Aya dan Kayr menoleh ke arah lelaki tersebut dan keliru. Tanpa malu, Kayr bertanya dengan hairan. Lelaki tersebut memandang kepada rakan-rakan dibelakangnya antara satu sama lain dan tersenyum
"Kami dari youtube Xi Team, kami nak bersedekah sedikit mencari lagi 2 orang untuk disponsor bercuti dan melaksanakan aktiviti menarik di Korea"
"Awak berdua telah menarik perhatian kami jadi di sini kami ingin merasmikan awak berdua ialah pasangan kedua yang berjaya merebut rezeki ini!" - Rakan lelaki itu
Kayr berdahak manakala Aya terkejut namun tersenyum lebar. Aya mengambil surat tiket yang diberi mereka, tidak lama kemudian kesemua youtuber tersebut beredar
"Weyh Kayr luck birthday aku ke ni?! Weyyy sumpah tak expect"
"Alhamdulillah rezeki~ tahniah la for both of us ha apa kata kita cari-cari baju yang sesuai untuk ke sana alang-alang ko pun dah tak de kerja"
Aya angguk dengan teruja. Aya terus berlari dan melompat ke arah kereta Kayr manakala Kayr menggelengkan kepala dengan senyuman. Kayr menoleh ke arah pekerja bertugas dan mengarahkan untuk sambung buat kerja dengan teliti
Mereka pergi ke mall dan masuk ke kedai yang berkaitan untuk mencari pakaian yang sesuai. Lama juga sehingga waktu menjadi petang. Dekat tangan masing-masing penuh dengan beg kertas
"Tak sangka lagi 3 hari birthday aku Kayr~ rasa tak sabar akhirnya 24 tahun!!"
"Orang lain dah lama besar kau je lambat erm erm erm lemah!! dah la pendek"
Aya mula panas dan menunjukkan penumbuk. Kayr menjelir lidah dan melarikan diri. Aya menghembuskan nafas dengan pasrah lalu mengejar seperti raksasa yang sangat lapar
Mereka tiba di satu cafe sebelum balik ke rumah. Mereka memesan makanan yang basic di mana Aya mengambil nasi putih ayam buttermilk manakala Kayr mengambil chicken chop
"Sedapnya makanan kat sini!! Ayam dia panas-panas lembut pula tuuu air pun banyak"
Kayr tersenyum melihat Aya yang gembira makan tanpa memikirkan masalah. Aya dan Kayr berborak tentang kehidupan seperti biasa
"Kenapa kau nak kahwin dengan aku ek?"
"Sebab aku suka kau?"
"Cuba lebih spesifik sikit boring ah kau ni"
Kayr ketawa kecil dan tiba-tiba waktu itu Aya mendapat notifikasi menandakan Zarif post sesuatu di Instagram
"Alamak aku lupa turn off noti untuk ig dia ni sat nah aku nak settle ni nanti kau sambung"
Kayr angguk dan hanya makan dengan tenang. Kayr baru nak menyuap satu lagi kepingan ayam ke dalam mulut apabila Aya yang tiba-tiba menjerit membuatkan Kayr flinch dan istifar
"Apahal pulak kau ni Aya terkejut aku"
"Weyh!! aku dah tahu siapa pasangan sebelum kita yang bertuah dapat ke Korea!! Zarif dengan Dania gilaaa eee semak ah!"
Kayr menelan air liur lalu mengambil telefon di tangan Aya. Kayr terus block Instagram tersebut membuatkan Aya terkejut
"Asal kau block?!"
"Lantak diorang la nak post apa pun yang kau kesah apahal? Diorang tu past, aku tak sarankan kau tengok past waktu kau bersedih sebab sebenarnya pada pandangan aku tak mengajar apa-apa pun selain melukakan diri sendiri.. kalau orang kental mungkin dia buat benda ni sebagai motivasi tapi kau tak, aku tak cakap kau lemah cumanya kalau tahu diri tu masih bergantung kepada dia baik kau padam dia anggaplah untuk sementara, aku bukan apa aku takut usaha kau nak dekatkan diri dengan benda yang baik tu sia-sia"
Aya mengeluh dan mengangguk setuju. Kayr tersenyum lalu mengeluarkan satu kotak kecil diberikan kepada Aya
"Weyh! gelang tangan? Sumpah la birthday aku lambat lagi sabaaa ahhahaa"
"Birthday hadiah lain, ni hadiah aku untuk mengingatkan kau supaya jangan sedih lagi dengan perkara yang menyakitkan... Siapa cakap kau tak ada apa yang diorang ada? Kau ada aku, dan akulah gelang ni. Gelang ni jadi saksi dan simbol bahawa aku akan tetap ada di sisi kau Aya, aku sayang kau aku cintakan kau faham?"
Aya diam. Dia angguk dengan perlahan-lahan dan sambung makan. Kayr melepaskan hembusan nafas yang berat. Aku akan bagi kau masa Aya, aku akan bagi kau masa untuk kau terima aku, the moment kau terima je aku... Aku akan angkut kau sampai bila-bila
---
Kayr balik ke rumah dengan senang hati membawa beg-beg kertas yang dapat waktu shopping tadi. Kayr menuju ke bilik tetapi senyuman nya pudar apabila semua barang seninya dipatahkan dan dirosakkan. Erysa yang mengamuk menoleh ke arahnya dengan muka tangisan yang agak seram
"Matilah aku... aku lupa nak kunci bilik nasib lah laptop aku sempat simpan" - hati Kayr
"APA BENDA SEMUA NI KAYR?! KENAPA KAMU MASIH TERUSKAN IMPIAN BODOH YANG TAK ADA FAEDAH NI?! KAMU TAHU TAK KAMU DAH CABAR KESABARAN IBU! SUDAH LAH DENGAN BENDA MENGARUT NI! OOOO PATUT LAH KUNCI PINTU RUPA-RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU"
"APA YANG SALAH DENGAN IMPIAN DAN HOBI KAYR NI IBU?! KENAPA IBU BENCI SANGAT DENGAN SENI?! IBU KAYR BERBAKAT DAN DENGAN CARA NI PUN BOLEH BUAT DUIT MACAM IBU NAK LA!"
Kayr akhirnya melawan Erysa membuatkan Erysa terkedu. Erysa ketawa kecil dengan seram dan menghampiri Kayr bersama pandangan maut. Kayr mundur ketakutan
"Bakat? Do you really think that you have bakat Al-Kayr? Apa yang ibu nampak kamu menghasilkan semua seni sampah! Kamu beli benda alah semua ni pun dah menunjukkan kamu loser! Kamu bukan lelaki sejati sedarlah sikit! Even kamu handle business kita yang sekarang pun sebenarnya yang menyumbangkan kebaikan tu staff kamu bukannya kamu! Kamu lemah! Ada hati nak ada sesuatu 'impian?' mustahil jangan nak berangan la! Kamu jangan nak perasan kamu ni gifted! Aku paling benci orang belagak hebat! Dah la malas la aku layan kau ni sama je dengan Alysa tak guna tu! Disukai ramai dengan mempunyai bakat yang bodoh!"
Ouch! Aku dimaki oleh ibu sendiri. Setinggi itu ibu dengki dengan Alysa? Disebabkan orang macam kami ada tujuan hidup membuatkan ibu benci? Sebab orang yang bermatlamat ni disukai ramai huh dasar ibu kurang kasih sayang! Tak memahami! Disebabkan kau lahirkan aku lah aku bertahan dengan kau!
Kayr mengucapkan semua itu di dalam hati sambil menangis kutip sampah-sampah yang berada satu bilik. Kayr mengambil sampah yang terpelanting di hadapan pintu namun terhenti apabila ayahnya berdiri di hadapannya. Kayr terus bangun dan menghadap dengan sayu
"Nah ambil duit ni pergi beli semula barang apa yang patut"
BERSAMBUNG
*kekurangan idea lagi sekali maap bosan
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...