Chapter 15

127 11 0
                                    

Kayr masuk ke dalam bilik tidurnya dan kunci. Kayr menghembuskan nafas dengan berat lalu mencapai headphone miliknya, Kayr memasang lagu dengan kuat. Setelah beberapa minit Kayr mengeluarkan painting holder miliknya dan juga alat-alat lukis yang lain. Kayr menghembuskan nafas sekali lagi lalu mula melukis seorang manusia yang tidak diwarnai di dalamnya

Kayr mengambil pisau lalu mengoyakkan di bahagian yang sepatutnya iaitu bahagian lubuk hati. Kayr mengambil benang merah dan menyulamkan sekelilingnya. Kayr mewarnai gambar tersebut dengan alunan yang lembut. Kayr mengakhiri lukisan setelah beberapa jam dengan menulis quote di atasnya

"It's hard for me to explain, so i kept it quiet"

Lama Kayr tenung hasil seni tangannya itu, itulah perasaan yang lama sudah dia mahu mengungkap namun tiada siapa yang akan sanggup memahaminya, Selang beberapa saat pintunya diketuk oleh ayah
Kayr membuka pintu dan memberikan laluan kepada ayah. Kayr mengunci semula apabila ayah sudah berada di atas katil

"Cantik lukisan kamu ni Kayr! Kamu memang ada bakat.. Kamu memang berbakat... Macam 'dia' "

"Boleh ayah bagitahu siapa 'dia' yang ayah dan ibu maksudkan tu?"

Ayahnya duduk dengan tegak lalu senyum. Ayahnya menarik nafas dan mula menceritakan sedikit sebanyak akan 'dia'

"Kalau nak cakap pasal cinta pertama.. bukan lah dari ibu yang kini bernafas elok di sisi ku tetapi cinta aku datang dari 'dia'. Dia ialah cinta pertama ku... Dia lah Alysa Abisha. Ayah diamanahkan untuk menjadi perisainya sewaktu ketika dahulu, ayah jatuh cinta dengannya akan sifatnya yang periang juga berbakat dalam apa jua sekali pun. Dia sangat minat akan seni... Katanya hanya seni yang mampu menenangkan diri daripada semua masalah yang membunuh diri. Dia sangat sempurna membuatkan ibu kamu tewas dengan perasaan dengki astaraghfirullah. Tapi qada' dan qadr' kita kena terima kan? Kalau waktu tu memang ajal dia tetap ajal dia"

Kayr angguk dengan sangat faham kali ini. Begitu rupanya rumusan cerita mereka. Aku harap suatu hari nanti sebagai anak, aku dapat tahu dengan sepenuhnya. Mungkin sebab itu lah ayah kerap berpesan agar dapat mencari dan mempertahankan hak aku dengan kuat. Dia tak nak sejarah berulang lagi... Mungkin ada sebab kenapa dia tidak dapat kahwin dengan cinta pertamanya kan?

"Alysa cinta pertama ayah berada di mana sekarang? Ayah tahu?"

Ayah Kayr hanya menggelengkan kepala dengan senyuman, mahu beredar dari bilik. Sebelum itu dia menepuk bahu Kayr dan berpesan

"Ingat, suatu hari nanti jaga 'bunga' yang dipilih elok-elok. Jangan ada atau tanamkan sifat ragu-ragu dalam hal itu. Itu dah memang amanah darah daging kita sejak dulu lagi"

Aku sangat faham akan maksud ayah. Aku hanya mengangguk, ayah akhirnya meninggalkan aku keseorangan. Ayah, alangkah kau tahu aku sedang melaksanakan amanah kau, aku tidak mahu ragu-ragu atau gurauan atas bunga ini. The moment bunga ini muncul dalam hidup aku, aku tahu aku harus serta merta menjadi perisainya

Kayr senyum lalu mula mengemas semula semua peralatan seni yang dikeluarkan. Kalau ibu tahu mati aku, aku memang yakin tapi aku masih takut untuk menghadapinya. Baik aku sorok dulu nanti dah tiba masa aku bagitahu ibu semula

---

Aya hanya tenung dengan sayu pada komputer riba di office tersebut. Aya mengeluh dan tidak dapat berhenti berfikir tentang Zarif dan Dania.

Kenapa diorang buat aku macam ni? Apa salah aku? Aku percayakan diorang, kenapa diorang sanggup buat aku macam ni? Aya kelihatan sangat lesu dan kosong waktu itu.

“Aya sila datang ke office saya sekarang”

Aya menoleh ke arah phone pejabat itu. Aya mengeluh dan bangun pergi ke bilik rehat untuk menyiapkan air buat Kayr. Macam biasalah dia ni selalu nak menyusahkan aku

Sesudah sahaja buat, Aya bawa air itu pergi ke bilik Kayr dan letak dengan muka yang monyok. Kayr yang fokus ke arah laptopnya mengerling sedikit ke arah Aya dan sedar akan reaksi mukanya

“Awak okay? kenapa nampak gloomy semacam ni"

“Erm tak ada apa lah... Ni Tuan Kayr ada apa-apa lagi ke nak minta tolong”

Kayr menggelengkan kepala membuatkan Aya angguk dan mahu keluar. Kayr musykil lalu menahan Aya daripada keluar. Aya mendongak ke arah Kayr yang tiba-tiba bangun dan berdiri di hadapannya

“Tolong saya boleh?”

“Haih tolong apa pula ni Tuan Kayr? Nak air lagi ke?"

Kayr senyum lalu pergi ke arah laci khasnya. Kayr mencapai tablet dan memberikan kepada Aya. Kayr membawa Aya duduk di atas sofa yang disediakan pada biliknya itu

“Saya ada lukis beberapa emotion semalam, boleh tolong pilih yang mana cantik tak”

“(pandang tablet tersebut lalu pandang Kayr dengan pandangan pelik) Awak nak buat apa pulak ni Tuan Kayr?"

“Alah ada lah lagipun ni kerja paling senang saya nak bagi.. Kalau tak saya nak awak tolong kahwin---"

Aya terus berdahak lalu membuka tablet itu dengan gelabah membuatkan Kayr ketawa kecil. Kayr bangun pergi ke tempat duduknya semula. Kayr mula fokus membuatkan Aya mengerling sedikit ke arah Kayr

“Hensem juga dia duduk macam tu... Lukisan dia semua kat sini pun cantik"

Bisik hati Aya, jujur dia memang ada pakej semua wanita akan cair namun aku tetap dengan pendirian aku, takkan berkahwin or jatuh cinta dengan dia sebab aku ngan Zarif dah janji nak hidup sama-sama

“Dah kenapa tenung saya macam tu? Hensem sangat ke saya sampai nak pilih gambar pun awak terganggu”

Aya menjeling lalu meneruskan kerjanya dengan tenang. Kayr ketawa kecil, suka mengusik si Aya yang comel itu. Kayr menggelengkan kepala lalu melihat ke arah jam tangannya

“Lepas pilih gambar tu awak busy tak?"

“Erm kerja saya dah siap, kenapa tu Tuan Kayr?"

Kayr angguk lalu meneruskan menaip di komputer riba. Tepat pada waktu Aya siap memilih, Kayr juga menutup komputer ribanya lalu bangun. Kayr mengambil tablet itu dan melihat gambar yang dipilih Aya. Kayr angguk

“Okay nice now ikut saya"

“Ha? I--ikut pergi mana pulak dah?"

“Alah ikut je, bukannya awak ada kerja dah pun. Jangan risau saya tak buat benda pelik-pelik"

Aya tenung Kayr yang serious. Aya menelan air liur dan angguk perlahan-lahan. Kayr senyum dan keluar pergi ke arah lift, Aya Tergedek-gedek ikut dari belakang

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now