Chapter 24

118 10 0
                                    

Sheera meletakkan air ke atas meja tetamu. Kayr dan Perry hanya menundukkan kepala takut jika disoal Fathin. Fathin mula hairan, macam pernah ku nampak budak ni tapi di mana ya?

"Mak cik! Jangan la tenung diorang macam tu nampak seram~ kesian diorang takut nak minum air"

Pesan Aya. Fathin angguk lalu memberikan senyuman. Fathin mengalu-alukan mereka untuk minum. Sheera terpegun dengan gaya pemaikaian mereka

"Woahhh macam orang kaya siapa ni sebenarnya Aya? Kawan baru kau ke?"

"Dia boss aku lah"

Sheera berdahak lalu senyum dengan janggal kepada Kayr dan Perry. Sheera bangun dan masuk ke bilik. Kayr menarik nafas dan menerangkan apa yang patut

"Macam yang Aya cakap saya ni... boss dia maybe soon to be husb--"

Aya membaling remote tv yang berdekatan kepada Kayr. Kayr dan Perry flinch manakala Fathin menggelengkan kepala dan senyum kembali kepada Kayr

"Boleh je lagipun Aya ni belum kena lock lagi, katanya nak tunang dah tapi hmm tak ada bayang hantaran pun"

Aya tunduk kepala dengan sayu. Mak cik mesti penat tunggu Zarif yang masih menangguhkan janji dia, ni pun kata nak chat.. tak chat pun dasar penipu! Mesti dia ada dengan Dania sekarang

"Takpelah mak cik jangan risau nanti tak lama lagi ada la hehehe insyaallah"

"Insyaallah betul-betul mak cik sentiasa menunggu" - Fathin

Perry melihat jam di tangan lalu berbisik kepada Kayr. Kayr angguk dan menatap Fathin bersama Aya. Kayr bangun dari sofa

"Mak cik kitorang dah nak kena pergi ni... Nanti ibu saya kata apa pula nanti lain kali saya datang lagi ya?"

"Ha baiklah~ Terima kasih hantar anak buah mak cik ni risau juga malam-malam ni tak ada grab tapi lega hati bila boss dia hantar"

Kayr senyum dan menggarukan kepala yang tidak gatal. Perry menundukkan hormat buat kali terakhir maka mereka beredar meneruskan perjalanan

"Mak cik suka boss kamu ni~ Muda lagi ya? Kalau nak dibandingkan dengan Zarif, mak cik rasa mak cik lebih letak harapan dengan dia"

"Ada-ada je lah mak cik ni! Zarif tu mungkin dia masih tak cukup duit mak cik tapi dia tetap berjaya ambil hati Aya.. So mak cik sabar je dulu okay? Aya takkan menerima dan buka hati kepada siapa-siapa pun kecuali orang yang tepat"

Fathin mengeluh dan hanya melihat kelibat Aya yang terus masuk ke dalam biliknya. Fathin mengemas ruang tamu tanpa bersuara

---

Aya mahu menghantar dokumen-dokumen yang disuruh pada bilik yang dimaklumkan. Dia terhenti apabila mendapat satu notification

"Aik? Zarif block aku? jap betul ke ni?"

Aya meneliti dengan tekun. Kalau nak ikutkan notification aku ni tak salah 'you have been blocked' Like for real? Kenapa sampai nak block aku ni? Nak pergi mana? Dah la sampai sekarang tak chat even balas notification aku

"Uik tengok apa tu"

Aya menoleh ke arah suara yang menegurnya. Kayr yang berdiri tinggi lampai di hadapannya senyum. Aya hanya memuncungkan bibir dan menggelengkan kepala terus menyimpan telefonnya di dalam poket

"Tak ada apa lah ni ha aku nak hantar file dekat bilik gerakan"

"Nak aku tolong? Meh banyak sangat tu"

Aya menggelengkan kepala sekali lagi dan meninggalkan Kayr di belakang. Kayr masih berdegil lalu hanya merampas sebahagian file yang dibawa

"Kau ni boss yang memang tak ada kerja eh? aku tengok kau ni merayap sana sini"

"Aku memang tak ada kerja dari dulu, tapi lepas kau datang dalam syarikat ni aku wujudkan satu kerja yang boleh mengisi waktu-waktu bosan aku"

"Ha kerja apa?"

"Kerja memikat hati sang Bidadariku"

Aya berdahak manakala Kayr ketawa terus kenyit mata. Kayr bergerak ke hadapan menuju ke bilik gerakan dulu. Aya menjelingkan mata dan hanya ikut dari belakang secara terpaksa

Setelah beberapa minit, Aya dan Kayr meletakkan ke semua file di atas meja berkenaan. Aya bersedia untuk beredar namun seperti biasa dihalang Kayr

"Kau pernah pergi gym tak?"

"Tak kenapa?"

"Aku ingat gajah mana lah merayau-rayau dekat company aku ni rupanya kau"

Aya terus bengang, penumbuk ditunjukkan kepada Kayr yang ketawa terbahak-bahak. Muka Aya memerah dan dalam masa yang sama dia melihat semula keadaannya. Gemuk sangat ke aku?

"Kau tak yah insecure² sangat lah Bijou, aku gurau je. Kau tu dah memang cantik dan tersangat cantik aku tanya tadi sebab nak ajak kau join aku lepas petang nanti lepas office hour"

"Kau memang tak ada orang lain ke nak ajak? Aku yang pendek kecik kurus ni juga nak diajaknya"

"Oh mengaku? Hahahahah bagus-bagus! Aku memang ada kau je dalam hidup aku dah la ikut je boleh?"

Aya roll eyes dan angguk dengan paksa. Suka hati kau la Kayr, aku malas dah nak layan yang penting kau tak kacau hidup aku dah. Aya beredar balik ke office? manakala Kayr tersenyum sambil menyilangkan tangan melihat kelibatnya dari belakang

"Apa yang Tuan suka sangat dengan si Aya tu?"

"Astraghfirullah! Ya Allah terkejut aku Perry! Apa yang aku suka? Well dia cantik, baik, pandai, comel, mata dia lawa, hidung dia mancung macam aku, bibir dia pink aum hahahahah pastu orangnya kecik je sesuai dengan aku yang besar kedabak ni.. Yang penting dia selitkan soft spot untuk aku eh semuanya lah sempurna si Aya tu"

"Soft spot? Aku tak nampak pun soft, yang aku nampak garang macam singa je"

Kayr ketawa namun hanya tersenyum suam. Sebab aku nampak lah aku kata dia selitkan soft spot buat aku. Dia tak cakap tapi dia tunjuk sama ada waktu sekarang atau waktu kecil dulu...

"Sebab awak panas? Sebab tu saya halang dengan buku ni"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now