Chapter 40

120 10 1
                                    

Percutian di Korea penuh dengan drama tapi tetap menjadi salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila!

Sekarang aku berada di cafe tempat Hamzah dan Sheera bekerja. Aku baru lepas habis shift bekerja aku, Jemah memberikan aku air yang dipesan dengan senyuman yang manis

“Cantiklah filter yang ni sayang!! nampak aesthetic coffee ciptaan baby ni hehehe pandai betul sayang pilih”

“Of course la tengoklah girlfriend siapa baby~ Girlfriend awak ni kan influencer berjaya so benda-benda gini basic jee hehehe”

“Awww cuteee I love you~"

“I love you moreee"

Aya berasa sangat meluat sehingga mahu termuntah, Jemah ketawa serta menggelengkan kepala dan berkata

“Dulu gaduh-gaduh sangat erm sekarang tengoklah? Terlanjur sampai macam tu, akak ni yang kerja ngan diorang bernanah telinga duk baby² sayang pada setiap masa haih”

“Itu akak yang kerja sekali pun dah bernanah apatah lagi saya yang duduk rumah sekali dengan si Sheera nuh erm lagilah on call dia tak nak kalah nuh sampai bilik mak cik boleh dengar”

Jemah ketawa sekali lagi manakala Sheera dan Hamzah menjeling dengan tajam. Sheera menyilangkan tangan dan mula berkata

“Kalau jealous cakap je Aya~ tak marah pun nanti aku tolong carikan satu untuk kau ye?"

“Eh tak payah cari~ nuh yang kat office sekali nuh ada, nanti aku bagitahu dia yang kau nak merasa okey?”

Aya terus membaling straw kepada Hamzah. Semua ketawa manakala Hamzah menjelirkan lidah. Aya roll eyes dan mengeluh dengan pasrah. Sheera menyambung lagi

“Tak payah la ego sangat Aya~ dia tu jodoh kau jugak in the end"

“Yakin dek? Aku ni elok jadi manusia yang tak boleh tengok masa depan tiba-tiba kau boleh haih pelik!! Dah la Sheera tak yah nak mengarut aku dengan dia tetap kawan fullstop!"

Hamzah dan Sheera melihat satu sama lain dan angkat bahu. Hamzah mula menyambung kerjanya yang tertangguh. Sheera pula mengeluh lalu mula mengemas apa yang patut

“Ikut ko la Aya malas dah nak cakap, bukan jadi pape pon”

Aya angguk tersengih. Ha tau pun give up tadi beria sangat!! Sedang elok berborak, Aya tiba-tiba mendapat panggilan daripada staff RHM HQ

“Ya puan kenapa tu?”

“Boleh datang office tak? Saya nak minta tolong something ni and urgent!"

Aya angguk dan setuju. Aya meletakkan panggilan lalu memberitahu ke semua rakan dan sepupunya untuk bergerak pergi. Mereka saling berlambaian apabila Aya naik sahaja ke dalam grab

(Di office)

“Saya nak minta tolong awak transferkan semua maklumat ni ke data komputer, lepas tu highlight yang mana penting boleh? Hari ni birthday anak saya.. Saya dan janji nak spend time dengan dia, saya janji nanti saya akan bayar awak sebab tolong saya settlekan semua ni”

Aya dengan berat untuk mengambil semua kertas kerja tersebut namun hatinya redha dan menayangkan senyuman secara paksa. Aya angguk setuju untuk meneruskan.

Pekerja itu senyum dengan lebar dan sangat beterima kasih kepada Aya. Pekerja itu cepat-cepat mengemas barangnya dan beredar pulang. Aya menghembuskan nafas yang pasrah lalu memuncungkan bibir dengan sedih

“Eh itu Aya, asal dia tak balik lagi?"

tanya Kayr kepada dirinya, Kayr kemudian bergerak menghampiri Aya yang bermuka masam. Aya menoleh ke arah Kayr dan terkejut namun kembali masam kerana ia takkan mengubah apa-apa

“Kau asal tak balik lagi ni? pastu masam semacam je ada apa-apa tak kena ke?"

“Tak ada apa lah jangan kacau aku, aku tak ada mood ni... kau pula asal kau tak balik?"

Kayr yang memegang cawan itu berdiri tegak lalu memberi tahu dengan tulus

“Aku ada banyak kerja nak settle dari partner business, lagipun memang aku nak spend time dekat sini malam ni”

“Oh. Okay bye buatlah kerja kau, aku takkan kacau hm”

Setelah mengucapkan sedemikian, Aya membawa semua kertas kerja ke tempat duduknya. Aya mengeliat lalu memulakan dengan Bismillah. Kayr hairan namun malas nak fikir panjang, dia membawa diri masuk ke dalam office nya

(Setelah 3 jam)

Jam menunjukkan sekarang sudah pukul 9.30, mesti mak cik pelik kenapa aku tak balik lagi. Haih maafkan aku mak cik tapi kalau Aya tak tolong kesian pula akak tu

Aya menjenguk ke arah bilik Kayr yang masih bernyala. Dia pun tak balik lagi, haih minta maaf juga lah Kayr, tadi kau ada tegur aku lagi tapi aku marah kau

“Fokus nya budak pendek ni, jangan stress² nanti lagi terbantot”

“Ish la kau ni!! Jangan cari pasal boleh tak?! Aku dah la tengah period ni nak tambah dengan stress kau pula! Semak ah!”

Macam kasar sangat je aku marah dia bila fikirkan balik. Aya berasa bersalah, dia mengeluarkan gula-gula yang dibawa untuk diberikan kepada Kayr. Aya tersenyum. Tiba-tiba teringat time dia pujuk aku dengan gula-gula macam ni

Aya mengetuk pintu office Kayr, Kayr terus menoleh dan membuat muka yang sangat bingung. Aya mendekati Kayr lalu meletakkan semua gula-gula yang dibawanya ke atas meja

“Sorry lah aku marah kau tadi... Aku tak sengaja, hormon tak stabil hehehe”

Kayr ketawa dan angguk. Dia faham sangat sebab kalau ibu period, ibu akan bertindak sedemikian juga. Kayr bangun dan pergi ke laci khas untuk mengeluarkan sesuatu.

“Kau buat apa tu?"

“Nah, kau mesti tengah senggugut kan? Ni tadi aku keluar kejap cari pek pemanas ni untuk kau letak kat perut atau pinggang yang sakit tu, nanti kau letak la air ya dalam ni”

Aya tersentuh. Sumpah dia lelaki first yang caring sampai macam ni! Aya ambil dengan senyuman. Kayr mengeluarkan satu lagi barang

“Kau nak buat apa pulak tu?”

“Kau suka tengok movie tak? Apa kata kita tengok sama-sama guna projektor ni, bukan apa hilang la stress kau sikit nanti”

Mata Aya terus bersinar, dia angguk kepada Kayr dengan teruja. Kayr senyum lalu menutup semua tirai untuk mula menonton filem dengan lebih khusyuk.

“Kau nak tengok movie apa?"

“Kita tengok yang romance la sebab tiba-tiba kepunan~ selalu aku tengok action je”

Kayr angguk dan terus menurut perintah. Setelah selesai memilih movie, Kayr memberikan selimut yang dibawanya dari rumah kepada Aya, takut Aya sejuk ye lah movie kan lama. Mereka duduk di bawah lantai dan mula tengok movie yang terpampang pada tirai hitam tersebut

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now