Chapter 59

79 3 0
                                    

Kini percutian berlangsung, disebabkan Aya teringin nak naik tempat yang tinggi, Kayr bercadang untuk membawanya pergi bermain bungee jumping dan flying fox

Mereka tiba ke destinasi tetapi of course la ada je yang menyibuk. Tak lain tak bukan, Clara la orangnya. Sepanjang 3 hari di Koh Samui, Clara selalu menyertai mereka walaupun tak diundang. Selalu sibuk nak duduk sebelah Kayr.

“Nasiblah aku ni isteri paling penyabar kalau tak dah lama aku jolok mata kau tu Clara”

Sambil menunggu pekerja bertugas memakaikan baju keselamatan kepada mereka, Clara menjeling dan flip rambutnya tepat ke muka Aya. Aya sangat marah dan mahu menumbuk kepada mukanya

“Istifar sayang istifar”

Haih nasib lah ada suami yang ingat Allah lagi, kalau tak kau dengan aku memang settel dekat neraka Clara! Aya menghembuskan nafas tidak puas hati kemudian dia mengerling kepada Kayr. Aya terus mengerutkan muka serta melihat atas dan bawah secara menghukum kepada suaminya itu

“Abang ni dah kenapa? Kenapa nampak pucat, berpeluh semacam ni?"

“H--ha? O--oh tak ada apa la~ tak puas makan kot tadi hahaha"

Aya masih hairan sehinggalah satu fikiran datang di kepala. Aya tersengih dan menatap mata Kayr dengan rapat

“Ke abang takut tinggi? eeee tak maluuu dah besar pun takutt”

“E--eh! mana ada lahh aba--abang okay je! Tu ha setakat flying fox bersambung-sambung tu huh apa lah sangat”

Aya angguk dengan bangga kemudian dia mengelilingi suaminya yang terang-terangan gementar. Aya ketawa kecil

“Abang kalau abang takut tak payah la kita naik, atau pun saya boleh naik sendiri"

“Eish sayang ni! Jangan pandang rendah eh abang boleh buat~ lagipun kerja tinggi² ni undercover pernah buat lee so don't worry worry”

Aya masih tidak percaya. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghubungi seseorang. Kayr menelan air liur gementar.

“Hello Aya kenapa call ni?"

“Qhalishaaa hi~ sorry baru nak call hari ni tapi dah save lama dah nombor nii”

Kayr terus terkejut dan gelisah. Kayr jadi tidak tentu arah , terhulu-hilir. Kalau dia suruh Qhalisha tanya Airil macam mana? Habis lah rahsia aku!! Ahhh bongok la kau pun Kayr, kalau aku tahu aku tak kenal kan Aya dengan diorang

“Eh takpe, by the way selamat pengantin baru lupa nak wish hari tu. Sorry tak dapat datang ada hal”

“Eh takpe takpe~ ni Qhalisha boleh tak Aya nak cakap dengan Airil jap?”

Qhalisha terus memberikan panggilan tersebut kepada suaminya yang sedang bermain dengan anak. Qhalisha mengambil alih pula untuk melayan anak

“Iye Aya kenapa ya call bini saya ni?"

“Airil, Aya nak tanya sikit ni--"

“Takkk payah lah sayangggg!! Su--sumpah tak ada apa-apa!! Abang--”

Airil berdahak di dalam telefon. Aya tersengih kemudian ketawa kecil. Kayr dah mula pasrah lalu bercadang untuk duduk sahaja di bangku yang disediakan

“Kitorang kat Thailand ni Airil, sekarang nak main flying fox yang bersambung-sambung macam Blackpink main tu? ha yang tuh”

“Ohh yang tu ke~ eh jap boleh ke Kayr naik tu? Bukan dia takut tinggi ke? Kalau tak silap, setiap kali mission dia request tak nak ambik yang tempat tinggi”

Aya terus pandang ke arah Kayr yang sudah pasrah. Aya cuba menahan ketawa sambil angguk. Aya menyilangkan tangan

“Okay faham faham, tak adalah tu je just nak confirmation sebab ada orang tu--”

“Dah ko jangan nak melebih-lebih eh balik kang siap ko”

Airil yang mendengar suara Kayr itu ketawa bersama Aya dan Qhalisha. Aya menggelengkan kepala dan memberitahu mereka sudah mahu pergi.

“Okay ready everyone? there will be 10 course so enjoy" - Leader

Clara dan Aya jawab manakala Kayr sudah menelan air liur. Aya menoleh ke arah Kayr dan memegang lengan Kayr dengan erat. Ter lompat-melompat pergi ke titik mula.

“AHHHHHH YA ALLAH TOLONG AKU”

Setiap course tak salah kalau tak dengar suara Al-Kayr yang menjerit ketakutan. Aya hanya ketawa dan mencubit-cubit telinga Kayr. Kayr meraung kononnya menangis

Clara yang melihat dari belakang terhenti dan menghembuskan nafas dengan berat. Dia mengeluarkan telefonnya sebelum ikut mereka semua mendaki semula. Tatapan cinta kepada gambar Haqeel tidak pernah berubah. Clara hanya senyum namun pudar apabila mendapat mesej

“Torture dia, bagi amaran"

Kenapalah kau wujud Aya? Kenapa juga kau wujud Erysa? Kenapa aku tak boleh hidup tenang? Haqeel aku dah tak kuat

Course yang seterusnya lebih extreme. Peserta harus turun daripada lubang yang disediakan. Kayr mengadu kepada Aya manakala Aya enjoy ketakutan Kayr. Biasa nampak macam gentle, macho semacam tapi ni lain ni HAHAHA

“Ya Allah kau selamatkan aku, aku amalan tak cukup lagi dosa je banyak ni"

Kayr yang berdoa membuatkan Aya lagi ketawa terbahak-bahak. Aya menggelengkan kepala dan volunteer untuk pergi dulu namun ketinggian kali ini menarik perhatiannya. Aya menjenguk dulu dengan teruja

Kayr yang duduk cuba bernafas dengan normal mengangkat kepala melihat ke arah Aya. Dia terus membulatkan mata apabila melihat Clara dari belakang mahu menolak Aya. Elok pula mata yang sangat tajam seperti Hamzah, Kayr ternampak dari jauh bukit sebelumnya terdapat seseorang bersedia dengan snipernya untuk menembak Aya

“Sayang! sini"

Lepas mengucapkan sedemikian, Kayr berlari ke arah Aya dan memeluknya. Clara hampir jatuh dengan posisi yang mahu menolak. Aya terkejut tapi tidak nampak posisi yang dibuat Clara kerana badan Kayr yang menghalang.

Zup! Kayr menahan sakit apabila peluru sniper tergesel sedikit di lengan kirinya. Aya agak terkejut dan tertanya apakah benda terbang di tepi Kayr

*Tak faham en ayat aku? Faham² kan sumpah cerita ni buat aku depress ') idea tak keluar

Clara juga terkejut dan melihat ke arah dari mana peluru itu datang. Clara menelan air liur dan volunteer diri untuk pergi dulu. Clara tidak boleh bernafas kerana anxiety attack

“Kenapa dengan Clara macam nak cep--- YA ALLAH APA NI DARAH DEKAT LENGAN ABANG"

Semua penjaga terus mengalihkan pandangan kepada suara Aya. Mereka berlari dan cuba merawat Kayr secepat mungkin. Mereka ikat kain dikelilingi lengan Kayr yang berdarah.

“Takpe, sayang pergi dulu nanti abang ikut"

Aya jadi serba-salah untuk meninggalkan suaminya namun berhasil turun dulu. Kayr selaku peserta terakhir akan turun dari lubang bersiap sedia. Pekerja bertugas sangat serious memasang pakaian keselamatan untuk memastikan luka Kayr tidak terjejas

“Ambil ni, dah lama aku cari kau. Maaf aku lambat”

Kayr terkejut apabila salah satu pekerja yang agak tua dengan senyap menghulurkan pendrive misteri. Tidak lama kemudian, tanpa bertanya apa-apa Kayr turun dari lubang

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now