Epilog

337 16 5
                                    

Aya terduduk di tepi tasik melihat anaknya Tengku Arash Aweel bermain bersama Perry dan teman wanitanya, Zulaikha. Aya tersenyum suam tetapi hatinya tetap sayu. Fathin datang dari belakang duduk di sebelah

“Aya okay? Kenapa nampak macam tak bersemangat?”

Aya menoleh ke arah Fathin dan menggelengkan kepala. Berat untuk menerima bahawa suami atau lebih tepat kekasih hatinya itu sudah tiada. Aya melihat ke arah langit yang kebiruan

“Semuanya dah kembali normal... ”

Clara yang digari hanya melihat keadaan Erysa yang berada dalam bilik putih atau dikenali sebagai bilik banduan gila. Erysa kini selalu bercakap seorang diri

“Kayr, abang, jom kita makan? Ni saya dah masakan gehehhe"

Kelakuan Erysa yang menyuap halimunan itu membuatkan Clara akhirnya gugur air mata. Tangan yang digari genggam

“Sekarang kau dah sedia nak mengaku, bahawa kau terlibat dalam kes pembunuhan ini?"

Ujar polis kepada Clara. Clara tidak boleh lari lagi, sudah bertahun-tahun dia menafikan kerana dendam yang dipupuk selepas kematian Haqeel. Clara angguk tetapi kali ini dengan redha

Polis memandang rakan sepasukan dan angguk. Mereka diarahkan untuk membawa Clara ke bilik gantung. Sebelum pergi, langkah masing-masing terhenti

“KENAPA NAK KESAH DEKAT DIA LAGI!! BODOH SEMUA BODOH!!"

Erysa tiba-tiba memberontak seperti biasa, Nurse berhampiran berlari menuju masuk ke dalam bilik tersebut lalu menenangkan beliau
Clara hanya menjeling dan memejamkan mata, nafas yang berat dihembuskan lalu angguk bersedia menerima hukuman

“Semuanya takkan terjadi lagi... ”

Sheera dan Hamzah kini membeli cafe yang mereka kerja sebelum berkahwin selepas sahaja balik dari umrah. Mereka ialah boss paling terkenal di kawasan itu

“Eish! cuba lah baby jadi rajin sikit?! kan ramai customer ni ashik nak main phone je.. ni ha pinggan sape nak basuh?!”

“Alah letak je la kat situ sayang nanti baby basuh okay? ni nak push rank kejap”

Sheera mengeluh lalu menjeling. Sheera meneruskan dengan membasuh pinggan tanpa rela hati dan hati yang panas. Hamzah yang mengerling sambil bermain game hanya diam.

Setelah beberapa minit, Sheera selesai mop lantai. Sheera ingin masuk ke dalam namun lampu dimatikan. Aduh time-time closing selalu la nak black out! benci!

“Baby, tak lawak la cepat lah orang nak balik dah ni.. jangan melambatkan kerja orang"

Dejavu, tak dijawab macam dulu. Sheera agak takut namun cuba memberanikan diri. Sheera berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam kaunter

“Bahhh!!"

“opocot! Eish! (tepuk lengan Hamzah dan mengerutkan muka) tak lawak la baby!! Tak payah main-main boleh tak?"

Lampu tiba-tiba ada, menunjukkan Hamzah memegang beg hadiah yang sangat kecil. Sheera membulatkan mata kerana beg itu bertulisan Dior

“Eh! Apa ni baby?"

“Sorry sebab jadi malas lately ni.. Fikiran baby terganggu apa yang nak bagi untuk Anniversary kita, sayang... baby janji, baby akan buat yang terbaik okay? Ni, barang make up yang sayang selalu survey dalam Internet”

Sheera ambil dengan mulut yang tak percaya, Sheera agak sebak namun tersenyum. Dia ingat, dia selalu ingat. Sheera dan Hamzah ketawa bersama lalu memeluk. Hamzah mengucup dahi Sheera serta mengusap badannya dengan lembut

“Semuanya sudah indah... ”

Fathin tersenyum lalu mengusap bahu Aya dengan lembut. Air mata Aya tidak berhenti mengalir membasahi pipi gebunya. Matanya hanya fokus kepada gelang yang diberi Al-Kayr

“Tapi tetap rasa kosong tanpa kau di sisi wahai Tengku Abu Al-Kayr ku”

Fathin menundukkan kepala akan simpatinya. Tidak mampu berkata apa, Aya mengeluh lalu mengambil buku novel di sebelah tangan kirinya. Dia senyum dan mula membuka ke satu muka surat

jikalau si permata membaca tanpa aku di sisi, maka aku ingin luahkan. Sayang ku permata, engkau sangat bermakna, dari nilainya kecil sampailah besar... Aku tidak pernah lelah mengumpul cinta ini sehinggalah kau menjadi miliku. Sayang kuat, sayang cantik. Abang sayang Aya sehingga Allah menjadi bukti akan kasih sayang tersebut. I leave you in take care of Allah.. Abang berdoa permata akan kekalkan cinta kita walau apa jadi sekalipun kerana kitalah perisai dan saksi kepadanya.. aku akan tetap mencintaimu walaupun mungkin kita tidak akan bersama satu hari nanti kerana jarak bukanlah penghalang bagi hati yang sudah bersatu! I love you sayang, take care”

Aya tersenyum dan ketawa kecil apabila membaca luahan hati Kayr pada buku yang ditulis. Fathin juga tersenyum apabila melihat Aya bahagia.

“Mama!! Tengok uncle Perry dengan Aunty Zulaikha ajar Arash naik basikal yeayy"

“Pandainya sayanggg mama~ Teruskan ya sayang?”

Arash kembali berseronok bersama kedua-dua Perry dan Zulaikha. Aya lap air matanya dan menghembuskan nafas dengan berat.

“Kalau papa tengok mesti papa lagi bangga, kan Al Kayr?"

“Mestilah dia bangga, Arash kan satu-satunya anak daripada permata miliknya?"

Kata-kata Fathin membuatkan Aya tersenyum lalu angguk dengan redha. Aya kembali merenung kepada anaknya Arash

“Al Kayr sudah pun berada dalam alam yang lain serta jauh daripada kita, atau silap-silap tempat yang jauh lebih baik daripada kita”

“He is... He will Mak cik.. ”

Fathin angguk lalu bertanya lagi dengan memberi tatapan yang tulus. Aya juga menoleh ke arah Fathin dan sedia untuk mendengarnya

“For how long you will be loyal to him? Are you certain for your decision?"

“Ikhlas tu yang membuatkan seseorang tu setia sampai sekarang mak cik, tak kisahlah dari segi keluarga, kawan atau cinta.. yang penting niat ikhlas dalam sesuatu perkara tu wujud dalam diri sendiri. Certain, and I believe the ‘ikhlas’ on my diri tu masih terukir. Tapi kalau kita percaya or yakin sahaja tak cukup kalau tak harapkan ‘dia'. That's why there's sentences ‘Leave in take care of Allah' because he knew what we don't. He did what we can't. Kalau Allah izinkan, Aya akan follow the flow. But setakat ni and right now, my goals only one... I will pray for him also make a dua' for every single days. I never show Kayr that kind of love but he always does. So as for the time right now.. I will do and wil never ragu-ragu again so I can return to him with statify in future”

Fathin tersenyum dan angguk.

“Will you wait for him"

“I did and still doing”

“Until when?”

“Until Allah want us to meet again”

TAMAT

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now