Hari bekerja seperti biasa, Aya dan Kayr sibuk menyiapkan tugas masing-masing. Aya yang mahu berehat sebentar daripada menghadap komputer dengan begitu lama itu mengeluarkan rantai yang dicicirkan pekerja.
Aya tenung rantai itu dengan penuh soalan dan risau. Lelaki tu... seperti ada masalah. Takkan aku silap pandang kot? Memang betul waktu dia langgar aku tu dia macam baru lepas menangis
“Aya? Ayasya Amirah kau dengar tak”
Suara Kayr yang memanggil telah menganggu fikiran aku. Aku bangun dan terus bergegas ke arahnya
“Kenapa kau panggil aku ni?"
“Kau busy ke sekarang?”
Aya diam dan melihat meja kerjanya. Dia memandang Kayr semula dan menggelengkan kepala dengan senyuman
“Jom ikut aku"
“Eh nak pergi mana?"
Kayr tidak menjawab namun terus ke lift. Aya mengeluh dan ambil beg silang kemudian bergegas ke lift dengan segera.
Kayr membawa Aya ke mall dan menuju ke H&M dengan segera. Aya yang ikut dari belakang turut jadi gelabah
“Staff, tolong saya cari pakaian yang sesuai dengan dia. Sesuai untuk dinner lah kalau boleh”
“Baik sir"
Sebahagian staff H&M tiba-tiba menarik tangan aku masuk ke ruang salin baju. Cemas juga aku tapi takpelah kita enjoy je la show si Al Kayr ni
Beberapa minit kemudian, Aya selesai memilih baju dan keluar daripada ruang tersebut dengan beberapa beg kertas. Kayr yang menunggu di luar bangun
“Dah siap dah? Jom kita bayar”
Aya angguk kemudian mereka ke ruang kaunter untuk membayar ke semua baju yang dipilih. Banyak sangat ni staff pilih, sekali lagi aku rasa bersalah sebab guna duit dia.
Kayr mengeluarkan kad debit hitamnya dan membayar kepada pekerja bertugas. Selepas itu mereka keluar dan menuju ke restoran berhampiran. Mereka makan tanpa berfikir dengan lama
“Asal kau tiba-tiba nak beli baju dekat aku ni? Ada apa-apa berlaku ke apa? Dah la semua baju cantik”
“Tak ada apa pun, aku saja je sebab bosan. Rasa macam nak habiskan duit”
Aya berdahak. Random betul mamat ni. Takpelah kau Kaya so itu hak kau. Yang penting aku pun dapat faedah hahahaha
“Lagipun kau nampak cantik dengan baju-baju baru tu, daripada aku tengok baju-baju baru tu tak terbeli dalam apps baik aku tengok baju-baju baru tu dipakai oleh orang yang aku sayang kan?"
Aya ketawa. Kelakor la Kayr ni, dari dulu lagi memang random. Aya angguk dan sambung makan sambil menggelengkan kepala. Kayr turut ketawa
Sementara itu,
Sheera sedang khusyuk membungkus pesanan kepada pelanggan tiba-tiba dikejutkan oleh satu terjah
“Bah!"
“Eh mak pocot! Eee baby ni kenapa?!”
Hamzah ketawa lalu menyandarkan diri ke dinding, Hamzah menyilangkan tangan dan senyum. Sheera memuncungkan bibir dengan masam
“Alelele merajuk pulak sayang saya ni~ Comel je tengah buat apa tu”
“Nampak tak orang tengah siapkan order ni? Haih jolok mata kang baru tahu”
Hamzah ketawa seronok kacau kekasih hatinya. Sheera kemudian memberikan pesanan itu kepada pelanggan. Sheera menoleh ke arah Hamzah dengan pasrah
“Aip tak mo masam-masam gitu cuba senyum sikit~ ”
Sheera senyum dengan paksa kemudian menjeling. Sheera juga menyilangkan tangan dan menoleh ke arah lain
“Kan manis tu~ hahahaha ni baby nak bagi somethinf actually”
Sheera pandang ke arah Hamzah semula, kening Sheera terangkat sebelah. Hamzah kemudian masuk ke bilik belakang semula hanya untuk menunjuk beg kertas yang ditulis pandora. Hamzah menghulurkan kepada Sheera yang teruja
“Baby!! Mahal ni kenapa bagi aii cantiknya~"
“Hehehe tak delah saje je nak bagi, sebab sayang selalu ada dengan baby.. Lagipun baby tak pernah bagi sayang hadiah kan?”
Sheera angguk dengan teruja. Matanya bersinar melihat gelang diberi oleh Hamzah. Hamzah turut gembira dan senyum akan reaksi Sheera.
“Tapi kenapa mesti kita putus? You dah janji dulu walau macam mana pun kita akan protect relay ni!”
Suara seorang pelanggan lelaki membuatkan Sheera dan Hamzah menoleh ke arah sedemikian. Terlihat seorang pasangan mempunyai perbincangan masalah yang rumit
“Tapi Haqeel i terpaksa! You tahu tak i pun sengsara kat rumah tu! I cuba Haqeel, i cuba jadi berani untuk pertahankan hubungan kita"
“Clara bagi i peluang untuk jumpa mama you kali ni, Biar i sendiri yang berbincang dengan dia please Clara sampai bila kita nak menyorok macam ni? Sampai bila mama you nak anggap you lemah? I boleh pujuk dia, Lagipun you pun tak nak kahwin dengan laki tu kan? Tolong Clara kita settle benda ni sama-sama”
Clara sudah menangis. Sheera dan Hamzah terkejut dan mula gelabah. Ha sudah kitorang nak buat apa ni? Clara menggelengkan kepala dan lap air matanya
“Keputusan i tetap muktamad Haqeel, i nak kita tamatkan hubungan kita. Tolong jangan cari i lagi and pergilah dengan perempuan yang lebih baik”
Clara mengemas barangnya dan bangun, siap untuk beredar. Haqeel menangis sampai melutut membuatkan Clara terkejut. Clara turut sebak
“I minta maaf Clara but please jangan buat i macam ni! I sayang you please Clara”
Clara tidak mengendahkan Haqeel, pintu cafe dibuka oleh bodyguard Clara. Clara menuju ke dalam kereta dan akhirnya beredar meninggalkan Haqeel
Hamzah berasa simpati, Hamzah pergi ke Haqeel dan membongkok kepadanya. Hamzah mengusap belakang Haqeel dengan lembut. Haqeel menoleh ke arah Hamzah
“Takpe, aku faham tapi takkan kau nak tunjuk yang kau lembik macam ni kat dia kan? Dia buat keputusan ni untuk korang juga, Dia kuat takkan kau pun tak nak kuat? Aku percaya sesuatu hubungan akan pulih dengan kekuatan masing-masing. Bangun”
Haqeel angguk dan mengambil tangan yang dihulur Hamzah. Haqeel lap air matanya dan mengambil barangnya. Haqeel menundukkan hormat buat kali terakhir dan beredar
“Kesiannya... mesti sukar kan perjalanan hidup diorang baby?"
“Erm nampaknya begitu la, kita doakan sahaja ya sayang?"
Sheera angguk dan melihat semula kelibat Haqeel yang berjalan pergi ke bus stop. Selesai sahaja shopping dan mengisi masa lapang, Kayr menghantar Aya pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Aya turun dari kereta bersama Kayr
“Terima kasib Kayr, belanja lagi"
“Tak ada apalah~ asal kau happy"
Aya senyum dan angguk. Kayr senyum dan menoleh ke belakang, siap sedia untuk beredar namun disebabkan satu luahan dan suara dari Aya. Kayr berhenti, terkejut lalu membulatkan mata. Kayr menghadap Aya dengan mata yang agak berair. Aya senyum
“Ya Kayr, betul. Aku nak kahwin dengan kau”
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...