Chapter 46

93 6 0
                                    

Kayr mendekati Aya. Aya mendongak ke arah Kayr yang berdiri di hadapannya senyum. Aya angguk dengan ikhlas. Kayr tersenyum dan tiba-tiba melompat gembira

“Yeayyy! Aya akhirnya akan jadi bini aku! Yeayyy ya Allah alhamdulillah! Thank you Aya!"

Aya ketawa dan angguk. Kayr mula behave dan bertanya semula, kenapa Aya nak kahwin dengan dia. Kayr memasang telinga dengan teliti

“Erm kalau ikutkan hati, aku still tak nak kahwin dengan kau”

Senyuman Kayr terus pudar. Kayr menatap Aya dengan pandangan yang kecewa

“Tapi aku tak boleh nafikan lagi. Aku kena setuju, kau comel juga orangnya. Erm aku suka laki comel-comel ni”

Aya cuba control mukanya yang merah dan malu. Ego tetap mengusai namun dah terlanjur luah dah pun kan? Kayr yang mendengarnya ketawa, Kayr kembali senyum dan angguk dengan sangat teruja

“Tak apa lahh aku faham but ya Allah syukur sangat alhamdulillah, Nanti esok lusa kau ikut aku ya?"

“Eh nak pergi mana pulak? Takkan nak kahwin terus eh bukan semudah itu ehh”

Kayr ketawa dan menggelengkan kepala. Kayr menarik nafas dan melihat bintang yang bersinar

“Aku kan ada cakap aku nak kenalkan kau dengan parents aku~ Esok atau lusa kita jumpa parents aku bincang terus pasal kahwin ni”

Aya tersedak. Wow memang express betul ya mamat ni. Aya senyum dengan janggal dan angguk. Tepat pada waktu, Fathin keluar dan bertanya

“Itu kenapa pulak tu? Kayr kenapa tak masuk dalam?”

“Hehehe tak apalah mak cik~ Kayr dah dapat jawapan yang berbaloi”

Fathin keliru, Fathin menyandar di sisi pintu lalu menyilangkan tangan. Fathin memberikan isyarat apa maksud Kayr. Kayr pandang Aya dengan senyuman. Muka Aya makin memerah

“Kayr dan Aya akan berkahwin mak cik!!! Akhirnya!! Perbincangan senyap-senyap kita berjaya!!”

“Ha?! Senyap-senyap?! jap mak cik pun ada contact Kayr dan berpakat untuk ngorat Aya ke?!”

Fathin menjadi gelabah dan janggal. Fathin senyum terus lari masuk ke dalam selepas mengangkat bahu. Aya ternganga mulut dan menoleh ke arah Kayr sambil menjeling

“Ap--apa? ini dikira effort nak dapatkan bidadari ma~ Awak kena hargai"

“Haih ikut awak le malas lah nak layan ish! Dah pergi balik, saya nak kahwin ikut adat tak nak kahwin paksa. Silap-silap kita duduk dalam gelap ni tiba-tiba riuh sekampung”

Kayr ketawa dan angguk. Dia melambaikan tangan kepada Aya kemudian beredar balik ke rumah menaiki kereta miliknya itu. Aya terus senyum dengan malu masuk ke dalam rumah.

“Cey cey ceyyy ada orang tu tak lama lagi dah nak off market”

Aya baru nak masuk bilik dah diusik oleh dua beranak yang sedang menonton televisyen. Aya menyertai mereka dengan badan tiba-tiba menjadi seperti sotong. Lembut, malu dan blushing!

“Eh mama kenapa pulak budak ni? hisap dadah ke apa tiba-tiba je”

“Eee (pukul Sheera) Kau ni tak baik do Sheera tak adalahhh bila tengok balik Kayr tu hensem la pulakk eeee geram!!”

Fathin dan Sheera memandang satu sama lain kemudian toleh semula ke arah Aya yang masih angau. Mereka ketawa bersama-sama dan setuju. Mereka mula berborak dan bergosip tentang pasangan masing-masing.

Kayr masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang sangat lebar. Kayr baru nak ke bilik namun terhenti apabila melihat ibunya sedang sibuk dengan pelbagai catalog serta terdapat sampel bunga hantaran. Kayr menggenggamkan tangan menuju ke Erysa

“Kayr dah cakap Kayr takkan teruskan perkahwinan dengan mana-mana perempuan yang Kayr tak suka! Sudah la ibu, Kayr dah ada girlfriend dah pun!"

Erysa tetap degil dan menjadi dingin. Erysa tidak menghiraukan Kayr yang sedang marah itu. Kayr buntu dan sangat tertekan. Tarmizi menghampiri mereka kerana risau akan situasi yang semakin tegang

“Okay, ibu cabar Kayr juga kan? Lusa Kayr akan bawa seorang perempuan untuk makan malam bersama-sama dengan keluarga kita. Fullstop muktamad”

Erysa terkejut dan terus menoleh ke arah Kayr yang memberontak sambil menuju naik ke atas. Erysa bangun dan menjerit

“KAMU JANGAN MELAWAN IBU KAYR! KAMU BAWA JE PEREMPUAN KESAYANGAN KAMU TU MASUK KE DALAM RUMAH NI BERMAKNA KAMU DAH UNDANG MALA PETAKA DALAM KELUARGA KITA"

Kayr tidak kisah. Walau apa pun dia tetap akan mempertahankan hak kali ini. Aku dah besar, aku ada life aku sendiri. Yang akan jadi ketua keluarga nanti aku bukan mak aku! Walaupun restu ibu tu penting tapi ini dah melampau!

Lusa sudah menjelma, Kayr menyuruh bibik untuk memasak makanan yang sangat sedap. Kayr memakai baju kemeja dengan sangat kemas, Kayr tidak sabar untuk menjemput Aya masuk ke rumahnya. Erysa dan Tarmizi juga berpakaian kemas walaupun Erysa tidak rela. Erysa menonton televisyen dengan dingin

“Ibu Kayr pergi jemput girlfriend Kayr dulu ye?”

Erysa tidak menjawab membuatkan Kayr juga berperangai dingin. Kayr memandang Tarmizi yang menggelengkan kepala, malu dengan perangai isterinya. Tarmizi kemudian memandang Kayr dan angguk dengan senyuman. Nasib baik ayah masih bernafas sampai sekarang... kalau tak ada ayah, aku mungkin sudah lama ‘mati'

Aya yang melihat pantulan dirinya itu mula menjadi gementar. Sheera dan Fathin yang tunggu di pintu bilik Aya tersenyum

“Ya Allah cantiknya anak perempuan Alysa ni, kalau macam ni semua volunteer nak jadi mertua kamu”

Aya ketawa dan menundukkan kepala dengan malu. Sheera menghampiri lalu memeluk Aya dengan erat. Belakang badan Aya diusap lembut

“Ala tak payah risau lah Aya.. aku yakin semua akan baik-baik aje ya? Good luck!"

Aya senyum dan angguk. Hon kereta dari luar rumah sudah pun bunyi menandakan Kayr sudah tiba dan bersedia untuk menjemput bidadarinya

“Aya pergi dulu ya? jangan berhenti doakan Aya tau!"

Kedua-dua daripada mereka angguk. Aya keluar dari rumah dijemput Kayr yang membuka pintu kepadanya. Mereka bertolak ke rumah Kayr tidak lama kemudian.

Wah... aku tahu Kayr ni kaya tapi tak sangka pula sampai kaya macam ni, rumah dia besar nak mampus berbanding rumah aku hanya seluas kebun upin ipin. Aya dan Kayr masuk ke rumah dengan perasaan gementar

“Selamat datang ke rumah kami~ so girlfriend pun dah sampai moh la Kayr kita makan sama-sama"

Tarmizi menyambut Aya dengan mesra. Tak pernah-pernah dia jadi gembira dan teruja sebegitu tapi hari tu~ wow lain macam. Aya senyum dengan janggal kemudian ternampak Erysa yang berdiri di belakang Tarmizi. Aya menuju ke arahnya untuk salam

“Tak salam orang kampung, dah jom la kita makan. Sejuk pula makanan tu nanti”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now