Chapter 61

82 4 0
                                    

Pendrive diletakkan atas meja polis tersebut. Kayr yang berdiri di sebelahnya memandang dengan kening yang terangkat sebelah

“Aku minta maaf Kayr tapi bakat aku tak cukup nak memperbaiki rakaman ni.. Suara dia pun kami tak dapat detect”

“Sumpah lah Thaqim? aduh parah ni... "

Kayr kemudian menutup mukanya, akibat geram Kayr menumbuk dinding. Thaqim berasa takut juga kesal

“Bini aku memang dalam bahaya Qim kau memang tak boleh buat apa ke?”

“Kau yakin ke rakaman ni pasal bini kau? Kau yakin ke benda ni wasiat tu?”

“Sebab kalau tidak kenapa pakcik tu nak tiba-tiba bagi kan? Aku rasa dia bekas agent Qudra’ juga tu.. Dia mesti kawan mak Aya ke haih tak tahu la Qim aku buntu”

Kayr terus duduk di kerusi dengan sangat serabut. Thaqim menghampiri Kayr dan mengusap belakang badannya dengan lembut. Setelah beberapa minit senyap bersama-sama dalam bilik itu, tiba-tiba Thaqim mendapat idea

“Ha!! Qhalisha! Kau pergi cari Qhalisha we aku lupa dia hebat bab bab ni! Tak silap aku dia pun pernah kerja agensi rahsia macam ni"

Kayr bingung namun mahu mencuba. Dia mengambil pendrive tersebut dan peluk Thaqim dengan erat

“Terima kasih Thaqim, terima kasih”

Thaqim angguk dengan tulus. Kayr kemudian berlari ke dalam kereta dan bergegas pergi ke rumah Qhalisha.

Clara sekarang berada di kedai cakera antik. Clara sangat berminat dengan barang antik, setiap minggu walaupun sekali, dia akan melawat dan membeli untuk didengar dalam bilik

“Wowowowow Ku tak Mahuu~"

Melalui headset yang percuma disediakan oleh kedai tersebut, Clara menari dengan bebas tanpa kisah akan orang sekeliling. Khusyuk sangat menari sehinggalah dia toleh ke belakang terdapat ramai orang memandang dengan pandangan menghukum

Clara menjadi gementar dan malu. Clara menutup mata dan menanggalkan headset terus membawa diri untuk keluar daripada tempat itu. Gelabah sangat dengan kepala yang dipandang ke bawah lantai, ambik kau dah terlanggar orang

“Haih apa lah nasib kau ni Clara... (mengangkat kepala perlahan-lahan) S--saya minta maaf c--"

Clara membulatkan mata lalu terkaku melihat Haqeel di hadapannya. Haqeel tatap dengan pandangan sayu membuatkan Clara juga ingat masa lampau. Clara mahu melarikan diri namun ditahan Haqeel

---

Aya duduk di ruang tamu menonton televisyen dengan tenang. Aya kemudian termenung dan berfikir

“Agaknya apa lah terjadi dekat Haqeel dengan Clara? Apa ek rancangan abang untuk mereka?”

Lama memikirkan masalah sampai masalah sendiri pun lupa. Aya menggelengkan kepala dan menuju ke bilik di mana dia menyimpan pewangi rumah yang mahu diberikan kepada Erysa

“Bila la aku nak bagi benda ni dekat dia... Aku nak dia tahu yang dendam dengan aku hanya sia-sia.. Mama pun dah lama mati, dia dah ada segalanya”

Aya tenung dengan sedih ke arah pewangi itu. Aya melihat gambar kahwin bersama keluarga kedua-dua pihak. Aya senyum dan mengusap dengan lembut

“Kan best kalau mama dengan papa ada dekat sini? haih semoga tenang kat sana ya?"

Aya bangun dan mengambil pewangi itu, Aya angguk dengan tekad kemudian pergi membalut dengan rapi dalam kotak. Aya juga menyiapkan diri, setelah siap Aya menelefon Perry

(Sampai sahaja di rumah Tarmizi)

“Puan yakin ke nak jumpa mereka? Saya tak bagitahu Tuan Kayr ni sebab Puan suruh”

“(angguk) Kau jaga belakang aku kalau ada apa-apa boleh? Aku cuma nak cuba untuk berbaik dengan dia... At least aku kena try, kita sebagai manusia tak boleh sombong lagipun dia tetap keluarga kami”

Perry mengeluh dan angguk. Mereka berhasil untuk masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang gementar serta takut. Tarmizi menyambut dengan mesra manakala Erysa agak terkejut tetapi disebabkan Tarmizi dan Perry masih ada di sisi, Erysa hanya bersikap dingin

“Kenapa tak bagitahu ayah yang Aya nak datang? Kalau tak boleh suruh bibik masak beria sikit"

“Ni pun random je Ayah~ saje nak melawat lagipun dah lama kan tak jumpa?”

Tarmizi senyum, Erysa menyilangkan tangan dan pandang ke arah lain. Aya memandang ke arah Erysa dan mengeluarkan beg kertas. Aya senyum dan menghampiri Erysa

“Ibu, ni Aya ada beli buah tangan sikit untuk ibu.. sebenarnya dah lama nak bagi tapi hari ni baru kesempatan”

Erysa menjeling kemudian bangun membawa diri ke dapur. Aya menunduk kepala dengan sayu, demi menjaga hati Aya Tarmizi ambik beg kertas itu dan senyum

“Terima kasih~ Lagipun dah lama kitorang tak dapat hadiah dari orang hehehe”

Aya terus tersenyum dan angguk. Tarmizi naik ke atas untuk menyimpan. Disebabkan Aya berasa sangat tidak senang hati, dia pergi ke dapur. Perry sedaya-upaya cuba menghalang

“Aku kena cuba juga! Sampai bila nak jadi macam ni Perry?”

Perry tidak boleh melihat mata Aya yang mahu menangis itu. Perry melepaskan Aya yang mahu melulu masuk dapur. Aya berdiri di belakang Erysa yang sedang memotong buah

“Buat apa kat sini... aku tak kacau kau jangan dekat dengan aku"

“Sampai bila ibu nak benci Aya?! Ibu wasiat tu dah memang hilang tolong la terima! Lagipun ibu dah dapat apa yang ibu nak!”

Erysa berhenti dari memotong. Erysa menoleh dengan pandangan maut kemudian bergegas bersama pisau menuju ke Aya. Satu tangan Erysa mencengkam leher Aya manakala satu tangan yang memegang pisau diacukan

“(mengalirkan air mata) Tolong berhenti untuk bunuh Aya... Aya memang tak ada apa-apa yang ibu pegang”

“TAPI ALYSA SAMPAI SEKARANG PEGANG HATI SEMUA ORANG!! EVEN SEKARANG ORANG MASIH KESAH DENGAN DIA”

“Tapi orang lain juga kesah dengan ibu.. percayalah ibu”

Erysa terus terkaku dan menatap Aya yang menangis itu dengan lama. Erysa kemudian sedar dan masih sombong degil

“Eh kau dengar sini ye, kalau aku masih rasa aku tak dapat apa yang aku nak.. Selagi tu aku akan menghantui kau! Aku akan rampas balik apa yang keturunan buat dengan aku!"

Erysa mencengkam leher Aya dengan kuat membuatkan Aya sukar untuk bernafas. Muka Aya sudah merah, Erysa masih berdegil dan kali ini mahu kelar lehernya pula

“Ib--ibu tol--tolong”

Mata Erysa semakin bulat, pisaunya makin rapat ke leher Aya. Tangannya dikuatkan, Aya seperti nyawa-nyawa ikan meminta tolong namun suaranya tidak berbunyi

“YA ALLAH AYA!”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now