dengan normal di hadapan kedai serbaneka berdekatan. Aya memandang kepada kakinya yang kehilangan baju dengan muka yang sedih

Kayr mengeluh lalu menarik Aya masuk ke dalam kedai, mereka ke sudut selipar. Setelah mendapat selipar yang bersesuaian, mereka membeli makanan serta mencari biskut Dare yang dimaksudkan

“Dah la jom balik bilik, ni pun dah banyak ni ke sayang ada apa-apa lagi craving nak beli?"

Aya menunjukkan dengan comel ke arah belon sabun yang dijual depan kedai. Kayr memandang belon itu kemudian kepada Aya yang tersengih janggal. Kayr ketawa dan angguk

“Yeayyy dapat belonn yeay yeay”

Kayr yang membawa barang² dalam satu beg plastik tidak berhenti senyum melihat Aya yang sangat gembira sehingga terlompat-melompat untuk menuju ke bilik

Baru nak tutup pintu, Clara menyekat dan senyum dengan tidak malu. Main masuk je membuatkan Kayr bengang. Kayr mahu mengerjakan Clara namun dihalang Aya yang menggelengkan kepala. Aya mula senyum sinis dan ikut Clara dari belakang

---

Haqeel yang menjaga rumah sekarang sedang menyiram pokok bunga yang ditanam sekeliling rumah. Haqeel terbangun daripada bongkok apabila mendengar kereta dan bunyi pagar. Haqeel menuju ke depan rumah hanya untuk disambut oleh ramai lelaki gagah. Salah satu lelaki itu membuka pintu kereta

“Ehhh cik ni siapa? Kenapa cik datang sini!”

Erysa membuka cermin mata hitamnya dan memberikan pandangan menghukum. Dia melihat atas dan bawah kepada Haqeel. Haqeel sudah gugup sambil menelan air liur

“Tak payah sibuk, guys aku nak kau cari setiap inci rumah ni. Kalau ada apa-apa berkaitan wasiat and even wasiat sendiri, aku bagi sorang satu hadiah lumayan faham?!”

Semua menyahut dan mula bergerak. Haqeel lagilah gelabah dan mengeluh. Erysa menghampiri Haqeel membuatkan Haqeel rebah jatuh ke lantai. Erysa smirked

“Kau kalau dah jadi cleaner tu... BUAT MACAM CLEANER! TAK PAYAH SIBUK SANGAT PASAL HAL ORANG KAYA! sekarang ni konsep dia begini, selagi aku tak dapat.. selagi tu aku akan musnahkan kebahagiaan dia, FAHAM?!”

Haqeel angguk dengan cemas dan pantas. Erysa menjeling lalu bergerak meninggalkan Haqeel keseorangan, Erysa juga mahu menolong untuk mencari sekiranya dia jumpa atau tidak wasiat itu

“Huh, berlagak. Ingat kaya sangat ke pakaian pun dah boleh geng masuk kelab-kelab orang tua"

Erysa terhenti dan dengan seram menoleh ke arah Haqeel. Haqeel menelan air liur terus menggelengkan kepala. Haqeel berlari bergerak membuat kerja lain dengan sedaya-upaya untuk tidak terganggu

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now