Clara masuk ke dalam rumah kosongnya selepas menutup pintu dengan rapat. Clara rebah dan meraung. Dia menangis dengan kuat selepas menghadap semua ‘bala' dalam hidupnya
(Flashback)
Clara menangis di dalam hujan selepas dihalau oleh ibunya apabila mendapat markah yang rendah, kata ibunya macam mana nak sara keluarga mereka yang susah
Tiba-tiba terdapat tangan yang menghulurkan bantuan. Clara mengangkat kepala hanya untuk lihat Erysa yang senyum. Clara mencapai tangannya
“Aku boleh bagi kau kehidupan yang senang, aku boleh bantu kau dan keluarga kau or to be exact~ ayah kau yang sakit barah kat rumah tu betul tak?"
Clara membulatkan mata manakala Erysa smirked. Clara memundurkan diri daripada Erysa sehingga terjatuh
“Tapi sebagai bayaran... kau kena buat apa yang aku nak, kau kena jadi sparepart aku pada masa akan datang”
Aku tak nak! Aku takut. Ini semua gila, aku nak balik. aku lebih rela mati dan hidup susah daripada jadi kuli orang
“Nampaknya kau kena hadap keluarga yang mati awal la kalau macam tu~"
Clara terhenti. Tapi aku sayang keluarga aku, aku memang nak tolong diorang! Ya Allah kenapa semua ni jadi dekat aku!! Clara sambil menangis melutut kepada Erysa
“Baiklah.. tolong la keluarga kami! Buat kami kaya! Buat kami hidup senang! Tolong ayah saya, hantar dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan!"
Erysa smirked dan angguk. Dia kemudian menyuruh pembantu-pembantu peribadi untuk menghantar Clara balik ke rumah
“Tapi puan, puan nak buat apa dengan budak tu? Tak nampak apa-apa faedah pun”
“Faedahnya bila Kayr dah besar nanti.. Aku nak dia kahwin dengan golongan tak berbakat macam budak tu. Dah besar nanti tiada siapa boleh rampas hak kita lagi"
Pembantu kanannya angguk dengan faham. Mereka hanya memandang ke arah kereta yang semakin menghilang
(End Flashback)
Sejak hari itu, aku tidak pernah menjalani kehidupan yang bahagia. Semua hari-hari aku ialah palsu sehinggalah aku berjumpa dengan Haqeel, bekas teman lelaki aku
Pada hari tersebut, Aku berasa sangat muram. Burger sahaja yang mampu membahagiakan aku, disebabkan aura sedih muram aku ni kuat sangat mungkin sebab tu Haqeel tegur aku
“Jangan la sedih-sedih~ ya dunia ni kejam tapi kita sebagai manusia pun ada hak usahakan sampai harmoni. Tak mau nangis nanti hilang seri muka awak tu”
Kata-kata dia betul-betul merubah persepsi aku, aku ketawa dan sejak dari itu.. aku mula rapat dengan dia sampailah dia...
“Saya suka awak! Saya memang suka awak! tolong jadi suri hidup saya”
Kecomelan dia buat aku gugur. Aku setuju dan itulah satu-satunya cara untuk aku lari daripada masalah. Bila aku dengan Haqeel, masalah yang besar pun jadi macam tiada. Aku beruntung sebab jumpa dia
“Mama tak nak kamu kahwin dengan dia or kenal dia lagi! Dia tak setaraf"
“Dia macam kita juga mama! Mama tak ingat ke kita ni berasal dari mana”
Satu tamparan diberikan entah dari mana. Tamparan yang kuat daripada mak cik Erysa. Erysa sangat marah pada hari itu
“Kau dah sangat angkuh! Sia-sia sahaja aku selamat kan korang!"
“Tolong puan, jangan buat begini. Maafkan anak saya, saya janji saya akan tebus balik”
Jijik! kenapa Erysa perlu wujud dalam dunia ni? Untuk menebus balik atas kesalahan mulut celupar aku... Aku akan dihantarkan ke UK sementara mereka akan mempersiapkan perkahwinan aku dan anak Erysa, Kayr.
Jika aku membantah sekali lagi, Haqeel akan dibunuh oleh Erysa. Dia menjanjikan bahawa dia akan tetap melangsungkan perkahwinan kami tetapi ada dua cara. Satu aku patuh dan tunduk, dua... dia akan musnahkan ‘halangan’ iaitu Haqeel
“Wah cantiknya rantai ni! kenapa you bagi i rantai ni? dah la ada ukiran nama i dan you pula tu”
“Haqeel... i nak pergi UK, nak sambung belajar.. anggaplah itu hadiah i supaya you tak lah rasa rindu i sangat ya sayang?"
“Awww sweet la sayang i ni~ Okay kalau itu lah you mahu, I redha.. congrats sayang, belajar rajin-rajin! banggakan mak bapak”
Clara hanya senyum dan angguk sambil cuba menahan diri dari menangis. Clara mengenggamkan tangan dan menundukkan kepala.
Kayr yang membeli burger waktu itu melihat situasi yang berlaku di belakang gerai. Kayr menggelengkan kepala lalu membayar kepada pekerja lain yang bertugas
“Mu bakpo lambak sangat? Aku lapa ni"
“Sorry ah Zah, aku tengok drama sat tadi”
Hamzah yang menunggu di kereta ketawa. Mereka beredar membawa burger pergi ke tempat seterusnya.
Disebabkan rancangan masih berlangsung, tau tau je aku memang kena putus dengan Haqeel. Dah memang tak ada cara lain, aku dengan dia memang tak ada jodoh
“What?! You nak putus?! (mula menangis) Clara you jangan buat i macam ni, i baru nak happy bila dapat tahu you dah balik ni!"
“I... I bukan-- Ergh!! (menangis) Nanti kita bincang balik lah! I tak sanggup Haqeel, tak sanggup"
Clara menamatkan panggilan secara tiba-tiba. Haqeel yang mendengar berasa sangat kecewa. Dia memasukkan telefon ke dalam poket lalu mencabut rantai yang dipakai. Lama rantai itu ditenung
“Aduh!"
“Saya minta maaf"
Nak sangat tenangkan diri dan balik. Sampai tak perasan rantai yang dipegang jatuh ke lantai. Aya yang mengutip tidak sempat untuk memulangkannya
Clara bangun dan tekad. Dia lap air matanya lalu memandang cermin dengan muka yang sangat marah, dendam
“Satu hari nanti... aku akan buat kau kena apa aku kena Erysa! Kau tunggu daripada kau ada kat atas kepala boleh jadi kau dipijak oleh tapak kaki aku! Aku akan balas satu hari nanti!”
---
Selepas majlis perkahwinan dan malam pertama yang sangat panjang, akhirnya subuh menjelma. Hari pertama di mana Kayr dan Aya hidup sebagai suami isteri
Kayr bangun apabila jam penggera berbunyi. Sekarang dah pukul 6:15, subuh dah masuk. Kayr melihat ke sebelah, dia mengusap dahi dan pipi Aya dengan lembut
“Cantiknya... ”
Kayr senyum lalu mula bangun. Menyiapkan diri dan tempat solat untuk berjemaah bersama isterinya. Kayr juga mengemas apa yang patut pada ruang tamu yang bersepah itu. Selesai sahaja dia menuju ke bilik dan mengejut isterinya dengan lembut
“Sayang... bangun subuh, tak elok lambat-lambatkan. Nanti terlepas pula”
Aya membuka mata dengan perlahan. Aya angguk membuatkan Kayr tersenyum. Kayr pusing ke belakang dan menyuruh Aya naik atasnya. Aya keliru
“Saya boleh jalan sendiri la abang”
“Alah apa salahnya jadi ultramen pagi-pagi"
Aya tergelak. Ada je lah si Kayr ni. Aya angguk dan naik ke atas Kayr. Kayr bangun dan membawa mereka berdua pergi ke tandas, mengambil air wuduk bersama
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...