Chapter 10

170 14 2
                                    

Kayr masih menulis dengan tekun sehinggalah ayahnya masuk ke dalam bilik membawa file dokumen kerja yang ingin dibincangkan
Cepat-cepat Kayr menutup laptop

"Kamu buat apa tu Kayr?"

"Ta--tak ada apa lah ayah hahahha... Ayah kenapa datang bilik Kayr ni"

Ayahnya tahu akan gerak-geri Kayr. Ayahnya menghembuskan nafas lalu mengunci pintu. Ayahnya duduk di atas katil

"Kamu yakin kamu nak teruskan hobi kamu tu? Kamu betul-betul yakin untuk tidak lari lagi?"

Kayr menjadi serious lalu angguk dengan perlahan-lahan. Ayahnya senyum dan menghampiri Kayr

"Ayah tak kesah Kayr... dari kecil lagi Ayah tak pernah halang cumanya ibu kamu la masih tak boleh terima"

"Kayr masih tak faham apa maksud ibu, Kenapa ibu obses sangat nak atur hidup Kayr?"

"Sebab dia sayangkan kamu, sebab dia takut bahawa dia akan berada di bawah sekali lagi.. ibu kamu tu tewas dengan perasaan dengki (senyum) Nanti kamu faham dan tahu la suatu hari nanti, ayah tak nak ulang dan ingat balik sejarah tu"

Faham, sesuatu yang besar mungkin berlaku di antara ibu dan ayah. Mungkin bukan sampai masa lagi untuk aku tahu cerita sebenar

"Kamu tulis pasal apa tu?"

"Ha? oh... pasal seseorang yang bawa sinaran dalam hidup Kayr (senyum) bermula dari Kayr kecil sehinggalah orang yang hadir saat besar kedabak macam gini hehe"

"Woah banyaknya~ kamu ni senang sangat jatuh cinta ya hahaha"

Bukan senang jatuh cinta.. cuma bila aku berada dekat dengan ketiga-tiga orang yang aku tulis dalam novel aku ni... aku rasa tenang, aku rasa percaya bunga yang layu boleh hidup kembali

Kenapa tiga? well to be honest mula-mula aku jatuh cinta waktu aku umur 4 tahun di mana ayah hantar aku di sebuah taska khas... hanya budak perempuan tu yang berani mendekati aku

Kedua? Waktu aku solat subuh di masjid bersama Hamzah dan Perry... Gadis berpurdah itu masih nyaring di kepala aku

Dan terakhir... Ayasya Amirah. Orangnya biasa tapi dia buat aku ingin memilikinya. Aku ingin menjaga dia senang cerita aku ingin menjadi perisainya!

"Takpelah asal kamu bahagia Kayr. Ayah harap kamu jumpa balik jalan yang telah hilang sebelum ni"

"Terima kasih Ayah~"

Ayahnya baru sahaja nak keluar namun terhenti dan menoleh ke arahnya semula

"Oh kamu ambil sorang pekerja baru ya masuk ke syarikat kita? Kamu pasti tak nak Interview dia? Bukan apa ayah nak tahu dia tu ada kemahiran apa je sebab company kita tak pernah lari track Kayr.. Kalau jatuh sikit memang bising ibu kamu tu"

"Hahahaha tak ada apa lah ayah~ Jangan risau Kayr percaya... Kayr pilih orang yang tepat hehehe"

Ayahnya senyum. Ayahnya angguk dan keluar dari bilik tidurnya. Kayr mula menggelengkan kepala lalu terus meneruskan menulis

---

Aya menghembuskan nafas dengan gementar sambil tenung ke sebuah bangunan tinggi dan besar dikenali ramai orang. Company ini terkenal kerana menghasilkan pelbagai jenis pasaraya yang telah menyumbangkan pelbagai sektor kepada kerajaan. Ya, tak lain tak bukan RHM HQ.

"Okay Aya... Kau boleh Aya, Kau boleh!!"

Aya cuba meyakinkan dirinya lalu masuk ke arah pintu. Aya berjalan ke arah kaunter pertanyaan lalu memberikan keterangan dengan lebih lanjut. Pekerja bertugas senyum dan bangun membawa Aya ke tingkat yang ditulis

Mereka masuk ke dalam lift yang kosong, Lift itu menghadap pintu. Pekerja perempuan baru sahaja mahu menutup namun disergah seorang lelaki

"Oh! Encik Perry saya minta maaf"

"Tak apa-tak apa, (toleh ke arah seseorang) Tuan sila masuk dulu"

Aya hanya menanti orang yang dimaksudkan Perry. Siapa ya sebelah dia tak nampak perempuan depan aku ni tinggi sangat. Seseorang itu masuk membuatkan Aya terkejut, WHAT?! APA DIA BUAT KAT SINI

"Selamat pagi Tuan Al Kayr"

Kata pekerja bertugas menundukkan hormat kepada Kayr. Pekerja bertugas menoleh ke belakang dan menyuruh Aya ikut sekali kerana Kayr adalah CEO company tersebut. WHAT?! we--weh! Apa dah terjadi ni bukan dia cakap dia owner kedai runcit je ke?!!

"Eh Perry, kau dah suruh guard buat kerja ke belum?"

"Ha? Kenapa tuan cakap macam tu?"

"Tak adalah ni macam mana ada budak merayau-rayau kat dalam lift ni? Kesian dia adik hilang mak bapak ke?"

AL KAYR KAU MEMANG CARI NAHAS! KAU NAK KATA AKU PENDEK KAN EEE GERAM LA AKU! Aya hanya menjeling lalu menyilangkan tangan. Kayr hanya ketawa namun yang lain masih serious

"Welcome to the company Ayasya Amirah"

Aya menoleh ke arah Kayr dengan terkejut. Macam mana dia tahu nama aku?! Aku tak ada cakap apa pun semalam! Ha!! Tah tah dia stalk aku!! Aya terus mengalihkan pandangan nya dan menutup muka dengan file, juga menutup badannya kerana scary

"Hahahaha awak jangan risau saya ni tak hingin nak buat apa-apa yang menakutkan dekat awak"

"Saya tak cakap apa-apa pun"

bisik Aya secara perlahan. Namun Kayr telinga lintah dah masih lagi boleh dengar. Dia hanya chuckles. Perry dan pekerja bertugas hanya berdahak tak tahu drama apa yang mereka tengok

"Macam mana? Awak suka tak hadiah saya? Awak kata kalau nak jumpa awak lagi kena bagi hadiah so taaadaaa"

"Apa ke buang tebiat awak ni bila masa saya caka--- wait.. KAYR AWAK KE YANG MAIN SERAP SAYA MASUK DALAM COMPANY NI?!"

Kayr berdahak lalu mengukirkan senyuman sambil menyilangkan tangannya dengan bangga. Dia angguk dengan teruja. Aya terus ternganga. GILO BABI DIO NI! Aku tak serious pun pasal hadiah tu tiba-tiba sekali hmph mendapat kerja satu company. Aya mengeluh dengan pasrah

"Takpelah Ayasya~ Anggap je la ni rezeki awak lagipun bukan senang-senang saya nak ambik orang kerja tau"

Aya angguk je la dengan pasrah dan akhirnya sampai ke tingkat yang dituju. Pekerja bertugas dan Aya menundukkan hormat kali terakhir sebelum meninggalkan lift

"Cey suka tu cakap je la" - Perry

"Dah cakap tapi susah nak ambik hati bunga yang satu ni... Aku kena kerja keras sikit kot?"

Perry pun agak terkejut mendengar luahan Kayr. Seriouslah susah? Wow ini kali pertama aku dengar perempuan reject Tuan Al Kayr aku... Impresif~ lain dari yang lain patutlah perangai Al Kayr berubah. Perry menggelengkan kepala lalu mereka sampai di office masing-masing. Kerja diteruskan

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now