Hari pertama aku bukan seperti yang aku jangka.... TOTALLY NIGHTMARE!
"Staff baru awak akan dipindahkan ke tingkat atas sekali berkerja bersama ahli jawatan-jawatan besar"
Ya, di situlah di mana malam petaka bermula! Semua staff lama yang berada pada tingkat yang sama mula memberikan pandangan yang maut serta cemburu apabila mendengar announcement tersebut. Well I will got some 'fans' so soon haih.. AL KAYR!
"Selamat datang Ayasya Amirah~ Tempat awak ada kat situ mari saya tolong awak angkat barang"
Aya hanya angguk kepada staff yang berjawatan tinggi itu lalu mengikutinya dari belakang. Semua staff jawatan tinggi lain menyambut dengan mesra berbanding staff tingkat bawah tadi
"Mungkin ada hikmah juga... "
Ya lah, Time tu je happy tapi bila dia dah datang... Ha aku tahu aku mampus
"Aya masuk ke dalam bilik saya sekarang"
Arah Kayr yang memanggil aku melalui telefon pejabat yang disediakan pada setiap meja. Aya hanya mengeluh dan bangun bawa buku nota kecil untuk bersiap sedia
"Ya Tuan Kayr? Kenapa Tuan panggil saya"
"Erm tolong buatkan saya air, saya dahaga. Saya nak air nescafe sebab mata berat ni"
Amboi! Suka hati dia je nak suruh aku buat air!! Hey aku staff kat sini bukannya maid personal dia. Aya menjeling dan disergah Kayr
"Awak nak kahwin dengan saya ke jeling-jeling saya macam tu hmph boleh je nanti saya panggil tok kadi amacam?"
"Hey! Jangan nak perasan eh Tuan Kayr! Saya lebih rela Tuan potong je gaji saya daripada erghh kahwin dengan tuan? Eiwwyuuu big no"
Aya kemudian keluar pergi bilik rehat yang disediakan untuk buat air yang diminta Kayr. Aya tidak lekang mengomel tentang sikap Kayr. Setelah beberapa minit, Aya masuk semula dan menyerahkan air
"Ermm sedap air ni~ Ini bermakna saya sangat tepat dalam memilih calon isteri! Esok kita kahwin nak?"
"TAK NAK! Jangan nak mengada-ngada eh Tuan Kayr ada saya lempang kang"
"Lempang la~ saya suka saya suka!! Ya Allah rezeki apakah ini belum kahwin dah dapat sentuhan daripada bakal isteri dengan free aumm"
Gila! Aya semakin bengang lalu keluar pergi ke meja kerja semula. Aya membuat semua kerjanya dengan mengomel sepanjang hari
Staff yang lain ketawa kecil akan karenah Aya yang comel(Waktu rehat)
Aya berada di rooftop. Aya mengeluarkan bekal yang dibungkus Fathin. Aya baru nak makan tiba-tiba Kayr menyertai membawa bekal sekali. Aya terus menjeling dan naik angin
"Awak memang tak ada tempat lain ke nak makan?! Awak kan CEO pergi la makan tempat mewah sikit!"
"Tak nak~ (sambil gelojoh makan) Saya nak makan dengan awak jugaak ala kan kita nak kahwin juga nanti~ kena la Practice awal²"
Kepala hotak hang! Eeeeish sabar Aya sabar! Makan je anggap la hantu kanmt depan ni. Kau tak boleh marah dia kan tetap boss kau haih
Mereka berdua hanya senyap makan bersama. Aya makan nasi goreng manakala Kayr makan nasi berlauk. Kayr tenung kepada Aya yang sedang menikmati nasi kosong itu, lauk tak ada. Kayr terus memberikan ayam yang tidak disentuh lagi kepadanya. Aya membulatkn mata dan geleng kepala
"Tak apaaa la Tuan Kayr!! Saya boleh makan nasi kosong gini sedap je haa ambik balik"
"Makan je lah saya ikhlas nak bagi lagipun saya tak makan ayam berkuah gini and ayam tu saya tak sentuh lagi jangan risau"
Aya terdiam. Dia angguk berterima kasih dan terus makan. Selera betul Aya makan membuatkan Kayr chuckles. Eleh tak nak konon aku tengok macam dah lama terliur
"Kenapa awak accept nak kerja sini? Kerja sini kalau awak tengok overview banyak feedback tak elok pasal staff even company terbesar sekali pun... Awak yakin awak tahan? "
Aya terhenti lalu menatap Kayr. Kayr masih menumpukan perhatian terhadap makanannya. Aya kemudian memandang langit
"Sebab company ni je yang accept saya yang tersangat memerlukan bantuan ni. Ya saya ada baca feedback and sejujurnya saya takut juga tapi kalau tak hadapi macam mana kita nak tahu kan? Pengalaman tu mematangkan kita so saya nak sahut cabaran ni supaya satu hari nanti saya akhirnya dapat menyumbangkan sesuatu dekat Mak cik Fathin dan Sheera and paling penting saya nak orang-orang yang saya sayang bangga tengok saya.. terutama arwah Mama dengan Papa... "
Kayr tersedak lalu menatap Aya yang tersenyum sayu, Mungkin rindu sangat dengan arwah
"Saya minta maaf saya tak tahu"
"Takpelah Tuan Kayr saya tak kisah pun benda dah lama nak sedih pun tak elok juga kan? Diorang mesti nak saya happy"
Kayr senyum dan angguk. Aya sambung makan lalu menanyakan soalan
"Kenapa Tuan Kayr ambil saya kerja? Company dah penuh kot kalau tengok balik"
"Awak mengeluh itu hari dekat Brands Outlet masa tengah call dengan kawan awak.. Saya terdengar so disebabkan awak minta hadiah juga kalau nak jumpa awak lagi so yeah"
"Heyyy saya tak minta pun eh! Saya gurau je"
"Tiada apa-apa gurauan when it comes to you My Bijou~ Sekarang ni saya tengah nak tunggu awak kahwin dengan saya je"
Aya tersedak. Aduh mamat ni aku rasa sepanjang hari ni aku dengar kahwinnn je! Bernanah dah telinga aku penat! And Bijou? What's that dia maki aku? Ahh lantak la dia ni memang random orangnya kalau aku cakap sikit menjawab
"Awak memang suka saya rasa terhutang budi ke ha?"
"Saya memang sengaja nak awak terhutang budi dengan saya sebab suatu hari nanti akan saya tuntut and in the end kita boleh jumpa lagi buat selama-lamanya yeayyy bijak kan saya?"
"Ehhhh mana boleh! Nanti boyfriend saya marah macam mana?"
"Then the only solution is saya rampas awak dari dia supaya awak jadi hak milik saya terus"
Aya penat. Aduh Kayr ni kalau makin lama biar dia bercakap makin mengarut. Aya sambung tunduk kepalanya dan makan
"Elelele blushing la tu ha ni baru sikit tau~ ada banyak lagi senanye yang saya kumpul"
Aya menjeling sudah siap mahu beredar. Kayr terus mempercepatkan aksinya untuk ikut Aya dari belakang. Tanpa sedari kelakuan mereka telah diawasi oleh 3 diva officemate. 3 diva perempuan itu cemburu
"Kita penat-penat tunjuk effort kot nak ambik perhatian Tuan Kayr!"
"Entahh betina tu senang-senang rampas gitu je eeee geram nya!"
Seorang daripada mereka diam malah tersenyum sinis. Dia menyilangkan tangan lalu berkata kepada rakan-rakannya
"Dia mula dulu kan? So kita cipta ending dia"
"Hahh?!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...