Kayr menyorok di belakang dinding memerhati dengan senyap seorang wanita dan lelaki yang pernah dia berjumpa sebelum ini. Mereka berdua ada di tempat yang gelap
"You bila nak bagitahu dia!!"
Lelaki itu memusing menghadap Kayr. Kayr terus terkejut dan mundur sedikit. Kayr mengenggam tangan dengan geram. ZARIF KAU MEMANG BANGSAT!
"Ala sabarlah... I tak bersedia lagi sebab you pun tau dia tu lembab semacam nanti menangis macam orang gila tak nye nanti I kena ugut?"
"Ya lah² ! Tapi janji eh sebab i dah tak tahan.. You milik i kita dah bersama dah pun"
Zarif angguk kepada Dania yang memeluk leher Zarif. Zarif kemudian mengucup dahi Dania terus mencium bibirnya. Kayr tidak tahan lagi, dia menyerang secara mengejut
"EH KAU SIAPA NAK-- KAU?!"
"KAU DAH GILA KE HA?! KAU TAK KESIAN KE DEKAT AYA?! EH AYA TU TIAP-TIAP HARI LAH TUNGGU KAU CUBA SETIA DENGAN KAU!"
Kayr menumbuk sekali lagi sambil menahan air mata. Melihat Aya diperbodohkan serta disakitkan seperti ini ialah mimpi buruk buatnya. Aku tak kira, kebahagiaan Aya tetap menjadi keutamaan aku!
"DIA TU LEMBAB LA BODOH! AKU TAK SUKA DIA! DIA TAK MENARIK LAGI, SEKARANG MAKIN LAMA MAKIN BERTUTUP!"
"Entah, dulu dia bukannya baik sangat budak nakal juga kat sekolah tiba-tiba bertutup dasar munafik"
Kayr kecewa dan geram terus menampar Dania dengan kuat. Dania memegang pipinya dengan marah. Dania cuba nak lawan balik Kayr namun ditahan Zarif. Zarif menjeling dan memberitahu agar membiarkan si gila tak guna
"Kalau dia jahat dulu pun at least dia berubah. Dia wanita yang sempurna buat aku! Bukan macam korang dah tahu jahat buat jahat lagi, korang maksiat depan Allah seriously?! Patutlah maruah kau takkan kekal berada dekat atas sebab yang layak dekat sini (tunjuk kaki)"
Kayr mahu pergi. Zarif mahu membalas dengan pukul di belakang namun Kayr sempat menoleh dan memberikan pandangan yang maut
"Sekali lagi aku dengar korang keluar something buruk pasal Aya dengan mulut longkang korang tu, aku tak teragak-agak nak bunuh korang la.. Eh pergi bertaubat Allah tu Maha Pengampun lahanat!"
"And kau Zarif, lebih baik kau putuskan hubungan kau dengan Aya secepat mungkin. Sudahlah sakitkan hati orang ingat, kifarah tu wujud"
Kayr beredar dengan bengang. Zarif juga bengang lalu dia menyepak tong sampah yang tersedia. Dania cuba memujuk dengan memeluk dan mengusap pipi Zarif. Dania turut menjeling ke arah jalan yang Kayr pergi tadi
(Hari sukan tiba)
Aya melihat sekeliling stadium, tempat hari sukaneka syarikat berlangsung. Aya mencari ahli kumpulan yang disenaraikan
"Maya... Kasih... Fazliana.... oh tu pun nama aku!"
Aya tick kehadiran pada kertas tersebut. Senyumannya pudar dan terkejut apabila membaca nama Zarif, boyfriendnya itu
"WAIT?! DIA PUN KERJA OFFICE KE?! AND JOIN THIS SUKANEKA?! Wehh macam mana boleh jadi macam ni dah la group dengan aku"
"Hai awak Aya ye? Saya Maya dari HTK HQ, Kasih dan Fazliana pun dari HTK HQ selamat berkenalan"
Aya menoleh ke arah mereka dan bersalaman dengan janggal. Aya masih tidak percaya, dia tahu syarikat lagi akan menyertai sekali namun dia tidak pernah tahu teman lelakinya kerja dalam office juga
"Dia cakap dia tak kerja hari tu... "
Aya hanya mengomel dalam hati. Selama ni dia tak pernah jujur dengan aku walau apa pun topiknya. Dia tidak mahu berjumpa Zarif, dia masih mahu melupakan apa yang terjadi. Curang depan aku... sakit!
"Hai is this group G? I'm Zarif from GGH HQ"
Dia dah datang. Suara yang paling aku benci setakat ni. Mereka semua menoleh ke arah Zarif. Zarif terkejut kerana Aya berdiri di depannya. Aik! Aku dah check banyak kali nama Aya tak ada dalam event ni kalau ikutkan!
"Oh hi!! Okay Finally group kita cukup! Jom lah ke padang sekarang"
Ucap Kasih. Kami semua hanya angguk dengan setuju. Aya dan Zarif jalan berdua dari belakang manakala mereka menuju ke hadapan. Mereka tunggu di khemah
"You dah lama tak text I... you busy dengan kerja ni ke?"
Aya tanya dengan dingin. Aku nak dengar sejauh mana kau tipu aku lagi. Bila ingat balik.. Syarikat Zarif kerja ni sebahagian milik Dania. Huh, You want her so bad because she's rich huh? Takpe kau nak main sangat kan jom
"Kita kan dah nak kahwin sayang.. I nak susah sorang-sorang sebab tu tak bagitahu you"
Aya angguk. Hahaha lawak. Aya hanya senyum dengan paksa. Zarif juga tersenyum dan waktu itu kumpulan Kayr datang tepat pada waktu duduk di sebelah kumpulan kami
Kayr menjadi dingin dan menjeling maut kepada Zarif. Zarif juga menjeling maut kepada Kayr. Aya yang duduk di tengah terasa dikepit. Apa ni? Asal panas semacam
"Eh! tu parut apa dekat muka you tu?"
"Oh ni? (jeling Kayr) jangan risau lah I jatuh motor 2 minggu lepas ni pun dah baik kenapa? You kisah dekat i ke alololo sweetnya you"
Aya ketawa kecil lalu mencubit dengan lembut kepada Zarif. Zarif hanya senyum sinis sambil menjeling ke arah Kayr. You're not my level Zarif, aku tak jeles la dengan kaki maksiat macam kau
Permainan berlangsung dengan pantas. Permainan pertama ialah badminton, pasukan Kayr dan Aya lawan satu sama lain. Badminton secara berpasukan tetapi ahli perlu lelaki perempuan. Menunjukkan Aya bersama Zarif. Kayr bersama seorang daripada ahli kumpulannya.
"Tapi sepanjang main ni... aku tak pernah dapat bunga tangkis tu... Zarif tak bagi langsung aku peluang "
bisik hati Aya. Aya agak marah namun sedih. Aya berasa tidak semangat lagi. Kayr sedar mengubah posisi, bunga tangkis akhirnya menghala ke Aya. Aya terkejut namun berjaya membalas dan menaikkan markah. Aya dan Kayr pandang satu sama lain lalu Aya tersenyum.
"Kayr... He always know"
Aya ketawa kecil lalu mereka berganjak ke game yang seterusnya. Olahraga 100m×4. Aya menjadi orang ketiga yang berlari manakala Zarif orang yang ke-4. Aya agak lemah dalam berlari, akhirnya ditinggalkan dari semua kumpulan. Permainan akhir tamat dengan kumpulan Kayr meraih tempat pertama
"BONGOK LA ASAL KAU LEMBAB SANGAT?"
Tanpa ada rasa kesal, dia marah aku depan orang ramai. Zarif kemudian menengking buat kali terakhir dan akhirnya keluar dari padang. Aya hanya berdiri sambil mengenggam baju dan tangan. Dia mahu menangis, dia malu namun seseorang yang menghampirinya lalu berdiri di hadapannya itu membuatkan dia mendongakkan kepala kembali. Al Kayr... Al Kayr memakaikan aku medal yang dimenanginya lalu tersenyum
"Tak kesah team yang mana pun menang, tapi yang aku tahu... kau menang hati aku tanpa kau bertanding"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...