Chapter 17

129 8 0
                                    

Aya tidak sanggup dia terus bangun dan menjauhi Kayr. Kayr mengambil buku yang berada di telinga Aya semasa dia baring. Kayr menoleh ke arah Aya yang berpeluh dan gugup

"Kau jangan nak perasan la, aku nak ambik buku sebelah kau je. Kan aku cakap aku tak hingin nak buat benda tak elok dengan kau"

Aya hanya mendiamkan diri. Hatinya sangat berdebar-debar bukan kerana takut tetapi sesuatu perasaan yang dipanggil malu. Kenapa aku malu? Aku bukannya suka dia pun tapi cara dia tenung mata aku tadi dan dekat dengan aku... Kenapa aku rasa sesuatu ya?

Aya tenung Kayr yang kembali membaca dengan tenang. Aya mengeluh dan berfikir. Kenapa aku tak pernah rasa gugup macam tu bila dengan Zarif ya? Ya Allah apa yang kau buat dengan aku Kayr? Kebelakangan ni fikiran aku selalu akan diselit pasal kau

"Hensem kan aku even tengah membaca sampai kau tenung aku lagi macam tu? Well I know I'm that kind of fictional character"

"Eeee tolong la! Fictional character lagi hensem, macho la dari kau ha lagi-lagi abe Al-Qadr uuuu driver atas langit!!"

Kayr menoleh ke arah Aya dengan terkejut dan tersenyum lebar. Dia mendekati Aya sekali lagi membuatkan Aya pelik

"Seriouslahh kau baca cerita tu! Weh aku suka gila part "aku paling suka diri aku, aku hadiahkan kepada kau boleh" wehhh part yangg tuuu"

"Hahahaha seriouslah kau ni romantik juga ya haa part yang tu "dia amanah dan aku penjaganya" weh sumpah best!"

Kayr menutup mulutnya dengan sangat-sangat teruja. Bulat mata-mata dan excited gila nak mampus bila cerita pasal cerita kegemaran dan ada orang lain baca serta vibe sekali. Aya hanya ketawa kerana terpegun, ini sisi yang baru buat Kayr.

"Kau kata kau tak suka membaca?"

"Aku kalau kepunan je aku baca, alang-alang cerita tu best aku enjoy je la"

Kayr menepuk tangan seperti anjing laut. Aya ketawa lalu menepuk sekali sehinggalah waiter datang dan menghantar makanan. Waiter memberikan pandangan yang pelik kepada mereka membuatkan mereka segan lalu berhenti terus berdahak.

Waiter menggelengkan kepala dan memandang ke luar pintu memberi arahan untuk anak team masuk meletakkan makanan. Sekali masuk ramai membuatkan Aya membulatkan mata, satu-satu jenis makanan dihidangkan atas meja

"Wei banyok nyee! Kau order satu catering ke apa ni Kayr"

"Ha ah"

Tersedak Aya, Wei biar betul mamat ni makanan sini mahal siot aku memang la cakap aku tak tahu nak pilih apa sekali dia pilih semua?! Habis lah siapa nak habiskan ni?

"Alah takpe aku yakin semua ni boleh dihabiskan sebab kau pun jenis lahap je belake, macam aku tak tahu perut kau tu mana pernah kenyang"

Aya geram lalu membaling buku yang dekat kepada Kayr. Kayr menghadang dengan lengannya dan ketawa besar. Waiter hanya diam dan membuat kerja masing-masing. Waiter dan anak team meninggalkan mereka setelah selesai meletakkan set makanan yang lain

Aya yang terliur mengerling ke arah Kayr, Kayr memberi isyarat untuk makan. Aya dengan segan mencapai satu hidangan. Aya makan dengan perlahan pada mulanya tetapi setelah beberapa minit, semua keayuan hilang dengan serta merta. Kayr yang mengerling sedikit ke arahnya chuckles kemudian hanya sambung membaca

Sedang kusyuk makan, Kayr masih membaca bukunya kali ini buku yang ke-17. Aya tenung ke arah Kayr kemudian sedar akan rantai yang dipakai Kayr.

"Siapa bagi rantai kau tu? cantik"

"Hum? Ni? Ayah aku. Dia cakap ni amanah yang diberi oleh seseorang. Aku harus pakai sebab ada amanah yang masih aku tak jumpa sampai sekarang. Itulah kata-kata ayah aku sampai sekarang. Even pagi tadi dia chat aku kata benda yang sama kau nak tengok?"

Aya angguk dan senyum. Dia kemudian berhenti makanan dan melihat ke arah tingkap. Dia menghembuskan nafas dengan berat

"Aku pun ada amanah tapi yang membezakan aku dengan kau... Kau masih ada seseorang yang ingatkan kau untuk sentiasa berpegang kepada amanah"

"Maksud kau?"

"Aku ada anting-anting tapi aku tak boleh tunjuk, aurat kan? Tapi tu la sebelum mama meninggal dia cakap jangan tanggal anting-anting aku... mungkin dia tahu dia nak pergi, dia nak sentiasa ada dengan aku sebab anting-anting ni la hadiah pertama darinya"

Kayr diam. Kayr tenung Aya yang kembali sayu. Kayr senyum dan berkata

"Yang pergi biarlah pergi, jangan kau sedih akan kehilangan. Aku boleh jadi orang baru untuk ingatkan kau akan amanah, tak akan sama tapi sekurang-kurangnya ada. Aku bersedia untuk menjadi kekuatan hidup kau dan menjadi tempat untuk kau bersandar. Kalau kau ada apa-apa kau cari je la aku. Aku ada, aku hidup dan akan sentiasa hidup dalam diri kau Aya, Aku janji"

Aya terkedu. Kayr memang hebat, aku tak pernah rasa nak bergantung sampai macam ni dekat orang.. Aku boleh nampak hatinya baik sekali. Setiap malam aku berdoa untuk dapat seseorang yang boleh bantu aku hidup dalam dunia yang kejam ni... akhirnya termakbul? Seperti takdir

(Di office)

Aya masih termenung ke arah skrin komputer. Masih terfikir akan Kayr yang sangat baik akannya. Dia lah orang pertama membuat aku tersentuh dengan kata-kata. Aya menggelengkan kepala lalu mula fokus dengan kerjanya.

"Eishhh apa ni! Tadi kan dah masuk dalam folder ni asal hilang?!"

Aya bengang. Aya cuba meniliti dengan tekun tanpa sedar Kayr yang berada di mesin printer belakangnya menoleh ke arahnya. Kayr mendekatinya seolah-olah mendakap Aya. Tangan Kayr terus memegang mouse. Aya dengan gelabah melarikan tangan dari mouse dan cuba untuk bernafas. Dia ada belakang aku!! Kalau aku bangun konferm langgar.

"Senang je la ni kau ni mula-mula tekan sini.. "

Aya angguk dengan gugup. Dia hanya memerhati cara Kayr menyelesaikan masalah di komputer nya. Ya Allah kuatkan iman hamba-Mu ini perfume mamat ni kuat sangat! Perfume vanilla campur bakarat yang membuat manusia lain akan addictive!

"Okay dah siap"

Kayr secara tidak sengaja menatap Aya yang sudah menatapnya. Mereka berpandangan mata dengan lama. Masing-masing admire mata cantik dari satu sama lain

BERSAMBUNG

*saya kehabisan idea di sini maaf sekiranya agak bosan terima kasih kerana membaca sayang kamu semua

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now