Chapter 47

83 4 0
                                    

Tindakan Erysa telah mengejutkan semua orang dan mengecilkan hati Aya. Ujian pertama sebelum kahwin ke ni? sebelum kahwin pun dah susah apatah lagi kalau lepas kahwin nanti kan?

Kayr memujuk Aya dengan lembut untuk tidak ambil hati. Tarmizi juga berbisik supaya terus ceria, nasib baiklah ada insan baik dekat dalam rumah ni kan?

(Di meja makan)

Mereka makan tanpa berborak. Aya mahu menegur tetapi takut kerana suasana sangat suram. Tarmizi seperti biasa menjadi penyelamat

“Dah lama ke kenal dengan Kayr?”

“Oh~ lama dah pak cik, alhamdulilah selama kenal dengan dia ni banyak je perkara baik datang”

“Memang la baik kau kan kikis duit dia”

Kayr menyergah Erysa yang tiba-tiba melontar fitnah. Tarmizi juga menegur dengan tegas supaya lebih menjaga adab. Aya hanya cuba untuk senyum

“Kamu tak yah ambik hati dengan mak cik ya? mood dia tak baik sikit hari ni”

“Tak pe pak cik saya faham dan saya sedar siapa diri saya”

“Baguslah sedar, tau sikit kau tu tak setaraf"

Erysa kemudian bangun untuk membasuh pinggan walaupun makanan tidak habis. Aya seperti mahu menangis namun dia cuba menjadi wanita yang kuat. Kayr tidak boleh tahan lagi, dia mahu bangun dan marah namun dihalang Tarmizi

“Maafkan pak cik... okaylah apa kata kita tukar topik, ha nama kamu boleh pak cik tahu nama kamu? Dari tadi datang tak tanya hahaha”

“Hahaha tak pe pakcik by the way nama saya Ayasya Amirah”

Pinggan yang dipegang Erysa terus pecah manakala Tarmizi yang sedang makan tersedak. Kayr menghulurkan air dengan segera kepada ayahnya manakala Aya menjadi keliru dan risau

Tarmizi dan Erysa pandang satu sama lain kerana nama itu sangat familiar di kalangan mereka. Tarmizi mula gugup dan menjadi sedih. Dia kemudian tanya dengan lebih teliti

“Kamu ada mak atau ayah? like Kayr betul ke kamu berdua ni dah lama kenal?”

Aya masih merisaukan Erysa. Kaki Erysa kelihatan terkena kaca yang dibersihkan oleh bibik. Kayr melihat Aya yang gelabah itu cuba membantu

“Kan ayah? Sebenarnya Kayr rasa kami ni memang soulmate. Ayah nak tahu Aya ni sebenarnya salah satu kawan Kayr waktu dekat taska khas dulu”

Tarmizi dan Erysa lagi membulatkan mata. Erysa beredar dan berlari ke bilik tidurnya. Tarmizi kemudian menjadi dingin dan mempercepat gerakan makan

Setelah beberapa minit, Kayr membawa Aya keluar untuk melihat sekeliling rumahnya. Kayr sayu dan rasa bersalah

“Aku minta maaf sebab parents aku tak semesra keluarga kau”

“Takpelah Kayr, aku faham. Aku akan anggap ni ujian kita untuk menghalalkan hubungan ni”

Kayr mula tersenyum. Aya turut angguk dan senyum. Aya melihat ke taman bunga milik keluarga Kayr. Aya berlari dengan teruja diikuti Kayr di belakang

“Aya cuba tengok sini”

Aya memalingkan kepalanya kepada Kayr hanya untuk dapat percikan air paip. Aya menjeling lalu mahu membalas dendam, nasib ada dua paip so dia boleh sembur semula

“Auchh habis basah baju aku”

“Siapa suruh mula dulu haa ambikk ni”

Mereka ketawa dengan sangat gembira tanpa sedar ibu bapa Kayr memandang akan perlakuan mereka. Tarmizi menoleh ke arah Erysa yang masih bercakap di telefon sambil duduk di atas katil

“WHAT?! FOR REAL?! BETUL YANG INI SAH?!”

“ya puan, saya dah check dalam sistem jpn ni"

Erysa mula bengang dan menamatkan panggilan. Erysa memandang Tarmizi dengan bengis. Tarmizi akhirnya mengalirkan air matanya dengan faham

“We found her, we found Alysa's daughter”

Erysa tenung dengan maut dan mahu keluar dari bilik namun lengannya dihalang Tarmizi. Tarmizi mengunci pintu lalu menolak Erysa

“KENAPA KAU STILL MENYEBELAHI MEREKA?! MEREKA TU DAH TIADA APA-APA HUBUNGAN DENGAN KAU!”

“Walau apa pun aku pernah jadi ‘pendamping’ yang sah untuk Alysa. Waktu itu dan sekarang aku masih berpegang bahawa aku akan jaga dia serta keturunannya sehingga akhir hayat aku, aku dah bernasar Erysa kenapa susah sangat kau nak terima?”

Erysa sangat bengang lalu bangun menyepahkan meja solek miliknya, sehingga berbunyi pecah-pecah membuatkan Aya dan Kayr terkejut. Mereka terus berlari masuk ke rumah dan mencari bunyi tersebut

“Sudahlah Erysa.. cukup, diorang tak buat apa-apa dah dengan kau. Aya anak dia tu cuma nak hidup takkan kau tak nak bagi? Aya tak ada ganggu kau and even Kayr sendiri yang choose dia”

“Kalau bukan sebab ibu budak tu ambil wasiat, aku takkan jadi macam ni la! Wasiat tu hak milik aku! Selagi aku tak dapat, aku akan musnahkan mereka”

“Tapi kau yakin ke yang Aya pegang wasiat tu? Aya tu tak tahu apa-apa pasal kerja mak dia, Alysa dah berjanji dia tak nak libatkan anak dia langsung dalam dunia gelap tu”

Erysa tetap memilih untuk memberontak. Erysa memecahkan lebih banyak barang. Erysa kemudian menghampiri Tarmizi yang tidak lekang menatapnya dengan sayu. Erysa menunjukkan kaca untuk dicucuk kepada Tarmizi

“Takkan Alysa nak lepaskan harta kami macam tu je? Terdapat pelbagai maklumat penting sampaikan ayah aku percaya dia sorang! Ah aku tak kira aku akan musnahkan keturunan dia, kalau tak aku takkan redha dengan wasiat yang dihilangkan!”

Erysa keluar hanya untuk nampak Kayr mendengar bahagian itu. Erysa menjadi semakin gila, dia menoleh ke arah Aya yang berdiri di tangga. Dengan seramnya, Erysa menunjukkan kaca di tangan untuk menikam Aya.

“Ibu! Ibu bawak mengucap!"

Kayr menahan ibunya manakala Tarmizi cuba menenangkannya. Erysa meraung dan akhirnya menangis lemah. Erysa rebah dalam dakapan Kayr dan Tarmizi. Aya menghampiri sambil menutup mulut bersama-sama kedua tangannya. Aya sangat takut dan cuba tahan air mata

“Kau dengar sini betina tak guna! selagi aku hidup, and tak dapat wasiat tu aku akan ganggu hidup kau! Aku akan ganggu hidup korang Kayr! Kamu nak sangat kahwin kan? Kahwin la! Tapi jangan ingat ibu akan bagi kamu berdua bahagia! dasar anak derhaka!”

Erysa akhirnya pengsan kerana lelah. Tarmizi mengangkat jasad itu masuk ke bilik dan menyelimutnya dengan selimut yang hangat. Tarmizi mengesat air mata dan keluar menghadap Aya bersama Kayr

“Pak cik minta maaf dengan apa yang berlaku, pak cik pun tak sangka boleh jadi sampai macam ni”

Aya memandang kedua Kayr dan Tarmizi. Dia menangis dan tidak sanggup, dia tak nak jadi penyebab keluarga mereka pecah. Aya cuba lari namun suara Tarmizi menghalang

“Kamu tak salah! Aya just so you know something bad happened to your mom and us"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now