Aya bangun dan menghampiri tingkap tersebut. Hatinya mula sebak namun gembira kerana suaminya berada di hadapan matanya
Kayr mencungkil tingkap sehingga terbuka lalu masuk jatuhkan diri ke lantai. Kayr membersihkan dirinya kemudian menatap Aya dengan mata yang sebak. Mereka terus berpelukan dengan erat“Kenapa abang lambat sangat!!! Aya takut, Aya tak nak mati! Aya kena teruk tadi dengan diorang"
“Shhh (senyum sambil mengusap kepala Aya) abang ada masalah teknikal sikit tadi hihi.. sorryy ni dah ada depan mata ni okay?"
Aya menatap Kayr tetapi masih tidak melepaskan pelukan. Aya angguk dengan senyuman membuatkan Kayr mengusap pipi isterinya itu
“Kenapa? Nak bunuh aku? Kau lupa ke dendam kau untuk Haqeel tak terbalas lagi? Kau nak Haqeel kecewa ke?"
Clara yang bertindak sedemikian terus lemah. Tidak jadi untuk bunuh Erysa yang terduduk elok atas kerusi. Erysa smirked dan menyilangkan kaki
“Now choose, Haqeel or your family? Eh tapi bukan ke disebabkan family juga Haqeel hancur... takkan kau tak ingat? kau ni amnesia ni”
Betul, dulu kami tak pernah tenang untuk bersama. Haqeel dah banyak derita dengan orang sekeliling aku.. Clara menggenggam tangan sambil menundukkan kepala dengan geram. Mata Clara juga sudah berair
“Aku dah tolong kau sedikit untuk dapat keadilan Haqeel... sekarang ni tinggal Aya je, dia pun penyebab Haqeel pergi kan? takkan la kau nak biarkan dia hidup sedangkan Haqeel dah terseksa... poor Haqeel dapat girlfriend macam tsk tsk tsk”
“Kau memang jahat Erysa! (tatap Erysa dengan mata berair) Kau memang tak ada hati perut! Kau kena ingat apa yang kau buat ni takkan menguntungkan kau"
Erysa terus bangun dan tarik rambut Clara yang sudah messy itu. Clara menjerit kesakitan. Erysa dengan mata yang bulat menengking di telinga Clara
“HABIS TU KAU INGAT KALAU AKU BERHENTI SEKALI PUN AKU AKAN MENGUNTUNGKAN KAU KE?! HUH KAU JANGAN HARAP LAH CLARA, KAU PUN SAMA AKAN HILANG SEGALANYA”
“Sekurang-kurangnya aku masih ada hati nurani yang baik, bukan macam kau kekal dalam kebusukan!"
Erysa sangat geram lalu dia mahu menikam Clara pada muka menggunakan pisau di belakang poketnya namun satu suara yang memberhentikan Erysa, Erysa memaling dengan menyampah
“EYRSA CUKUP! SUDAH, JANGAN TERUSKAN LAGI!"
Jerit Tarmizi tepat pada waktu. Erysa kemudian melepaskan Clara jatuh ke lantai. Tarmizi menghampiri Erysa lalu sempat mengerling ke arah Clara yang sambung menangis
“Kau masih cari wasiat tu? Sampai buat macam ni dekat budak-budak tak berdosa? Aya?! Aya tu menantu kau la Erysa, dalam perut tu bukan sekadar genetik Alysa tapi genetik kita dan Kayr juga.. takkan kau tak ada belas kasihan at least sikit kat cucu kita?"
Erysa mendiam diri tetapi masih ego. Kayr yang berada dalam bilik bersama Aya cuba buka pintu yang dikunci Clara namun tetap gagal
“Abang datang sorang je ke kat sini?"
“Tak adalah, ramai tu kat luar yang tolong so jangan risau okay? abang suruh diorang prepare tempat masing-masing”
Aya angguk dengan faham, Kayr masih cuba buka pintu yang berkunci namun tidak boleh. Kayr mengeluh dan cuba cari barang untuk merosakkannya. Kayr juga melihat tingkap ke arah bulan larut malam kemudian menatap Aya yang fokus memerhati cara Kayr beraksi
“Kalau sayang lasak sikit boleh ke?"
“H--ha? maksud abang? kita nak kena panjat apa-apa ke?"
Kayr angguk lalu berhenti daripada merosakkan pintu. Dia pergi ke arah tingkap yang dicungkil. Dia memanjat dan memandang laluan yang dipenuhi bodyguard-bodyguard Erysa
“Haih tapi itu je jalan paling rata, takkan nak suruh Aya ni panjat lama-lama? lagipun kandungan dia tu dah tak berapa kuat”
Aya bingung dan tertanya-tanya apa yang dingomel Kayr dari jauh. Kayr menatap Aya sekali lagi dengan muka yang serious. Aya menelan air liur
Erysa menepis Tarmizi berkeras tidak mahu menerima Aya, Tarmizi mengeluh dengan sayu tetapi tidak mengalah. Erysa duduk di kerusi menyilangkan tangan
“Aku... aku minta maaf Erysa, aku mungkin dah banyak sakitkan hati kau waktu kita muda dulu.. "
Erysa menjeling dan malas layan. Tarmizi mendekati Erysa dan berdiri di hadapannya. Erysa tidak pandang kepada Tarmizi
“Aku akui, aku memang dah lama cintakan Alysa tapi after aku reject kau and tiba-tiba kau berdiam diri... sejujurnya aku cari kau Erysa, aku cari kau... aku tertanya-tanya kenapa kau dah tak nak mendekati aku"
Erysa mula berhenti mengerutkan muka. Dagu Erysa diangkat oleh satu jari Tarmizi, mereka saling menatap dengan pandangan yang berbeza. Erysa dengan mata yang agak bersalah manakala Tarmizi masih sayu
“Aku sayangkan kau Erysa, semua orang sayangkan kau... kau tak keseorangan, aku kisahkan kau... aku sentiasa ada dengan kau tolong Erysa, tolonglah berubah... lupakan semua ni dan lepaskan dengan cara yang baik? Kita start dari awal jom... kau tak kesian ke dekat anak kita Kayr tu..?"
“Ak--aku.... (genggam tangan dan cuba untuk tidak tatap Tarmizi)"
“Kau tak kesian dekat Aya..?"
Mata Erysa tiba-tiba berubah, Erysa kemudian menepis jari Tarmizi lalu mencapai pistol yang berada di meja dan menembak Tarmizi. Clara terkejut dan menjerit
“Er--erysa.. ”
Tarmizi rebah ke lantai memegang hatinya. Erysa bangun dan memberikan pandangan yang dingin kepada Tarmizi. Matanya mengalirkan air. Erysa memejamkan mata
“Di saat-saat akhir pun, kau still backup keturunan dia... kau still nak protect hak milik Alysa, aku kecewa Mizi... kau dah gunakan aku.. kau tak berhak nak dapat kebahagiaan dan kebaikan aku lagi”
Erysa menembak Tarmizi di kepala membuatkan Clara menjerit lagi sekali dan menutup matanya. Tarmizi akhirnya mati di tangan Erysa. Erysa mengalirkan air mata sambil memandang mayat Tarmizi yang terbaring berdarah. Erysa cuba kuat dan lap air matanya kemudian bergegas ke Clara
“AKU NAK KAU TERUSKAN IMPIAN KAU! KAU PERGI BUNUH AYA SEKARANG KALAU TAK SAMPAI BILA-BILA AKU TAKKAN BIARKAN KAU TERLEPAS! AKU AKAN SEKSA KAU HIDUP-HIDUP”
Clara berasa sangat takut kerana Erysa juga sedang mengacukan pistol. Clara ragu-ragu tetapi berhasil angguk secara perlahan-lahan setuju dengan arahan Erysa. Erysa mengalihkan pistol dan duduk semula di kerusi.
“TUNGGU APA LAGI?! PERGI LA CEPAT"
Clara menelan air liur terus angguk lalu berlari terhuyung-hayang menuju ke arah bilik Aya. Kayr sedang mengangkat Aya suruh dia naik ke atas kayu di luar tingkap yang dicungkil
“Cepat la sikit sayang!! Nanti kita kantoi masalah jadinya"
“Eishh sabarlah abang ingat tak berat ke bawak perut besar ni? Nak panjat ni sebenarnya bukannya larat sangat lagipun kayu tu tinggi”
Kayr mengeluh dan hanya sabar dengan isterinya. Aya masih sedang cuba mencapai kayu yang tertera
“Itulah sape suruh pendek"
“Hey!! kurang ajar!!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...