Chapter 23

112 6 0
                                    

Kayr memberikan senyuman kepada semua anggota-anggota polis serta bekas undercover yang hadir. Aya dengan takut ikut belakang Kayr

"Eh uncle la!! Unclee Kayrrr sini!"

Panggil Aidil yang sedang didukung Thaqim itu, Thaqim melepaskan Aidil yang mahu berlari ke arah Kayr. Kayr melutut lalu memeluk Aidil

"Kayr ingat kau tak datang do! kitorang dah sedih dah sebab tak seronok kalau kau takde"

Ucap Darwish dengan mesra. Kayr senyum sambil dukung Aidil. Kemudian, sekumpulan rakan Kayr datang menghampiri mereka

"Kayr lama gila tak jumpa! Welcome back"
- Safwan

"Acane kerja kat LA? okay?" - Qaidir

"Alhamdulillah semuanya okay, semuanya dipermudahkan dengan izin Allah juga"

ucap Kayr dengan senyuman. Thaqim memberikan pelukan yang erat kepadanya. Kayr mula menurunkan Aidil yang mahu berdukung dengan Qhalisha

"Kayr kau dah makan dah? Banyak ni makanan diorang hidang kau jamah la sikit" - Airil

"Ha nanti aku makan, aku tengok pun semua macam sedap"

"Bukan macam, memang sedap gile hahaha" - Thaqim

Kayr dan lain-lain kecuali Aya ketawa. Aya masih keliru dan mencuit baju Kayr. Kayr baru teringat lalu memberi laluan kepada Aya. Semua terpaku akan kecantikan Aya namun Aya masih segan

"Kenalkan ni semua member² aku waktu aku kerja jadi undercover simpanan diorang. Kitorang satu team la kiranya.. Yang ni Safwan, Thaqim, yang chubby² sikit ni Darwish sebelah dia Qaidir ha yang last tu Airil dengan bini dia"

"Hai awak! Saya Qhalisha nama awak sape? Ni anak saya Aidil"

"Saya... Saya Ayasya panggil Aya je, hi... "

Aya masih malu namun semua orang faham. Ooo ini fakta baru! Aku tak pernah tahu si Kayr pernah jadi undercover~ Wah so dia ni bukan kaleng-kaleng punya keturunan ni!

"Aya janganlah segan diorang ni okay je cuma bengap sikit la hahahaha nanti lama-lama Aya dah biasa percayalah" - Qhalisha

"Thank you~ gembira berkenalan dengan korang hihi tapi.. boleh tak nak pergi makan dulu? heheh"

Semua pandang satu sama lain dan ketawa. Mereka memberikan laluan dan melayan dengan sopan. Airil dan Qhalisha mendekati Kayr yang tersenyum melihat Aya

"Cey cey cey ada bau-bau nasi minyak baru ke apa? Asal kau ajak dia do" - Airil

"Kalau ada aku bagi nasi minyak tu, alhamdulillah tapi susah la nak dapat bunga yang sorang ni hm and why ajak dia? Sebab boleh dik"

Airil menjentik telinga Kayr. Kayr ketawa lalu memukul bahu Airil. Masing-masing macam budak-budak gaduh manja

"Alah sabar sikit je, kalau orang jenis Aya tu dia sebenarnya dalam hati ada taman~ ego lebih macam Airil. Tapi lama kelamaan dia yang cari kita balik" - Qhalisha

"Eh Tweety jangan nak perli, imbau kenangan lama eh shhh kita-kita je tau!"

Semua ketawa. Tanpa sedar, masa sudah berjalan. Sudah tiba waktunya untuk Aya pulang. Aya melihat satu per satu polis bersalaman dan beredar. Aya masih duduk menunggu Kayr yang sedang bermain dengan Aidil. Lama Aya tenung Kayr sehingga tak sedar dia tersenyum

"Awak mesti sayang dia kan?" - Qhalisha

"Eh! Qhalisha.. err takdelah, mana boleh saya dah ada boyfriend hehehe"

Qhalisha angguk lalu memandang Kayr. Dia tersenyum dan mengusap tangan Aya. Aya terkejut tapi diam sahaja dan mendengar nasihat

"Yang ada sekarang tak semestinya dimiliki, yang dekat tak semestinya harus dibenci. Sometimes awak kena tanya diri awak dan faham hati betul-betul... saya bukan kata boyfriend awak tak sayang awak tapi apa yang saya nampak... Kayr ialah pelindung yang terbaik bagi awak itu apa yang saya janji"

Aya hanya terpegun, hatinya dijentik dan mula menanyakan semula.. betul juga. Sebenarnya aku nak apa? Adakah aku serious dengan masa depan aku? Adakah aku sayang dekat orang pertama yang jejak ke hati aku dulu or... yang jejak dengan secara tidak sengaja?

"Aya jom? Perry dah sampai nanti mak cik kau risau pulak kau tak balik"

Aya angguk lalu berpelukan bersama Qhalisha. Mereka senyum antara satu sama lain. Airil mendekati Qhalisha bersama Aidil. Aya kemudian menundukkan hormat kepada Airil berlari ke arah Kayr. Dari jauh, Qhalisha dan Airil menyaksikan pergaduhan comel antara Kayr dan Aya.

"Macam kisah kita je"

"I guess but in different format? kisah diorang lelaki yang beria saya? Hmph nak ambik hati abang bukan main susah"

"Alololo Tweety abang ni, sekarang dah dapat kan so nak kata apa lagi? Dah dah jom balik Aidil dah mengantuk ni"

Qhalisha senyum mereka pun beredar. Kayr akhirnya sekali lagi selamat hantar Aya ke rumah. Aya turun dan mahu cepat melulu masuk namun terhenti

"Ada apa pulak Kayr... dah malam ni tak baik berdua dalam gelap"

"Selagi ada kesempatan, selagi tu aku selit. Aku suka kahwin free tak menyusahkan aku"

Aya mengeluh lagi sekali. Aya memusingkan badannya dan menyilangkan tangan. Dia mengangkat satu kening. Kayr senyum lalu mengeluarkan sesuatu. Aya keliru namun berhasil pergi ke cermin tingkap yang dibuka

"Nah, aku beli 5 handsock baru untuk kau"

Aya ambil dengan tergamam. Dia melihat handsock terus melihat muka Kayr. Kayr angguk dengan senyuman

"Sebab tu ke kau tanya hari tu..?"

(Flashback)

Setelah selesai Aya menyiapkan air yang diminta oleh Kayr, Aya berdiri sambil menarik-narik lengan bajunya dengan tidak selesa. Kayr yang menghirup mengerling akan kelakuan Aya lalu meletakkan cawan atas meja

"Kenapa kau tarik-tariknya baju tu? Lagipun kau pakai lengan panjang kan apa nak risau?"

"Risau lah kau ni! Kalau aku dedahkan aurat aku tanpa sedar dah tercatat dalam buku amalan, takdelah handsock aku hilang pagi tadi sebelum nak ke kerja sebab tu aku duk tarik-tarik supaya kau atau orang lain takkan nampak aurat tangan aku"

Kayr mengangguk dengan faham. Kayr menyuruh Aya pergi sambung buat kerja. Sedang Aya berjalan pergi, Kayr hanya melihat kelibatnya. Dia memanggil Perry

"Kau carilah handsock kat mana-mana kedai aku nak lebih dari satu, pastikan jangan yang ketat faham?"

"Faham Tuan, saya pergi dulu ya?"

(End Flashback)

Aya mengukirkan senyuman yang sangat lebar. Dia terlompat-lompat gembira. Kayr ketawa dan cuba mengawalnya sebab duduk kawasan berjiran kan? Sedang elok mereka ketawa

"Ha! Aya kamu buat apa dalam gelap tu?!"

Aya terkaku. Aya menoleh ke arah mak cik Fathin yang agak seram. Aya dan Kayr kemudian memandang satu sama lain. Mati lah nak...

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now