Sudah larut malam, Kayr mahu balik. Kayr berjalan menuju ke arah Ninja 400 ABS SE miliknya, Kayr dihentikan daripada memakai helmet oleh seorang wanita tua bersama-sama pembantu
Kayr meletakkan helmet dan turun daripada motor dengan muka terkejut. Kayr menggenggam tangan dengan geram manakala wanita itu smirk
“Apa lagi yang ibu tak puas hati ni?! Wasiat?! Kayr dah suruh mamat yang Kayr lawan tadi cakap kat ibu yang Kayr akan bawa benda tu secepat mungkin"
“Aku dah tak kesah dengan wasiat kepala hotak tu dah la... (smirked) aku cuma nak dia mati je”
Kayr menyirap, Kayr diam dan menarik nafas dengan sangat dalam kemudian hembus. Kayr menatap Erysa dengan tekad
“Ibu jangan nak sesekali.... (berjalan rapat dengan ibu) SENTUH AYA KAYR!”
“(gasp dan mengusap pipi Kayr) TENGOK LA APA YANG BETINA TU BUAT DENGAN ANAK IBU! JADI KURANG AJAR! DIA TU KETURUNAN BURUK! PICK ME! IBU BENCI"
Kayr akhirnya menangis. Kayr sudah penat lalu menurunkan tangan ibunya daripada mengusap pipi. Kayr menarik nafas sekali lagi
“Sudah ibu... cukup.. cukup benci dan ada dendam dengan orang tak berdosa, daripada ibu berperangai macam ni baik ibu balik.. ibu perbaiki perangai ibu. Ibu dekatkan dengan Allah tak pun dengan ayah hm? Ibu ayah tu sayangkan ibu, ibu tolong la seda--"
Kayr ditampar dengan kuat. Erysa tetap tenggelam dengan perasaan busuk hati. Erysa juga mengalirkan air mata yang kecewa
“Sampai aku jadi mayat pun, aku takkan maafkan dia. Aku takkan berbaik dengan dia! Kau dengar ya Kayr, aku dah bagi peluang banyak kali untuk kau sertai aku tapi kau still nak bantah? Takpe aku akan gerak solo seperti yang diminta. Mulai hari ni, kau nantikan malam petaka menanti kau! AKU BENCI KAU, KAU BUKAN ANAK AKU LAGI”
Erysa beredar bersama pembantu peribadinya. Kayr hanya melihat kelibat mereka dari belakang bersama-sama mata yang sangat merah kerana nangis. Kayr juga mengeluh sangat pasrah
Tiba-tiba telefonnya berbunyi notifikasi istimewa daripada Qhalisha. Mata Kayr terus membulat dan dilap menggunakan lengan bajunya.
‘Saya dah baiki, semua file saya dah hantar dekat nombor lagi satu maaf ambik masa yang sangat lama'
Kayr mula senyum dan cepat-cepat naik ke atas motorbikenya. Dia menunggang dengan sangat pantas menuju ke rumahnya. Perry yang berada di hadapan rumah Kayr bersama-sama rakan-rakan untuk menjaga Aya terus menundukkan hormat kepadanya
Kayr bergegas mencari laptopnya di ruang tamu membuatkan Aya yang masih tidak tidur terkejut. Kayr juga terkejut tetapi membawa diri menuju ke isterinya dahulu sebelum melakukan apa-apa
“Sayang kenapa tak tidur lagi ni? Sayang okay tak ni?"
“Okay je tadi Aya bangun solat tahajud and abang pergi mana sampai kul 4 pagi baru nak balik ni? Ni kenapa luka-luka ni? Abang gaduh ke?!”
Kayr menggelengkan kepala lalu memeluk Aya dengan erat. Kayr angguk dengan rasa bersyukur membuatkan Aya keliru. Kayr mengusap kepala Aya dengan lembut
“Sayang pergi la ambik makanan atau air apa-apa nanti kita tengok sama-sama”
Aya hairan dengan reaksi gembira Kayr yang agak tiba-tiba namun tetap menurut arahannya. Aya mengambil Popcorn segera di dapur bersama susu segar di peti ais manakala Kayr membuka laptop dengan Bismillah
Kayr menaip dengan sangat fokus untuk membuka file yang diberi Qhalisha itu. Aya datang dan duduk di sebelahnya kemudian makan dengan senyap
“Akhirnya Aya, sayang takkan ada ‘beef' lagi dengan ibu sebab... nak tahu sebab apa?"
“Sumpah lahh sebab apaa!! Nak tahu Ya Allah nikmat apa ni? cepatnya doa tahajud termakbul!"
Kayr tersenyum. Tangannya masih lagi tidak berhenti menaip. Aya menepuk tangan seperti anjing laut membuatkan Kayr ketawa
“Sebab akhirnya wasiat dah dijumpa and dah diperbaiki! Abang akan bagi dekat ibu lepas je kita tengok apa yang dia tergila-gilakan sangat benda ni”
Aya berasa bersalah kerana anting-anting selamat bersamanya. Wasiat yang Kayr jumpa tu mungkin wasiat palsu tapi dari mana dia jumpa? Memang wasiat je ke yang boleh berhentikan ibu? Perlukah aku bagi anting-anting ni? Perlu ke aku bagitau Kayr?
“Erm abang--"
“Okay! Fully download! Jom teng--”
Menunjukkan video dirakam secara tersembunyi tentang Erysa dan Alysa berbalah mulut di sebelah kereta yang terjatuh dari gaung. Badan Alysa berdarah-darah manakala Erysa sedang menangis memegang pistol
“BAGI AKU WASIAT TU ATAU AKU AKAN BUNUH KAU DEKAT SINI JUGA!"
“Erysa huk huk... Erysa sudah... tak cukup lagi ke kau dah bunuh ayah kau and sekarang ni kau nak bunuh aku? Kau nak apa sebenarnya dari aku ni?"
“AKU NAK APA? HUH AHHAHAHAHA AKU NAK KAU MATI! AKU TAK NAK KAU WUJUD! KAU DAH RAMPAS SEGALA-GALANYA BENDA YANG AKU SAYANG DAN AKU MILIKI! KENAPA AYAH BEGITU BANGGA DENGAN KAU?! KENAPA?! KENAPA MIZI BEGITU SAYANGKAN KAU?! KENAPA KAU DAPAT TITLE AGENT TERBAIK SEDANGKAN AKU YANG KALAHKAN AROY, ORANG TERAKHIR BERDIRI HARI TU! KENAPA ANAK AKU RAPAT DENGAN KAU?! KAU TAU TAK DIA IKUT CARA KAU EVEN KAU TAK PERNAH SANGAT CAKAP DENGAN DIA.. KENAPA SEMUA ORANG SUKAKAN KAU! AHH KAU RAMPAS SEMUANYA! AKU AKAN BUNUH KAU ALYSAA"
Alysa ditembak oleh Erysa menggunakan pistol yang dipegang. Alysa ditembak bertubi-tubi membuatkan dirinya memuntahkan darah dengan banyak
“Aku bersumpah Erysa... hidup kau takkan aman dengan dendam yang kau kumpul di lubuk hati... berdamailah dengan diri sendiri”
Alysa ditembak sekali lagi. Alysa akhirnya rebah dan mengucapkan perkara terakhir
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
“PERGILAH KAU SETAN!!" - Erysa
Tembakan yang terakhir membuatkan Alysa menghembuskan nafas yang terakhir. Video itu tiba-tiba menjadi gelap dan berhenti
Kayr dan Aya terkedu dan terkaku. Kayr mula menggigil manakala Aya menoleh ke arah Kayr. Aya tahu Kayr sangat terkejut. Aya cuba menyentuh Kayr
“JANGAN SENTUH AKU!"
Kayr berlari meninggalkan rumah secara tiba-tiba sambik menangis. Aya tidak sempat mengejar malah terjatuh namun ditolong Perry. Kaki Aya tiba-tiba mengeluarkan darah dan akhirnya Aya pengsan
“PUAN AYA! PUAN AYA BANGUN!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...