Chapter 26

105 5 0
                                    

Aya terus berlari ke arah lelaki tersebut membuatkan Kayr membulatkan mata, namun tanpa berkata apa Kayr ikut dari belakang

“Woahh pandainya awak buat badan~ Nama awak sape cik!”

“Hahaha nama I Eric Levera, comel la you ni"

Aya tersengih-sengih membuatkan Kayr di belakangnya menjeling. Kayr terus maju ke depan dan ambil dumbell

“Woi Eric en? Jom ah lawan"

Eric ketawa kecil dan angguk. Aya berlari ke arah mereka dan menepuk-nepuk tangannya. Mereka bermula mengangkat dumbell tersebut sehingga tertunjuk urat-urat tangan masing-masing. Aya masih menyorak kepada Eric dan senyum kepada pihaknya membuatkan Kayr cemburu

“Boleh tahan jugak orang malaysia ni kan? sape nama kau?"

“Kayr”

Jawab Kayr dengan dingin dan masih berusaha sedaya-upaya. Eric tergelak manakala Aya dalam diam meneliti setiap pergerakan dan kesegakan Kayr. Hensemnya Ya Allah dengan peluh-peluh tu wah... Urat tangan dia...

“Astraghfirullah! Zina mata!"

Kayr dan Eric terus menoleh ke arah Aya yang tiba-tiba menjerit. Aya ketawa dengan janggal dan menampar dahinya secara tersembunyi. Setelah beberapa minit bersenam, Aya dan Kayr membuat keputusan untuk balik rehat.

“Jom solat dulu la, tadi aku nampak hotel ni pun sediakan surau”

Aya angguk kepada Kayr yang mempelawanya. Mereka mengemas dan memasukkan barang dalam beg masing-masing terus menuju keluar mencari surau

“Haaa tu aku dah nampak jom"

Tunjuk Aya kepada Kayr. Mereka berdua kemudian dengan gembira menuju ke situ sambil bermain ‘siapa sampai dulu, dia menang’ . Mereka berlari ke arah surau namun kelibat pasangan telah memberhentikan Aya. Aya menoleh ke arah kelibat tersebut yang menuju ke arah bilik-bilik hotel berdekatan

“Yeayy Aya aku samp-- Aya? kenapa kau berhenti kat situ?”

Aya yang menahan air mata pergi menuju ke arah pasangan tersebut membuatkan Kayr risau. Kayr mengejar Aya dari belakang serta merta. Sebelum pasangan itu menutup pintu, Aya sempat menerjah membuatkan mereka flinch lalu menoleh kepada Aya. Mereka membulatkan mata dengan terkejut

“Aku dah agak... Aku dah agak yang buat kerja-kerja terkutuk ni hanya KORANG! DANIA?! ZARIF?!"

Aya akhirnya mengalirkan air mata dengan deras. Kayr yang akhirnya berada di belakang turut terkejut serta merta marah lalu menggenggamkan tangan

“KORANG TAHU TAK KORANG BUAT NI BERDOSA BESAR?! AND KORANG TU ORANG PENTING DALAM HIDUP AKU SANGGUP KORANG BUAT MACAM NI? HA ZARIF?! DANIA?!”

“Eh kau tak yah nak berlakon baik lah Aya kau pun sama je dulu suka pegang-pegang dengan laki dalam kelas kita jugak”

Aya menampar Dania dengan kuat. Aku mengaku, aku dulu tidak kisah akan batas namun salahke pendosa dan pelaku maksiat seperti aku nak bertaubat? Zarif kemudian menolak Aya namun Aya disambut Kayr

“KAU DAH PAHAL SENTUH AWEK AKU?! EH KAU TAKYAH MEMEKAK LA KAT SINI BAIK KAU BALIK JE LA AYA AKU DAH TAK SUKA KAU OKAY?! MULAI HARI NI KITA TAKKAN ADA APA-APA LAGI”

Zarif mencabut cincin ‘promise’ yang diberi Aya lalu membaling ke tanah. Aya menangis tidak sanggup menghadapnya lagi, Aya berlari keluar menghilangkan diri. Kayr tidak sempat menghalang namun Kayr menoleh ke arah Zarif dan Dania

“Ha pahal?! Kau pun tak serik lagi? Kau dah dapat dia kan? Pergi la ambik! Jangan kacau kami lagi kalau tak aku panggil guard!”

Kayr mengeluarkan telefon yang berada di poket lalu menelefon seseorang

“Guard datang sini bilik 301 dan halau mereka daripada menginap semalaman, no, selama-lamanya dekat sini! BLACKLIST THE CLIENT!”

Zarif dan Dania terkejut akan aksi Kayr. Kayr smirked dan ketawa. Dia menyilangkan tangan dan mengangkat satu keningnya

“Lain kali kalau nak buat ‘kerja', Pastikan research dulu sejarah sesuatu cawangan tu~ Ni aku dah kira baik suruh guard halau kalau panggil Jais? kau sanggup tanggung malu? Lagi-lagi kau Dania Qistina... Kau jangan buat-buat tak tahu aku kenal family kau”

Kayr dengan dingin meninggal mereka yang terkedu. Zarif sangat marah lalu menyepak pintu bilik hotel tersebut. Dania pula bernafas dengan sangat sukar, takut dan terancam dengan kata-kata Kayr

Aya berlari tanpa mengisahkan hal sekeliling. Aya menangis teresak-esak dan meraung kesakitan. Zarif dan Dania dah melampau! Aku kenal diorang dari zaman sekolah... lama! Dulu bak malaikat aku sangat tabik kepada mereka sebagai pendosa yang tegar namun?!

Aya akhirnya penat dan pening lalu berhenti di satu jalan yang sunyi. Aya mencangkung dan rebah, dia masih menangis sambil menutup mukanya. Orang-orang lalu lalang tidak menghiraukannya sehinggalah kedengaran tapak kaki menghampirinya. Kelibat itu berdiri di hadapannya lalu dia mendongak kan kepala hanya untuk nampak Kayr yang menghulurkan tangan. Aya menggelengkan kepala membuatkan Kayr menghembuskan nafas dengan berat

“Sudah... jangan menangis lagi, aku tak boleh tengok kau menangis. Jom ikut aku balik rumah sekarang"

“Kenapa diorang buat aku macam ni Kayr? Kenapa begitu kejam mereka pijak aku Kayr?"

“Jangan mempertikaikan rancangan Tuhan kerana Tuhan itu ialah sebaik-baik perancang. Allah uji kau macam ni sebab ada hikmah, sebab Allah sayang kau, sebab kau kuat Aya... Jadi tak perlulah tertanya-tanya sebaliknya kau melepaskan dan memaafkan apa yang berlaku.. jangan bersedih lama-lama kifarah tu wujud ingat? Dah jom ikut aku balik rumah aku janji kau akan tenang dan tidak sakit lagi”

Aya menangis lagi dan masih tidak mahu berganjak. Aya menggelengkan kepala dengan tegas. Kayr menggenggam tangan cuba kuat untuk Aya

“Aku sayang dia Kayr... Aku sayang dia! Dulu dia selalu ada dengan aku tapi sekarang? Sakit Kayr sakit... It's hard for me to leave someone that I mention in my prayers"

“Then It's easy for you to leave the one who answer the prayers? Ingat Allah Aya istifar, mengucap dah jom bangun, aku tahu kau kuat okay? jom ikut aku balik rumah”

Aya menatap Kayr yang juga menatapnya. Aya akhirnya diam lalu angguk. Aya bangun terus Kayr membawanya masuk ke dalam kereta

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now