“KAU DAH BUANG TABIAT APA PERGI TUTUP SEMUA AIRCOND BAHAGIAN SINI?!”
“Kau kata tadi kau sejuk? Aku nak tolong je salah ke?”
Aya menampar dahinya dengan perlahan. Aya mengeluh dengan pasrah dan berkata lagi
“Memang lah tapi masalahnya bukan aku je yang duduk dalam kapal terbang ni, kau tak kesian kan diorang ke?!”
“Tak, aku kesian kan kau sorang je”
Aku cakap sikit ada la dia menjawab si Kayr ni aduh penat la aku! Aya mengeluh lagi sekali terus menyilangkan tangan selepas itu. Dia menarik nafas dan mula mengarahkan Kayr untuk pergi buka semula
“Habis tu kalau kau sejuk lagi macam mana?"
“Takpelah!! Aku boleh tahan jangan risau haih pergi sekarang weh kesian diorang”
Kayr tidak berganjak dan hanya tenung Aya yang sangat risau. Aya sedar akan tenungan yang tajam itu, Aya menelan air liur dengan gugup. Secara tiba-tiba Kayr mendekati Aya membuatkan Aya semakin risau
“Ka--kau nak buat apa ni Kayr!!"
“Aku boleh tolong buka balik aircond tu tapi aku kena peluk kau boleh?"
“Hah?! woi dah gila ke?! Kita tak halal lagi lah!"
“Habis tu takkan aku nak biar kau mati beku kat sini, lagipun siapa nak kahwin dengan aku nanti?”
Kayr meluahkan sambil mendekatkan badannya kepada Aya. Aya dah gelabah dan akhirnya mengeluh. Aya menolak Kayr sehingga dia jatuh ke lantai, dah la kuat. Aya menarik nafas dan menoleh ke arah Kayr sebelum bergerak untuk membuka semula pendingin hawa
“Aku lebih rela mati daripada kahwin dengan mamat gatal macam ko la hanat! Ishhh aku ingat ke alim sangat ko nii"
Kayr ketawa dengan kuat. Sukanya aku mengusik budak kecik tu. Tapi ouch, did she just reject me again? dah la tolak aku kuat sangat sakit bontot aku la aduhai, nasib la aku ni bukan orang yang cepat mengalah takpe nanti aku ngorat kau lagi
Aya kembali bersama-sama muka bengis dan terus duduk di tempat asalnya. Kayr hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Aya masih kesejukan namun terpaksa berkorban jadi dia memeluk dirinya dan cuba untuk tidur dengan nyenyak
Kayr mengeluh lalu mencabut jaketnya kemudian diselimut kepada Aya. Kayr senyum dan terus proceed untuk tidur walaupun dirinya memakai baju berlengan pendek. Aku tak apa tapi jangan Aya.
Turun je daripada kapal terbang, Aya hanya mengerling kepada Kayr yang sudah maju ke hadapan berborak bersama Hamzah. Sheera yang sedar akan tingkah laku Aya tersengih terus mengambil kesempatan untuk mengusik
“Elelelele duk usya-usya crush pulak~ Kalau suka tu cakap je lah Aya jangan ego! aku tahu si Kayr tu hensem namati”
“Eeee tolonglah! Aku pandang dia sebab aku risau je sebab semalam dia bagi juga jaket ni kat aku, dia mesti sejuk, aku takut dia demam je”
Sheera angguk dengan faham. Tumpuan mereka kemudian beralih ke arah Dania dan Zarif yang sudah tidak menjaga batas antara satu sama lain. Mereka mula mendakap satu sama lain sambil berjalan ke arah pintu keluar lapangan terbang
“Memang lah ni bukan Malaysia tapi ingat sikit kita tetap dicipta oleh Tuhan, Tuhan tu maha melihat dia nampak je semua perbuatan kita kat mana-mana, aku tak mention sape-sape and sekadar nasihat so siapa makan cili tu dia rasa pedas laa”
Sindir Hamzah sambil menjeling ke arah Dania dan Zarif. Kayr dan lain-lain cuba menahan ketawa membuatkan Dania dan Zarif bengang, mereka terus melepaskan diri antara satu sama lain
Kamera man menghampiri mereka dengan senyuman dan sepucuk surat untuk dibaca. Mereka bersedia dan mula memasang telinga dengan teliti
“Selamat Datang ke Korea bagi pasangan-pasangan yang terpilih~ Kami Xi Team sangat mengalu-alukan kamu semua untuk terus bergembira dan menikmati short trip ini dengan lebih bersemangat! Kami sudah menyediakan kemudahan yang akan diberikan sebentar lagi oleh staff iaitu kamera man. Akhir kata, kami harap semua dapat memberikan kerjasama yang bagus dan mantap agar tidak menimbulkan apa-apa kesulitan pada masa akan datang, sekian terima kasih”
Semua menepuk tangan dengan teruja. Semua tidak sabar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang disediakan. Kamera man menarik nafas dengan panjang kemudian senyum lagi
“Sila tinggalkan bagasi kamu semua di sini kerana kami akan membantu untuk membawanya ke homestay yang ditempah, setiap pasangan akan menaiki teksi yang disediakan di hujung sana untuk menuju ke suatu tempat yang menarik”
Semakin lama semakin menarik perlancongan tersebut. Mereka terus mengikut arahan dan berlari ke arah teksi masing-masing. Tiba-tiba Dania memperlahankan langkahnya dan tenung ke arah Aya dan Kayr. Zarif yang sudah maju ke hadapan berhenti dan menoleh kepada kekasihnya dengan hairan
“You dah kenapa tiba-tiba berhenti? You tertinggal beg duit ke dalam bagasi?”
Dania memandang Zarif dengan senyuman sinis. Dania mendekati Zarif dan menyuruh dia juga untuk melihat ke arah Aya dan Kayr
“I benci dengan senyuman betina tu! I tak nak dia bahagia jadi sebab tu I berhenti, i ada idea yang bernas”
“Apa idea you?”
Dania membisik kepada Zarif membuatkan Zarif terkejut. Dania angguk dan memeluk lengan Zarif merayu dengan muka yang penuh kesian. Sebab sayang, Zarif menurut perintah
“I janji, I tetap akan buat kita menang bet tu~ takkan la you tak nak RM100000 kan?”
“Iye sayang I percaya you, I akan buat sedaya-upaya untuk hancurkan diorang lagipun I pun meluat tengok diorang tu”
Dania senyum dan mencium pipi Zarif. Mereka memegang tangan dan berhasil menjadi pasangan terakhir beredar menggunakan teksi yang disediakan
Setelah beberapa minit, Aya dan Kayr telah dihantar ke suatu tempat yang bernama Hanok Village. Tanpa berfikir panjang, mereka mencari tempat makan kerana perut masing-masing sudah berbunyi. Terdapat kedai makanan Thailand tidak jauh dari titik mula tempat itu. Mereka bergegas dan akhirnya makan seperti yang dinanti-nantikan.
“Aya, boleh kau describe ciri-ciri idaman yang kau suka? Takdelah aku rasa aku dah perfect kenapa kau selalu reject aku?"
Tanya Kayr sambil mengunyah makanan yang dipesan. Kayr membaiki posisi duduk dengan tegak dan menatap mata Aya secara bersungguh-sungguh. Aya juga menatap Kayr yang serious, dia berdahak dan menarik nafas
“Betul kau nak tahu?”
Kayr angguk dengan penuh semangat,
“Okay sebenarnya.... ”
BERSAMBUNG
*Kehabisan Idea seperti biasa maap kan saya kerana cerita ini tidak menarik seperti yang sebelumnya huaaa
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...