Semua memegang perasaan yang risau terhadap Kayr, Kayr sedang berada di wad kecemasan hospital Korea. Aya setia menunggu namun dirinya masih menangis tidak kuat dan terhulur-hilir satu wad kecemasan tersebut
Zarif dan mayat Dania dihantar ke Malaysia dengan segera menggunakan private jet kerajaan. Sebelum Zarif masuk ke dalam kapal terbang itu dia terhenti dan menoleh kepada Sheera dan Hamzah yang melaporkan kes tersebut
“Terima kasih dan aku minta maaf. Tolong sampaikan kepada Kayr dan terutamanya Aya, aku minta maaf sangat-sangat”
Sheera dan Hamzah angguk faham. Zarif menundukkan hormat buat kali terakhir lalu terus mengikut polis khas yang bertugas
Seorang daripada polis tersebut menegur Hamzah sebelum berangkat“Terima kasih Leftenan Hamzah kerana sudi untuk berkhidmat buat kali terakhir walaupun last time pasukan kita ada memori yang buruk.. kami minta maaf dan salam takziah buat kedua-dua komander”
Hamzah angguk dengan senyuman yang sudah redha. Polis khas tersebut menundukkan hormat kali terakhir dan akhirnya beredar. Hamzah menoleh ke arah Sheera
“Kalau bukan sebab kau yang rakam dan perasan akan situasi tu.. Aku tak tahu la futher future apa akan jadi dengan Aya”
(Flashback)
“Okayy! Aku tunggu kau kat bawah ya? Aku prepare barang-barang BBQ kita tu dulu apa yang patut”
Aya yang berada di dalam bilik air menjerit dengan setuju. Sheera senyum lalu turun ke bawah namun terhenti apabila terdengar dan nampak Dania dan Zarif bergaduh
“So kalau you nak hidup you aman... keluarga you selamat, then do what i said sayang”
Sheera terus tutup telefon pintarnya dan menyorok kerana Dania menghampiri untuk naik ke atas, panggil Aya agaknya
Sheera kemudian jenguk semula ke arah Zarif yang menangis menumbuk dinding. Setelah Zarif masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, Sheera terus berlari menuju ke rumah lelaki
(Tok tok!)
“Apa pasal ni ketuk-- Sheera? Kau asal?”
“KAYR! KAU KENA TOLONG AKU! TOLONG AYA!!"
Kayr terus membulatkan mata dengan sangat risau. Hamzah datang setelah selesai menyarungkan baju. Hamzah dan Kayr pandang satu sam lain dan bercakap melalui mata. Mereka angguk
(End Flashback)
Sheera senyum dan angguk. Sheera kemudian menyilangkan tangan dan melihat atas dan bawah kepada Hamzah
“Saya tak tahu pulak awak ni bekas tentera dulu~ Ingatkan memang pekerja cafe daripada kecik”
“Ha itulah kau tak tahu~ Sekarang kau dah tahu en aku ni hebat taraf mana dengan kau? Mesti kau bangga en?”
Sheera roll eyes dan mula beredar. Hamzah terkejut dengan reaction Sheera, dia menahan Sheera dengan berdiri di hadapannya
“Takkan kau tak ada rasa cair pun dengan aku? like kerja aku, bekas kerja”
“Tak, tak minat lelaki uniform"
Sheera terus melepasi Hamzah. Hamzah mengeluarkan nafas dan angin tidak puas hati. Dia hanya memandang kelibat Sheera dari belakang yang perlahan-lahan menghilang
“Jangan yakin sangat, kau tengok la nanti Syaheera Arasyah”
Hamzah senyum kemudian berlari mengejar Sheera dari belakang. Di hospital, setelah 2 jam menunggu, doktor akhirnya keluar
내 친구인 의사는 어때요?
(Macam mana dengan kawan saya doktor?)일찍 저희 병원에 오셔서 다행입니다. 당신의 친구는 구조되었으나 아직 의식을 잃은 상태입니다. 추가 치료를 위해 환자를 일시적으로 붙잡는 것이 좋습니다
(Kami gembira anda datang ke hospital kami lebih awal. Rakan anda telah diselamatkan tetapi masih tidak sedarkan diri. Adalah disyorkan untuk menahan sementara pesakit untuk rawatan lanjut.)Aya mengangguk dengan sangat setuju. Doktor senyum lalu menoleh ke arah nurse yang berada di sisinya. Dia mengarahkan supaya Kayr dipindahkan di dalam wad biasa. Dokter beredar melakukan kerja lain
“Yang ni sorang lagi, aku tak tahu pulak kau reti cakap Korea Aya"
Ujar Sheera yang masih tergamam akan sekeliling. Aya senyum dan mula duduk dengan tenang. Hamzah dan pihak Xi team kini sedang membincangkan sesuatu
“Maafkan kami atas kecuaian yang tidak dijangka, kami akan membatalkan konten ini atas arahan boss sendiri namun semua sponser masih diteruskan, anda semua dialu-alukan untuk menikmati percutian ini dengan tenang selepas ini. Sekali lagi kami minta maaf dan mendoakan encik Kayr cepat sembuh! Kami terpaksa beredar sekarang. Semua bil hospital jangan risau! Kami dah bayar.. Minta maaf ya”
Hamzah angguk dengan senyuman. Mereka bersalaman dan menundukkan hormat kepada Aya dan Sheera. Aya dan Sheera bangun lalu melakukan perkara yang sama. Mereka semua memandang satu sama lain dan senyum
(Di wad Kayr)
Aya menghampiri Kayr yang masih tidak menyedarkan diri. Aya tenung muka Kayr dengan sayu namun tersenyum
“Kau dah banyak berkorban untuk aku Kayr... Kau selalu ada waktu aku dalam susah, kaulah perisai terkuat aku”
Aya menghembuskan nafas dengan berat. Aya kemudian beralih ke arah perutnya yang dibalut
“Aku minta maaf disebabkan aku kau banyak terluka sampai macam ni”
“Then kalau nak tebus kau kena kahwin dengan aku”
Terkejut Aya, matanya terus ke arah muka Kayr yang tersenyum itu. Aya melatah dan secara tidak sengaja telah menumbuk perut yang tidak cedera
“Aduhh! aku dahlah tengah sakit, kau boleh tambah lagi sakit tu aduhh”
“Eeee kau dah sedar rupanya?! Bila masa kau sedar ni! Ha memang padan la muka kau sape suruh buat-buat tidur”
Kayr tersengih lalu menggarukan kepala yang tidak gatal. Aya yang memandangnya dengan muka bengis terus tergelak dan tersenyum. Kayr turut ikut dengan bahagia
“Kau lupa ke? Aku kan bekas undercover of course lah aku kuat! semua ni sikit je ma!"
“Sikit sikit pun tumbang juga kau”
Mendengar Aya dan Kayr sedang bergembira dari luar membuatkan Sheera tersenyum. Sheera kemudian beredar dan mahu ke atas bumbung. Sheera melihat bintang malam yang sangat bersinar keseorangan. Tapak kaki seseorang telah mengejutkannya, Sheera menoleh ke belakang dan terkedu. Hamzah. Hamzah sedang tepat tatap mata aku dengan memegang bunga di tangannya.
Hamzah senyum dan menghampiri Sheera secara perlahan-lahan. Sheera melihat ke arah bunga yang dipegang, Sheera tersenyum dan mengambilnya. Sheera dan Hamzah ketawa
Setelah beberapa hari bercuti di Korea, mereka akhirnya balik ke Malaysia. Rindu sangat dengan makanan Malaysia, Sheera dan Hamzah berlari mencari Old Town di airport selepas meminta izin Kayr dan Aya. Kayr dan Aya memandang satu sama lain dan hanya ketawa dengan kecil
“Jap Aya aku nak pergi tandas kejap”
Aya angguk dan menunggu Kayr di kawasan yang disuruh. Tempat duduk penuh so terpaksa berdiri menjaga bagasi. Khusyuk sangat melihat telefon sampai terlanggar seorang perempuan tanpa sedar. Aya meminta maaf dengan segera
“It's okay I dah lambat”
Perempuan itu beredar tanpa Aya sempat bertanya soalan kepadanya. Aya hanya melihat ke arah kelibat tersebut. Suka vibe dia... macam wanita bekerjaya
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...