Aya akhirnya bangun dari tidur, Aya melihat sekeliling dan sedar dirinya berada di hospital. Aya melihat Kayr yang berada di atas sofa juga nyenyak. Aya senyum dan menghembuskan nafas yang lega
“Aku akan bunuh kau"
Sebelum pengsan, mimikan mulut daripada Erysa masih teringat. Aya menggenggam tangan dengan kuat. Hati dia sudah hitam, tak guna juga kalau aku dekat dengannya
Kayr bangun tepat pada masa, dirinya terus berlari ke arah katil Aya. Kayr mencium dahi Aya serta merta membuatkan Aya terkejut
“Abang kenapa ni? Aya okay lahh, abang menangis ke? mata sembab"
“Ish! (jentik dahi Aya) kau ni main-main pula! mestilah abang risau... nangis sikit je"
Aya ketawa apabila melihat Kayr berbisik namun masih boleh didengarinya. Perry masuk menundukkan hormat dan melutut minta maaf
“Salah saya sebab tak jaga Puan Aya elok-elok saya minta maaf Tuan”
Kayr mengeluh, nak marah pun perkara dah jadi. Aya bangun daripada baring untuk duduk. Perry mula berdiri dan memanggil Dokter masuk. Mereka semua menundukkan hormat
“Nasiblah Puan Aya dibawa ke hospital dengan cepat sebab saluran darah dan pernafasan dia hampir terhenti selama-lamanya kerana cengkaman yang sangat kuat”
Kayr dan Aya gasp. Kayr memandang Perry yang masih menundukkan kepala. Kayr menghembuskan nafas dengan berat kemudian bertanya kepada dokter
“Ada apa-apa lagi ke doktor? Bila isteri saya boleh check out ya?"
“Sebenarnya kami mahu memeriksa sesuatu sebab Puan Aya nampak begitu lemah daripada yang normal semasa dia pengsan. So alang-alang Puan Aya dah sedar ni... Puan Aya bersetuju atau tidak untuk meneruskan rawatan?”
Aya memandang Kayr. Kayr angguk dengan senyuman kemudian keluar daripada bilik bersama Perry, dokter kata sekiranya ya.. Mereka harus keluar sebab itu ialah privasi antara pesakit dan dokter
“Baiklah saya nak tanya kamu.. ada mual-mual tak kebelakangan ni?"
“Hah?! oh hm... "
Lama juga menunggu doktor soal jawab Aya ni, Kayr yang menyilangkan tangan sambil mengintai melalui cermin pintu wad hospital itu berasa sangat cemas. Dia menghentak sebelah kaki banyak kali
“Tuan, dah la tu cuba duduk tak penat ke berdiri?"
Kayr mengeluh dan duduk di sebelah Perry. Perry memandang Kayr yang semestinya sudah pasrah dan penat. Kayr termenung ke siling atas dan berkata
“Aku dengar ibu lari rumah betul ke?"
“Ya, Tuan Tarmizi chat saya semasa Tuan pengsan tidak sedarkan diri"
Kayr mengeluh lagi sekali dan angguk. Pandangannya hanya fokus kepada siling. Dia menyilangkan tangan dan mengerling kepada Perry
“Nampaknya kita kena more alert la nampaknya~ haih harap-harap la Qhalisha dapat solve dengan secepat mungkin. Kasi ibu puas"
“Insyaallah, kita sabar and berdoa je la Tuan"
Kayr angguk sambil memejamkan mata. Pintu dibuka dengan secara tiba-tiba menunjukkan Aya keluar diiringi nurse yang memegang wayar pek air di tangan. Kayr dan Perry bangun bingung kemudian terus berpaling ke arah dokter
“Doc bini saya nak pergi mana tu? kenapa sampai nurse berteman"
“Saya tak boleh bagitahu lebih, kamu tunggu je lagi beberapa jam"
Kayr menjeling ke arah dokter dengan geram, Kayr mahu mengerjakan si dokter namun anggota badan nasiblah sempat dipegang Perry. Perry mengeluh dan angguk sambil senyum dengan janggal kepada dokter yang berjalan pergi bersama pembantunya
(Setelah beberapa jam)
Mereka di lab pengesahan. Kayr melihat sekeliling bilik tersebut macam jakun. Aya yang duduk di sebelah sedar akan reaction, Aya terus menepuk lengan Kayr membuatkan Kayr flinch
“Dah kenapa tengok-tengok sampai nak terkeluar biji mata? Tak pernah masuk ke?"
“Abang masuk untuk apa sayang? Function tempat ni pun abang tak tahu siap ada tandas lagi hujung tu”
Aya ketawa kecil lalu mengusap rambut Kayr dengan lembut. Kayr masih keliru dan hanya memeriksa dengan matanya satu lab tersebut. Dengan banyak cup putih dekat counter tu ish ish ish bar hospital ke ni?
Pekerja bertugas memanggil nama Aya lalu Aya bergegas pergi mengambil keputusan. Pekerja dan Aya menjerit gembira serentak membuatkan Kayr dan Perry flinch sekali lagi
“Abaaaang tengok ni! Tengok!! Ya Allahh rezeki alhamdulillah"
“Ya Allah apa yang rezekinya sayang!!"
Aya yang daripada gembira terlompat-lompat tiba-tiba terhenti bersama senyuman yang muram. Aya berdiri tegak dan menatap Kayr dengan muka yang sedih serta mata yang bulat
“Ke--kenapa abang cakap macam tu?!"
“Ya Allah kau sakit ni yang, positif ni memang patutlah kau pengsan. Haih bahaya-bahaya dah jom jumpa dokter balik”
Jap, macam pelik je... bukan ke dia suka budak-budak? Asal pulak kata aku sakit, bahaya pula tu... Aya kemudian mula memikirkan sesuatu membuatkan dia cuba tahan ketawa dan sengih.
“Yang kau tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa yang? Dah la jom jumpa dokter daripada sakit ni tiba-tiba jadi sakit mental pula kang"
“Jap jap jap abang ni ingat saya sakit apa ni? Kalau pergi kat dokter pon nak buat rawatan apa?"
Kayr dah mula menyirap. Kayr mengeluh lalu menoleh ke arah Perry yang berdiri di sebelahnya
“Perry, kau pernah sakit ni kan? cuba kau bagitahu dia apa rawatannya. Aku dah penat nak jelaskan"
“(angguk kemudian pusing ke arah Aya) Saya tahu KKM pun mengesahkan bahawa penyakit ni tak ada ubat but pihak hospital akan sedaya-upaya control supaya balik ke kadar asal. At least kalau kita serahkan kepada dokter, tak adalah mati tu sia-sia sebab both pihak bertawakal"
Aya mengelip mata banyak kali. Hah? Apa yang aku dengar ni? Si Perry ni mengarut apa? Ya Allah, aku pula yang menyirap
“Abang, abang ingat saya sakit apa ni? cuba explain"
“Haih cuba dengar elok elok ok? Sayang ko ni dah terkena COVID-19, penyakit ni bahaya kalau tak dirawat sebab dia berjangkit and bawa maut faham?"
Aya terus melepaskan ketawa yang sangat besar di hadapan muka Kayr dan Perry. Kayr dan Perry memandang satu sama lain dengan bingung
“Ko gelak pulak sayang? Hey! Ini bukan masa nak gelak² lahh aku ni takut kalau hilang kau"
“Ya Allah abang!! Bawak mengucap!! HAHAHAH saya bukan positif covid la, saya positif mengandung! Abang saya mengandung! dah 3 minggu"
Kayr dan Perry angguk dengan faham perlahan-lahan tetapi mula sedar dengan realiti. Mereka membulatkan mata dan memandang Aya
“KENAPA KAU TAK CAKAP AWAL-AWAL SAYANG OIII”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...