Ibu Clara masih lagi berdukacita di rumah atas pemergian suaminya, Ibu Clara tidak makan mahupun minum selepas beberapa minggu kejadian tersebut sehinggalah seseorang masuk ke rumahnya dan mendekati
Ibu Clara mengangkat kepala dengan penat untuk memandang ke arah seseorang yang berdiri di hadapannya. Ibu Clara membulatkan mata kerana Erysa membawa pisau di tangan
“TOLONG!! JANGAN BUNUH SAYA PUAN! TOLONG SAYA MERAYU!"
Sambil menangis dan meminta ampun ibu Clara merayu kepada Erysa yang smirked. Erysa melutut paras Ibu Clara yang sedang berada di lantai kemudian mendongakkan dagunya
“Kalau macam tu... you have to pay for what your daughter did... Kalau aku dapat apa aku nak, kau baru boleh dilepaskan deal?”
Ibu Clara terkaku dan terkejut. Matanya membulat manakala Erysa ketawa dengan sangat jahat. Ibu Clara menggenggam tangan dan dengan nekad untuk menyelamatkan diri. Ibu Clara angguk membuatkan Erysa gembira. Erysa menunjuk ke arah ibu Clara kepada bodyguard peribadinya untuk bawa masuk ke dalam kereta
Selepas beberapa hari, ibu Clara diberikan pistol dan akan di gendong oleh bodyguard peribadi Erysa menggunakan motorbike untuk membunuh seseorang. Setelah sampai di sebelah kereta tersebut, Ibu Clara menarik nafas dengan sangat dalam
“Tembak sekali haru je, aku tak nak tinggal jejak faham?"
Ibu Clara angguk dengan perlahan dan mulakan operasinya
“You cakap apa ni sa--" - Haqeel
*BANG BANG BANG
Setelah melepaskan tembakan, Motorbike itu lari membawa diri. Haqeel ditembak di kepalanya membuatkan Clara terkaku. Semua pemandu turun daripada kereta dan menolong Clara akan situasi yang terjadi.
Ambulan tiba dan menutup mayat Haqeel yang ditembak secara tiba-tiba. Clara menakungkan air mata sambil menggenggam tangan. Clara terus beredar pergi ke suatu tempat
Clara melulu masuk ke pejabat kongsi gelap milik Erysa. Clara ditahan dan dipegang oleh bodyguard sekeliling daripada menyerang Erysa yang terduduk elok atas kerusinya
“APA YANG KAU TAK PUAS HATI DENGAN AKU SIAL! KEMBALIKAN HAQEEL! KENAPA KAU BUAT AKU DAN KELUARGA AKU MACAM NI!”
“Aku dah cakap... aku boleh bunuh kau dengan pelbagai cara so (smirked) pandai-pandai la survive dengan cara hidup gini kau yang nak sangat kan? Takziah for your boyfriend "
Clara menangis dan masih meronta-ronta untuk membelasah Erysa yang sangat kejam. Clara berasa sangat lemah dan marah akan pemergian Haqeel. Haqeel je aku ada! Haqeel je yang selalu di sisi aku kenapa kau perlu ambik dia!! Clara rebah dan menangis di lantai
Erysa smirked lagi dan bangun menghampiri Clara. Erysa berbisik kepada Clara dengan nada suara yang sangat menyakiti hati
“Sudah lah berharap dengan orang yang dah mati.... tengok? ada dia tunaikan janji dia? Tak ada kan? (smirked) so cuba kau fikir balik... semua ni takkan terjadi kalau tak adanya pemusnah.. kau nak tau siapa? Kalau tak ada si Aya tu... tak adanya aku buat semua ni kan? lagipun Haqeel tu kan bekerja dengan Aya... so aku rasa Aya ni pemberi masalah la dalam golongan macam kita ye dok gitu?”
Clara termenung lalu terkedu. Betul juga apa yang Erysa cakap, selama ni tak ada Aya... aku je yang kena! semenjak ada Aya, semua orang sekeliling aku kena and even aku pun sekali terikut! AYA PERAMPAS SEGALA-GALANYA! HIDUP AYA BAIK BAIK DAH LA HAQEEL AKU KENA LINDUNGI DIA LIKE WTF?! AKU BENCI DIA!
“Aku nak bunuh dia.... AKU NAK BUNUH DIA!! AKU NAK DIA RASA APA HAQEEL AKU RASA”
Erysa ketawa dengan jahat dan angguk. Erysa mengusap bahu Clara untuk memujuknya daripada menangis. Erysa memandang bodyguard dan berkata
“Sediakan semuanya, kita dah boleh mula sekarang"
“Baik Puan!”
-
Kaca dipecahkan oleh Tarmizi yang berada di rumah. Bibik belari ke arah Tarmizi dan terus membersihkan apa yang patut. Jantung Tarmizi tiba-tiba berdegup dengan laju. Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni? Kenapa aku rasa perasaan risau mengusai diri aku? Aku perlu telefon Kayr ni, aku yakin ada sesuatu tak kena
“Angkat la Kayr... ayah perlu cakap dengan kamu... ”
Sementara itu, Kayr bersama-sama dengan penerbit bukunya berada di luar kedai buku. Mereka saling tersenyum dan memegang buku novel yang ditulis Kayr di tangan
“Tahniah atas karya pertama kamu, saya harap dengan karya ni dalat membantu pasangan luar sana untuk berasa kebahagiaan dalam sesuatu hubungan tu sentiasa mekar antara satu sama lain. Bagus karya kamu ni Kayr, semuanya mengajar kita untuk kekal senyum dan percaya memori bahagia akan sentiasa mengejar kita”
“Terima kasih cik, semuanya takkan terhasil dengan bantuan cik juga dan of course bini saya hehe. Kalau saya tak jumpa bini saya, saya rasa... saya takkan tulis apa yang terjadi dalam hidup saya ni.. takkan terluah semua yang saya simpan dalam hati ni. Dia pun tak sabar nak baca novel kami, kalau ikutkan nak bagi dia baca waktu edit dulu tapi ye lah ada masalah sikit so kena tunggu buku ni terbit dulu la hahaha tapi alhamdulillah dah terbit balik ni boleh saya bagi dia”
Kayr dan penerbit angguk dengan senyuman. Mereka ketawa sambil melihat ke sudut di mana buku Kayr terpampang. Telefonnya yang berulang-ulang kali bergetar di belakang poket membuatkan dirinya hairan. Biasanya Aya takkan call aku kalau dia dengan family dia
“Lah ayah rupanya... jap cik saya nak jawab panggilan ni sebentar"
Penerbit angguk dan meninggalkan Kayr keseorangan. Kayr menarik nafas lalu mengangkat panggilan tersebut setelah beberapa saat
“Hello assalamualaikum ayah, kenapa call Kayr banyak kali ni? Ayah ada masalah ke?"
“Waalaikumussalam tak... tak ada lah bukan apa.. tapi ayah nak tanya sikit, Aya sekarang dekat mana ya?"
“Oh dia ada dekat airport hantar sepupu dia dengan suami pergi mekah. Semalam sepupu dia kahwin yah itulah Aya dekat situ tu.. jangan risau insyaallah mak cik dia jaga Aya dengan baik”
Tarmizi hanya setuju dengan statement Kayr yang menyatakan sedemikian. Namun hatinya masih rasa risau dan resah akan apa apa yang boleh berlaku
“Byee umrah elok-elok yee pengantin baru~ jangan lupa doakan aku dan baby, anak buah korang ni selamat dilahirkan nanti nanti hehe”
“Iyeee insyaAllah, bye Aya... terima kasih sebab dah jadi sepupu yang terbaik. Dah jom la baby! flight dah tunggu kita”
“Betul, (salam Fathin) bye mama, Hamzah dengan Sheera pergi dulu ya? Assalamualaikum "
Fathin angguk dan melambaikan tangan kepada mereka sambil menangis. Aya yang berada di sebelah Fathin ketawa kecil lalu memeluk bahunya dengan erat. Sheera juga menangis namun dipujuk Hamzah. Mereka pergi dengan senyuman.
“Mak cik, Aya nak gi tandas sekejap la boleh tunggu sini tak? nak terkencing heheh”
“Okay hati-hati kalau ada apa-apa call mak cik tau?"
Aya angguk lalu Fathin duduk di bangku yang disediakan. Aya bergegas menuju ke tandas kerana sudah tidak tahan. Aya baru nak masuk ke dalam tandas namun mulutnya diserkup oleh seseorang menggunakan kain, Aya pengsan
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...