Chapter 55

77 5 0
                                    

“Selagi wasiat tu tak dijumpai! Aku akan hanya redha dengan kemusnahan keturunannya”

Aya juga mendengar bahagian tersebut. Wasiat tu... wasiat tu ada dengan aku! Wasiat tu adalah aset yang diberitahu mama! Aya kemudian menangis menatap lelaki yang mahu membunuhnya

Tepat pada waktu, Kayr datang dan berlawan dengan lelaki tersebut. Tangan Kayr akhirnya terluka terkena pisau, lelaki itu kemudian melarikan diri. Kayr geram kerana tidak dapat mengejarnya namun perhatian Kayr kembali kepada Aya yang masih terkaku, menangis

“Shhhh dah sayang jangan nangis abang ada, abang minta maaf shh jangan nangis"

Kayr memeluk dan cuba memujuk Aya. Aya menangis dalam dakapan Kayr membuatkan Kayr juga menangis menyesal tidak dapat tolong dari awal. Aya menggenggam lengan baju Kayr dengan kuat.

Tiba sahaja di rumah, Haqeel yang menyambut dengan senyuman terus pudar apabila nampak Kayr mengusap Aya yang menangis

“Kau tolong angkat barang-barang susun dekat dapur, dah siap panggil aku"

Haqeel angguk dan tunduk hormat. Kayr terus membawa Aya masuk ke dalam bilik mereka untuk menenangkan Aya. Aya duduk di atas katil dengan muka yang kosong

“Abang minta maaf, kalau bukan sebab abang mesti sayang takkan diserang sampai macam ni"

Aya menatap Kayr yang sayu dan perasaan serba salah, kecewanya menguasai. Aya senyum dan memegang tangan Kayr, mereka kemudian tatap satu sama lain

“Tak, abang tak salah... abang sentiasa datang tepat pada masa, terima kasih abang. Saya sayang abang”

Kayr kembali senyum, akhirnya mereka berpelukan dengan erat. Namun fikiran Aya masih bercelaru akan apa yang terjadi, fikirannya masih fokus akan ‘aset' yang diminta

“(melepaskan pelukan) Dah tak mau sedih-sedih okay? jom teman saya buat roti kacang, lagipun Haqeel mesti dah lapar tu"

“Amboi kisahkan Haqeel je ke? Abang macam mana?"

Aya ketawa manakala Kayr memuncungkan bibir. Aya menggelengkan kepala lalu memegang kedua-dua pipi Kayr. Aya juga mengusapnya dengan lembut

“Mestilah abang pun saya kisah~ abang lagi penting tau! Sebab penting sangat la saya nak start masak cepat-cepat kesian suami saya kebulur alololo”

Kayr ketawa dan tersengih. Kayr kemudian memegang kedua-dua tangan Aya yang memegang pipinya itu kemudian membawa diri mereka ke dapur, kelihatan Haqeel masih lagi sibuk menyusun barang

“Oh, kunci kereta tuan saya letak atas meja depan nanti ambik la ye?”

Kayr angguk. Aya terus pergi ke arah apron yang digantung. Aya memberikan satu apron kepada Kayr untuk dipakai maka mereka memulakan operasi

(Setelah beberapa minit)

Mereka akhirnya siap menghasilkan roti kacang. Aya menyuap roti tersebut kepada Kayr dan mendapat reaksi yang memuaskan

“Sumpah sedap! This will be my favourite I swear ya Allah sedap sayang”

Kayr kemudian menambah-nambah makan sampai kadang-kadang terlupa tujuan mereka buat roti tersebut untuk diberikan kepada jiran. Aya memanggil Haqeel untuk merasa sekali. Haqeel juga membulatkan mata dan angguk

“Okayyy ready to go siapa nak jadi delivery man?"

Kayr dan Haqeel terus terkaku dan memandang satu sama lain. Mereka berdahak manakala Aya menyilangkan tangan. Amboi dua-dua malas ke? Haa!! Disebabkan tunjuk reaction malas korang tu...

Aya keluar dari dapur dan pergi ke satu bilik untuk mengambil sesuatu yang dibelinya waktu keluar dengan Haqeel. Haqeel dan Kayr hairan namun apabila fikir dua kali, Haqeel mula sedar dan tersedak

“Habislah kita Tuan!! Lebih baik kita lari cepat kalau nak selamat”

“Apa pulak kau mengarut ni? takkan la Aya nak buat benda bukan--"

“Abang~~ Haqeel~~”

Suara Aya yang memanggil mereka daripada jauh itu telah membulatkan mata diorang. Haqeel menampar dahinya dengan perlahan dan mengeluh pasrah

“Mampus... "

Aya datang membawa pakaian tidur edisi haiwan-haiwan comel kepada mereka dengan senyuman yang lebar serta teruja. Pandangan Kayr yang fokus kepada pakaian tersebut tiba-tiba menjadi pasrah. Kayr menoleh ke arah Haqeel yang sudah tatapnya, kedua dari mereka menyerah

(Tok Tok)

Seorang remaja perempuan lingkungan 16 tahun membuka pintu rumah setelah diketuk itu. Daripada matanya yang fokus ke arah laptop, terus terkejut dan flinch apabila melihat dua orang lelaki yang memakai baju aneh senyum sambil memegang bekal berisi kuih kacang

“Kami baru pindah sini~ kalau ada apa-apa roger sana okay?”

“Saya pembantu mereka, kalau ada perkara aneh dan mereka tiada di rumah terus direct saya”

Remaja perempuan itu kemudian memandang Aya yang berada di tengah tetap di belakang mereka dengan janggal. Aya hanya melambaikan tangan dengan bangga. Remaja tersebut angguk dan senyum dengan janggal sekali lagi kemudian tangannya terus mencapai bekal

“Te--terima kasih? Hahaha semoga hari sentiasa indah"

Remaja itu kemudian menghempaskan pintu membuatkan mereka semua terkejut. Aya terus ketawa dan masuk ke dalam kereta. Kayr dan Haqeel memandang satu sama lain mengeluh dengan pasrah buat kali yang keberapa entah hahahah kemudian ikut Aya dari belakang

Mereka balik ke rumah setelah selesai menghantar ke semua kuih kacang. Haqeel mencabut baju tersebut dan bersiap untuk balik

“Saya balik dulu la tuan Kayr, Aya. Semua kerja dah pun siap kita jumpa esok insyaallah"

Kayr angguk dengan senyuman diikuti Aya. Haqeel menundukkan hormat dan akhirnya meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Kayr kemudian mendapat mesej dari Perry

“Orang yang nak bunuh Aya serta orang yang ikut Aya dan Haqeel shopping hari tu ialah orang yang sama”

Kayr tenung ke arah mesej tersebut dengan sangat tertekan. Aya sedar akan situasi tersebut dan terus mendekati suaminya. Aya memeluk Kayr dengan erat membuatkan Kayr terkejut

“Abang... Aya okay, Aya nak abang tahu yang abang dah buat yang terbaik untuk Aya... jangan pernah rasa tertekan dan bersalah. Aya percayakan abang”

Kayr berasa sebak. Kayr meletakkan telefonnya ke tepi lalu membalas pelukan Aya dengan sangat erat. Kayr angguk sambil mengusap kepala Aya

“Lucky to set you as my first priority, I love you my Bijou”

Aya melepaskan pelukan kemudian mengerutkan dahinya. Kayr mula hairan dan bingung, aku ada salah cakap ke?

“Dari hari tu lagi! Baik cakap Bijou tu apa! abang masih ejek saya budak pendek kan!”

“(ketawa) bukan lah~ Bijou tu.. permata dalam bahasa France. Dalam banyak-banyak permata abang beli dan tengok, keluaran france tetap no satu di hati. And disebabkan hanya Aya je yang ada di hati abang.. I named you as Bijou. Permata, My permata hati”

BERSAMBUNG

*sudah lah benci la saya kerana cerita sudah makin lama makin bosan ')

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now