Terkejut beruk melihat kelibat Haqeel yang sudah datang untuk memulakan kerja. Kayr tenung Haqeel dan melihat atas bawah serta menelan air liur
“Kau ni kalau aku kena serangan jantung macam mana?"
Haqeel menggarukan kepala yang tidak gatal dengan janggal. Aya ketawa kecil dan bangun untuk menghidangkan air untuk Haqeel
“Kau tetap jadi bodyguard dia, kalau jadi apa-apa senang kau nak backup aku”
Haqeel angguk dan duduk bersama mereka di meja makan tersebut. Aya meletakkan air lalu memandang Kayr.
“Semalam saya ada beli beddings and some of cenderamata sikit, ingatke nak bagi ibu satu so nak tanya abang bila kita nak balik rumah ibu pula ya?"
Kayr tenung Aya dengan lembut. Sayang betul dia dekat ibu even ibu aku tu benci sangat dengan dia. Kayr senyum dan mengusap pipi Aya sekali lagi
“Nanti, biar dah lama sikit kita kahwin.. kita pergi ya sayang? Abang bukan apa.. nanti takut dia memberontak lagi macam last time”
Aya senyum dan angguk. Mereka saling menatap serta mengusap tangan masing-masing. Haqeel yang sedang sarapan itu memandang dengan pandangan yang meluat
“Hormat sikit yang single ni"
Aya dan Kayr memandang Haqeel kemudian memandang satu sama lain. Mereka ketawa dengan kecil lalu menyertai Haqeel makan biskut yang diberi Fathin sebagai hadiah kahwin itu
“Ha so disebabkan abang dah cuti lama ni~ saya boleh laksanakan wish list saya hehehe. Hari ni kita akan buat roti kacang untuk jiran sebagai tanda kasih sayang kepada mereka boleh?"
“Boleh jee sayanggg, nanti kita pergi beli barang-barang dapur sekali ya?"
Aya angguk dengan teruja. Aya kemudian pergi masuk ke dalam bilik dan mula bersiap, Kayr senyum lalu memandang Haqeel yang masih menikmati makanan
“Nanti rumput kat depan-depan rumah jangan lupa potong, pastu superbike aku dah lama aku tak basuh.. Tolong basuhkan and jaga rumah ni elok-elok jangan kasi orang pecah masuk”
“Baik tuan! Oh ya tuan semalam saya lupa nak bagi ni"
Haqeel mengeluarkan penanda buku yang tercicir oleh Aya semasa mereka mengemas bilik dan menyusun beddings semalam.
“Aya dia nak bagi ni dekat tuan masa kitorang Shopping semalam tapi tak sedar la tu tercicir"
Kayr ambil terus senyum. Dia tak pernah lupa dan give up dengan minat aku. Sentiasa support, itulah membuatkan aku sayang sangat dengan dia. Kayr kemudian pergi ke satu bilik mengambil satu buku dan meletakkan penanda tersebut
“Handsock ada, tudung labuh, baju besar.. stokin mana stokin?"
“Errr hehehe jap nak gi ambil lupaa"
Kayr menggelengkan kepala. Aya terus pecut masuk ke dalam rumah untuk cari stokin manakala Haqeel menundukkan hormat kepada Kayr.
“Ingat pesan aku, kalau jadi pape siap kau aku kerjakan"
Haqeel angguk dengan gugup. Tepat pada waktu Aya sudah siap memakai stokin. Kayr membuka pintu kepada Aya kemudian pergi ke tempatnya. Mereka beredar menuju ke pasaraya berhampiran
Khusyuk betul Aya melihat list dalam telefon sehingga jika dia mahu sesuatu, dia hanya tunjuk selebihnya Kayr akan ambil dan cari dengan kalut.
“Kejap eh abang saya nak pergi pilih ikan dengan daging, tunggu sini"
Kayr angguk kemudian mula tunggu isterinya di ruang berhampiran dengan kawasan coklat itu, ambil masa juga si Aya ni pilih... baik aku jalan-jalan dulu. Kayr menolak troli pergi ke kawasan coklat
Rambang mata melihat coklat di pasaraya tersebut semuanya kelihatan enak. Kayr tidak menggerakkan diri untuk mengambil sebarang coklat sehinggalah satu coklat telah menarik perhatian dia. Matanya bersinar membuatkan dia terus lari untuk mengenggam coklat tersebut namun...
“Ishh ini saya punya! Abang pergi lah ambik yang lain"
Seorang budak lelaki juga mahukan coklat tersebut. Kayr memberikan pandangan yang maut dan tidak mahu mengalah. Dia menarik coklat tersebut dengan bersungguh-sungguh
“Eishh ni saya punya!"
“Apahal kau punya pulak?! Ada tulis nama kau kat sini? dah pergi main jauh-jauh"
Mereka menjeling satu sama lain dan membuat keputusan untuk meneruskan rebutan. Kayr menarik ke arahnya manakala budak itu juga menarik ke arahnya
“Eh budak kau bagi je lah aku, lebihkan yang tua kurangkan yang muda takkan itu pun mak kau tak ajar?"
“Aik macam salah je pepatah tu.. ah! tak kira ni saya punya la abang! bagi saya"
“Tak boleh!"
“boleh!"
Maka, perbalahan masih diteruskan sehinggalah Aya yang gelabah akhirnya jumpa di mana Kayr berada. Aya menghampiri mereka dan menyilang tangan. Kening terangkat
“Haih, korang buat apa ni?"
“Eihh dia ni ha nak ambik coklat saya!" - Kayr dan budak kecil itu
Aya mengeluh dengan pasrah. Dia menampar dahinya dengan perlahan kemudian...
Kayr dan Aya hanya melihat kelibat anak kecil itu yang gembira beredar sambil memegang coklat yang diingini
“Tapi abang yang pegang coklat tu dulu... "
Sambil meraba-raba telinga kanannya yang dicubit Aya sebentar tadi, Kayr juga memuncungkan bibir tidak puas hati
“Abang, abang tu dah besar. Takkan dengan budak-budak pun nak gaduh? Dahh pergi cari coklat lain cepat, nak bayar dah ni pastu balik ni nak start baking pula”
Kayr angguk dengan perlahan-lahan. Selepas membeli-belah dengan sakan, mereka balik ke rumah dengan perasaan tidak sabar untuk mula memasak
Sebelum tiba di rumah, Kayr menyinggah di stesen minyak. Aya memberitahu bahawa dia mahu pergi ke tandas. Kayr angguk dan memberitahu dia akan sentiasa menunggu di dalam kereta lagipun minyak kereta tak diisi lagi
(Beberapa minit kemudian)
Aya membasuh tangan dan siap untuk ke kereta. Mood tengah elok untuk pergi ke kereta tiba-tiba Aya ditarik dan ditolak rapat ke dinding. Aya mahu menjerit namun terhenti apabila pisau ditujukan ke tekak
“Baik kau bagitahu, mana aset tu!”
Aya yang gelisah tiba-tiba menjadi terkaku dan diam apabila mendengar lelaki yang menahannya berkata pasal ‘aset'
(Flashback)
Aya melihat Alysa yang sangat sibuk menghadap komputer riba daripada pagi. Aya terus tanya Alysa dengan hairan
“Mama buat apa tu? Kenapa mama tengok laptop tu lama sangat? Dari pagi.. mama tak nak layan Aya ke?”
“(menoleh ke arah Aya dan senyum) mama tengah buat kerja ni sayang, nak uruskan aset kerja sikit lagipun semua ni untuk kamu juga~ Orang dah bagi amanah yang berharga macam ni kat kita, kita kena hargainya~ Nanti jaga elok-elok tau? kalau Aya susah.. Aya guna je benda ni ya?”
Aya angguk walaupun tak tahu apa yang dimaksudkan. Aya melihat ke arah lubang yang boleh cucuk pendrive. Warna yang sangat menarik...
(End Flashback)
“An--anting-anting aku!!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...