Kayr dan Aya kini sedang menikmati waktu rehat di cafe syarikat. Kayr makan dengan selera namun Aya masih gelisah dan pening memikirkan cabaran daripada rakan-rakan sekolahnya. Aya menggigit-gigit kuku membuatkan Kayr hairan terus mengemukakan soalan
“Kau ni dah kenapa pula ni? Asal cam gelisah semacam?”
Aya tidak menjawab membuatkan Kayr lagi risau. Kayr melihat makanan Aya yang tidak disentuh
“Tak sedap ke makanan kau hari ni? Meh la tukar dengan aku”
“Eh takpe aku tak nak"
Kayr angguk lalu hanya meneruskan makan. Aya masih bertindak sedemikian sehinggalah Kayr termenung juga memikirkan masalah. Kayr ada idea lalu menanya Aya semula
“Kau takut nak naik kapal terbang ke? Ye lah kita nak ke Korea kan esok lusa”
“Eh bukan!! Aku lagi excited nak naik kapal kau pun tau aku tak pernah”
“Dah tu kenapa kau stress semacam ni? Aku yang tenung ni nak makan pun jadi tak senang”
Aya mengeluh dengan pasrah. Dia meletakkan sudu dan menatap Kayr dengan mata yang nekad
“Aku ada dapat bet dari kawan-kawan sekolah lah Kayr”
“Hm pastu?” jawab Kayr yang sedang mengunyah
“Ish kau ni!! Bet tu susah lah sebab tu aku takut dan gelisah”
“Mengalah je la kalau macam tu, hadiah dia lumayan sangat ke? Lagipun kalau kau sahut kau dikira berjudi”
Aya membuat muka pasrah kepada Kayr lalu mengeluh. Ya kalau ikutkan aku tak nak join tapi masalahnya aku dah melepas pun Kayr! Kalau aku mengalah dan berdiam diri diorang akan pijak aku lagi!
“Okaylah macam ni... "
Kening Kayr terangkat sebelah. Aya menutup mata serta menarik nafas dengan dalam terus menghembuskan bersama perasaan yang cukup berat. Kayr masih fokus dengan makanan sambil mengunyah
“Tolong jadi fake boyfriend aku!"
Kayr terus tersedak dan batuk tanpa henti. Aya menghulurkan air kosong dengan riak wajah yang risau
“Kau kena rasuk ke ni Aya? Asal tiba-tiba pulak ni!! Dari mana kau dapat idea tak masuk akal tu? Ke kau demam?”
Aya menerangkan segalanya yang terjadi di reunion kelmarin hari. Kayr yang mendengar dengan khusyuk angguk kefahaman. Kayr mula senyum dengan senyuman yang sinis
“So boleh tak aku nak minta tolong kau ni?"
“Jadi suami kau pun aku sanggup”
Aya ternganga mulut dengan otak gila Kayr. Kayr masih senyum kemudian mengenyit mata. Kayr memandang ke arah makanan Aya yang masih tidak disentuh. Kayr mengambil dengan sudu di tangan Aya lalu memberikan isyarat mahu menyuap
“Cepat la buka mulut tu sayang I nak suap ni"
“Ish! Bukan sekarang la gila aku sepak kang jangan nak gatai sangat”
“Aku practice je tu pun tak boleh, hmph! kedekut"
Kayr terus memuncungkan bibirnya dan kembali menyuap kepada diri sendiri. Aya menggelengkan kepala juga mula untuk makan. Sebelum menyuap, bibir Aya tiba-tiba mengukirkan senyuman
Hari berganti hari, akhirnya percutian yang dinanti-nantikan tiba. Dania dan Zarif adalah pasangan yang pertama tiba di lapangan terbang. Selang beberapa minit, Kayr dan Aya tiba dengan gementar. Mereka berdiri tidak jauh dari Dania dan Zarif yang sudah tunggu di depan kamera man Xi Team.
“Kau dah ready Aya?"
“Aku takut lahh!! Aku tak reti berpura-pura ni rasa kekok jom lahh balik”
Aya baru nak pusing namun beg bagasinya sudah ditarik Kayr yang sudah menuju menghampiri Dania dan Zarif. Aya menutup mata dengan pasrah namun berhasil menjejakkan diri menghampiri mereka
“Hi!! Dah lama tunggu?"
Kayr menegur Dania dan Zarif dengan mesra seperti yang dirancang. Dania dan Zarif hanya angguk sambil menayangkan senyuman yang janggal
“Oh (menoleh ke arah Aya) Sayaaang cepat la sini diorang dah sampai ni~”
Mereka semua menoleh ke arah Aya yang datang dengan senyuman yang janggal dari jauh. Aya menundukkan hormat kepada semua orang lalu menoleh kepada Kayr yang senyum terhadapnya
“Awak yang cepat sangat!! penat tau saya nak kejar”
“Lah ye ke? Itulah kaki pendek lagi kan dah langkah kecik padan muka”
Dania, Zarif dan kamera man sedang cuba tahan ketawa manakala muka Aya sudah mula memerah kemarahan. Tanpa berfikir Aya memijak sebelah kaki Kayr sehingga terkeluar jeritan manja darinya
“Aduh sakitlah sayang! Kenapa awak pijak saya macam tu bukan ke saya cakap benda betul?"
“Diam ah saya tak nak cakap dengan awak hmph buat malu je”
Aya terus merajuk dan duduk di kerusi yang disediakan sambil menyilangkan tangan. Aya tidak memandang ke arah Kayr membuatkan Kayr ketawa kecil.
“Awak ni~ saya gurau je la lagipun kalau pendek pun apa masalahnya? Tak ada orang minat awak? Insecure? Sayang~ awak dah jadi pun milik saya"
Pujukan Kayr telah mengukirkan senyuman Aya dengan serta merta. Muka Aya juga kembali merah dan kejambuan. Eh asal dengan aku ni? kenapa aku blushing sampai macam ni?
“Elelele senyum-senyum lak budak comel saya ni eeee cantiknyaaaaaa geraaamm la!”
Kayr mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka aplikasi kamera dan dituju kepada Aya.
“Cepat sayang cepat!! Senyum lagi banyak-banyak saya nak simpan sini”
“Eee tak payah la malu la orang tengok”
“Alaaaaaa pleaseeee😭 cepat lahhh awak cantik sangat sekarang ni so biar saya simpan dan ingat benda ni selama-lamanya!”
Aya memandang Dania yang sangat cemburu
manakala Zarif tiba-tiba menjadi dingin terus membuka telefon pintarnya cuba mengalihkan pandangan. Kamera man sedang khusyuk merakam Kayr yang kononnya sangat obses dengan aku. Aya menoleh ke arah Kayr dan tatapnya dengan tulus.“Okay lah cepat pastikan semua cantik² kalau tak.... kalau tak saya tak nak kawan awak dah hmph!”
“Ye sayang saya janji!! Pat pat posing sini”
Aya mula posing secara effortless. Banyak betul Kayr ambil sampai ambil masa selama 5 minit! Namun, senyuman Kayr bukanlah palsu. Dia benar-benar gembira dan ikhlas untuk berbuat sedemikian. Ya Allah syukur sangat idea fake dating ni datang secara tiba-tiba
“Mari lah saya ambilkan untuk awak pulak”
Kayr angguk dan menghulurkan telefonnya tetapi ditepis Aya. Aya mengeluarkan telefonnya kemudian tersenyum
“Telefon awak memang diciptakan untuk menyimpan gambar saya, telefon saya pula untuk menyimpan gambar awak. So kita akan saling ingat-mengingati okay?”
Kayr tergelak tidak percaya Aya meluahkan sedemikian. Aya mengerutkan muka dan mula menyimpan semula telefon namun dihalangi Kayr. Kayr posing dengan serta merta
“Jom gambar berdua pulak nak?”
Aya angguk dengan teruja. Kenapa aku rasa semua ni tak dibuat-buat ya? Sumpah aku tak ada rasa nak dengki kan mereka lagi... Aku memang sepenuhnya mahu fokus dengan Kayr. Aya menatap Kayr yang sangat teruja apabila melihat semula gambar yang diambil
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...