Chapter 64

73 5 0
                                    

Aik aku pula yang kena marah? Aku ingat dia faham la benda tu menatang apa. Kayr kemudian senyum dan memegang tangan Aya. Aya juga senyum dengan gembira

“Experiment kita berjaya la ni sayang?"

“Errmmmm tak tahu lagi tapi yang pasti sah"

Kayr dan Aya bersorak dan lompat berpegang tangan seperti budak-budak. Orang lalu lalang hanya melihat ke arah mereka dengan muka yang menghukum. Perry mula berasa janggal dan malu, dia cuba memberhentikan mereka

“Balik ni rasa nak makan char kueh tiawww la jom kita pergi cari nak abang?”

“Boleh takkan tak boleh, Perry kau settle hal hospital ni aku dengan Aya nak gerak luu"

Perry tak sempat nak tahan tiba-tiba mereka dah hilang dari radar. Perry mengeluh lalu menggelengkan kepala pergi ke kaunter untuk menyelesaikan bil

Setelah dapat berita gembira tersebut, tiba-tiba hidup mereka menjadi bahagia sebentar. Pelik, tapi benar. Tanpa kekacauan dari mana-mana pihak membuatkan mereka hairan namun tetap bersyukur dengan apa yang ada

“Wahhh tahniahhh Ayaaa aku gembira dengar, alhamdulillah yang baik baik je keliling aku sekarang"

“Tahniah juga dekat kau yang sudah official jadi tunang orang tu Sheeraaa"

Aya dan Sheera tersenyum di sebalik telefon masing-masing. Sheera baru lepas bertunang minggu lepas bersama jejaka tercinta, Hamzah. Mereka hanya buat kecil-kecilan. Selebihnya mahu simpan di hari perkahwinan

Kayr yang baru lepas mencuci kain baju yang sudah bertimbun itu terus berkepit dengan Aya. Kayr juga membawa laptop khasnya untuk menulis selepas sahaja bermanja. Aya menamatkan panggilan bersama Sheera lalu terus mengusap kepala Kayr dengan lembut

“Tak sangka nak jadi Ayah dah tak lama lagi"

Aya senyum dengan lembut. Waktu itu juga Haqeel akhirnya selesai melakukan semua kerja rumah yang diarahkan. Dia bercakap dengan seseorang di telefon

“Okay~ jumpa you kat pantai sana”

Haqeel menamatkan panggilan dan baru sahaja mahu melangkah keluar namun terhenti oleh pasangan yang suka mengusik.

“Cey cey cey dating sambil healing sia bukan kaleng-kaleng"

“Cey cey cey kat tangan tu ada bawak bunga cey cey cey"

Haqeel menjadi malu kemudian menggarukan kepala yang tidak gatal. Haqeel menundukkan hormat kepada Aya dan Kayr sebelum meninggalkan rumah. Kayr dan Aya ketawa dengan kecil dan melambaikan tangan

Kayr bangun daripada tidur atas peha Aya, Dia terus membuka laptop untuk mencatat atau meluahkan perasaan di sana. Aya yang berada di sebelah tidak letih support

“Bila agak-agak novel ni keluar abang?”

“Dah nak siap dah ni~ jangan risau nanti abang kasi sayang baca dulu lepas edit okay?"

“Wahhh sumpah lah? Tak payah beli la ni? Erm tapi saya nak beli jugak, kita kena support maa heheheh”

Kayr dan Aya ketawa dengan gembira. Kayr menatap Aya dengan penuh perasaan cinta. Kayr mengusap tangan Aya dengan lembut

“Nanti anak kita sayang nak bagi nama apa? abang dah nak masuk penghujung cerita dah novel ni so nak kena letak nama”

“Ermmm apa kata Tengku Arash Aweel for boy and Tengku Kayra Amirah for girl? sumpah main random je ni abang hahahaha”

Kayr mengangkat kening dan angguk. Agak tergamam kerana nama-nama tersebut menarik minat Kayr. Kayr sebenarnya agak cerewet namun kali ini dia berasa senang hati

Tangannya terus menaip ke arah keyboard. Kayr berasa sangat bangga dan gembira tetapi apabila terfikir tentang Qhalisha, Kayr tiba-tiba berhenti dan termenung ke arah skrin dengan sangat lama

“Kenapa ni abang? Ada yang tak kena ke?"

“Tak ada lah.. rasa macam too good to be true, nak happy² sangat pun risau sebab result daripada Qhalisha tak dapat lagi”

“Result? Result apa pula ni?"

Kayr terus senyap dan mengelak daripada menjawab soalan tersebut. Aya hairan namun tidak mahu membesar-besarkan masalah. Perutnya tiba-tiba berbunyi membuatkan kedua-dua daripada mereka terkejut membulatkan mata

“Amboi baby, kau kecil-kecil lagi dah meminta ni nanti macam mana kalau dah besar?"

“ish! Apo cakap camtu nak buat macam mana baby dah capai tahap lapar kan sayang kan (mengusap perut dengan lembut)"

Kayr ketawa dan angguk. Kayr menutup laptopnya dan mengajak Aya bangun pergi ke bilik untuk bersiap-sedia. Setelah beberapa minit mereka beredar dari rumah

Clara dan Haqeel sedang memakan ais krim sambil menunggu matahari terbenam. Clara senyum dan banyak meluahkan perasaan kepada Haqeel manakala Haqeel tidak pernah bosan menjadi pendengar yang setia

“I rasa happy sangat sebab kita dah kembali macam mula-mula kenal dulu"

“Kalau you happy, I pun happy~ thank you sayang for give me another chance”

Clara senyum sehingga pandangannya teralih kepada sebuah kereta. Clara terhenti

“Eh itu bukan ke Kayr dengan Aya?"

Haqeel juga menoleh ke arah tersebut hanya untuk nampak Kayr sedang menolong Aya turun daripada kereta. Mereka perlahan-lahan pergi ke restoran berhampiran

“Ha ah ye la tu, rasanya gi makan biasalah mak buyong macam-macam cravingnya"

Clara ketawa akan lawak jenaka Haqeel. Haqeel kembali menumpukan perhatian kepada matahari yang hampir terbenam manakala Clara masih memandang mereka dari jauh

“Eh!"

Suara Clara yang terkejut terus membuat Haqeel berpaling ke arahnya. Clara berasa cemas dan risau begitu juga Haqeel yang risau akan Clara. Haqeel memegang bahu Clara

“Kenapa? Ada apa-apa tak kena? Ada orang ikut kita? Jom lawan”

“T--tak! bukan kita tapi... "

Haqeel membulatkan mata dan faham sangat apa yang dimaksudkan. Haqeel juga turut berpaling ke arah di mana Aya dan Kayr turun

“Sayang tunggu sini jap abang nak pergi order okay? Kalau dahaga minum air kosong tu dulu"

Aya angguk dengan faham kemudian dia ditinggalkan keseorangan di meja makan. Kayr pergi ke kaunter dan memesan beberapa makanan yang diberitahu Aya semasa dalam kereta

“Aduh aku nak terkencing la pula... erm (tengok Kayr yang masih order) Haih pergi je la"

Aya bangun dan meninggalkan tempat tersebut, nasib Kayr sempat toleh so dia tahu ke mana perginya. Kayr menggelengkan kepala dan mahu berpaling pada kaunter semula namun  terhenti dan terkejut.

“kau.. KAU LAGI!"

BERSAMBUNG

*sorry😃

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now