Terkejut beruk Kayr dengar luahan hati itu, Dah ada boyfriend? Habis tu kenapa dia accept nak ganti tempat Dania Qistina
"Saya jujur dengan awak, Saya bukan Dania Qistina yang awak anggap. Dania tak nak kahwin dengan awak sebab tu dia minta saya tolong batalkan demi dia"
"Habistu kenapa dia tak pergi sendiri blind dates ni? Dia boleh je terus terang dengan saya"
"Sebab dia... Sebab mungkin dia tak biasa jumpa dengan orang tak kenal? Lagipun dia busy dengan kerja saya rasa awak pun tahu kerja dia apa"
Kayr diam walaupun dia tahu dari awal. Aya berasa lega dan akhirnya senyum
"Jadi kira settle la antara kita ya? Halalkan semua yang awak bagi dekat saya. Saya harap kita takkan berjumpa lagi, sekali lagi saya minta maaf"
"Tak perlu, lagipun saya memang dah tau dari awal yang awak bukannya Dania Qistina yang dimaksudkan"
Aya membulatkan matanya dan mula rasa geram. Dia mencubit Kayr sehingga Kayr menjerit. Kayr mengusap lengannya dan mengeluh
"Kalau awak tahu dari awal kenapa tak reject je terus! Awak tahu tak awak dah membazirkan masa saya?! Saya ni dah la ada boyfriend tau kalau boyfriend saya nampak apa saya buat ni macam mana? Awak memang tak ada belas kasihan eh?"
"Tak, kalau boyfriend awak nampak kiranya saya ada luck la~ I know what i want lah, I know what's mine and saya akan caras sampai dapat. Ya, senang cerita saya suka awak puas?"
Gila la mamat ni!! Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba claim aku dia punya apa dia ingat aku ni barang mainan ke apa? Aya malas nak layan lagi, dia terus membuka pintu dan nak keluar tapi dia sempat memberi amaran
"Ingat eh! Sekali lagi kalau saya jumpa awak kat mana-mana siap! Kalau bagi hadiah tak apa lah jugak ni nak annoyingkan orang je! Dah la mengade dah la menyampah habis sini!"
Aya menoleh ke bus stop tapi teringat satu benda lagi, dengan muka yang ego dan nada yang malu
"By the way terima kasih la... Bagi baju baru kat saya kalau tak saya tak tahu apa jadi"
Aya akhirnya pergi duduk di bus stop. Kayr yang berada di dalam kereta ketawa. Sepanjang hari ni aku nampak kecomelan kau je cuma tu la... Aku tak tahu nama kau
Kayr mahu beredar namun niatnya terhenti apabila nampak di seat sebelah bahawa Aya tercicirkan sesuatu. Kayr menoleh ke arah bus stop hanya untuk nampak Aya sudah naik ke dalam bas. Kayr melihat barang tersebut, ternyata kunci masjid yang dilabelkan dengan sticker. Dalam sticker tersebut telah menyatakan nama pemilik
"Ayasya Amirah.... oh jadi itulah nama kau? Cantik"
Kayr tersenyum lalu menyimpan kunci tersebut dalam Dashboard. Kayr mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan
"Hello Perry, Aku ada kerja sikit nak bagi kau"
----
Aya termenung kosong dengan serabai sebaik sahaja bangun dari tidur. Makanannya yang tidak disentuh memberi pertanyaan kepada Sheera dan Fathin
"Aya kenapa tak makan tu? Tak selera ke?"
Tanya Fathin. Aya akhirnya sedar dan menggelengkan kepala. Dia terus makan makanan yang dihidangkan, ini semua sebab si Al Kayr gila tu! Eee kenapalah dia tak jujur je awal-awal yang dia tahu aku bukan Dania takdelah sampai sekarang aku terkilan dengan apa aku buat
"Aya okay je cuma terkejut sikit apa yang jadi semalam hahaha"
"Ya keee ha alang-alang tu cerita ahh pasal semalam macam mana pulak ko boleh tukar baju ek? Uuuu orang tu belikan ke?" - Sheera
Aya mengeluh lalu dengan semangat untuk menceritakan segala-galanya. Fathin yang sedang membasuh pinggan terus berhenti lalu mendekati Aya. Mereka berkumpul namun tidak sempat Aya mahu memulakan percakapan diganggu oleh panggilan telefon
"Eeee sumpah time² penting la nak call dah ah angkat cepat" - Sheera
Aya ketawa kecil lalu mengangkat, Fathin dan Sheera terus diam dan menunggu Aya menjawab dengan perasaan berdebar
“Assalamualaikum ini adakah dengan Ayasya Amirah saya bercakap?”
“Waalaikumussalam, iyaa saya lah tuu kenapa ya cik?”
“Tahniah anda diterima untuk kemasukan baru ke syarikat kami iaitu RHM HQ”
Aya yang minum air tersedak. Terus bangun dan membulatkan mata bersama senyuman yang lebar di pipi. Fathin dan Sheera memandang satu sama lain dengan keliru
“Wahh!! seriouslah encik!! Ya Allah rezekiii sangat-sangat tapi macam mana saya boleh dapat syarikat ni? Tak silap saya syarikat ni sentiasa penuh and sangat se--"
“Sulit untuk saya jelaskan, yang pasti kami akan hantar emel untuk awak isi dengan lebih lanjut serta jangan lupa bawa”
Aya angguk. Panggilan ditamatkan membuatkan Aya menjerit. Fathin dan Sheera terkejut kenapa tiba-tiba. Aya memegang tangan kedua-dua dari mereka
“AKHIRNYA AYA DAPAT KERJA YA ALLAH SYUKUR ALHAMDULILLAH!!”
“Weyhhhh seriousslahh Ayaa!!! weyhhh tahniah gilaaa syarikat mana tu?" - Sheera
Aya senyum dan menunjukkan emel yang baru dapat dari panggilan tersebut. Fathin dan Sheera melihat dengan teliti kemudian membulatkan mata
“Wahh!! Aya tahniah!! syarikat ni dah la payah dapat!! Lepas ni kena cari baju pakai lawa-lawa la ni”
“(angguk) Itulah Aya pun tak sangka, Aya tak mohon pun tapi erm.. pelik jugak la tiba-tiba dapat"
“Takpelahh anggap je la rezeki ko yang penting... kitorang bangga dengan kau Ayasya Amirahh"
Aya senyum terus memeluk kedua-dua dari mereka. Mereka juga ketawa antara satu sama lain.
Manakala side Kayr, Kayr baru sahaja lepas daripada makan. Kayr duduk di atas kerusi biliknya lalu mengeluarkan telefon pintarnya hanya untuk senyum melihat notifikasi daripada Perry pembantunya
“Segala yang Tuan Kayr suruh, saya sudah selesaikan. Emel juga telah dihantar kepada cik Ayasya Amirah"
“Good job, thank you so much Perry"
Kayr menutup telefonnya kemudian menoleh ke arah laptop khasnya. Laptop menulis novel atau segala yang diluahkan.
“Patutkah aku meneruskan impian aku ni...?"
Lama juga Kayr tenung laptop itu, Kalau aku teruskan.. aku tahu nak tulis pasal apa tapi masalahnya sekarang ni ibu...
"Cubalah try satu, menulis atau melukis. Terbit lain cerita mungkin awak boleh cari cara kemudian atau awak sendiri yang terbit ke..."
Kau buat aku berani Ayasya Amirah, Aku beruntung kerana jumpa kau kau. Kayr terus senyum dan tekad untuk meneruskan impiannya. Kayr membuka laptop dan mula melukis
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...